Chapter 94 : Dragon Maiden & New Trio

884 100 3
                                    


Sophie tersenyum manakala Sophiriel mengetap gigi,dia merenung tajam ke arah Sophie. Kipas lipat digenggam kemas,Sophie berbalas renungan mata dengan Sophiriel.

"Janganlah tengok saya macam tu.. Saya sudah bersuami.." kata Sophie.

"Kau ingat aku kisah?!" Sophiriel membentak dan Sophie menekup kedua-dua pipinya.

"Iyaaa... Hazukashi... Yada.." kata Sophie bergelek seperti ular,Sanzo dan Irene yang menyaksikan situasi itu hanya mampu terkebil-kebil.

Sophiriel mula bengang dan dia mengaktifkan kuasanya,aura letusan dia meniupkan angin kencang.

"Shinnneee!!!" Sophiriel meluru laju ke arah Sophie.

KRAANG!!!

Serangan Sophiriel ditangkis Sophie dengan senyuman,aura mereka berlaga kuat dan habuk yang tebal terhasil dek pertembungan dua kuasa.

Sophiriel agak terkejut kerana Sophie mampu menahan serangan dia,Sophie tersenyum bagai tiada apa-apa dan menolak Sophiriel ke belakang dengan mudah.

Sophiriel kembali meluru ke arah Sophie,berlaku lagi sekali lagaan pedang dan kipas lipat milik Sophie yang digunakan sebagai senjata.

TANG!!

TUSSH!!

Pertembungan Sophie dan Sophiriel menjadi sengit,Irene yang menyaksikan keadaan itu hanya tergamam. Sanzo hanya mendiamkan diri,kemudian dia memandang ke arah Pheara yang di dalam dakapannya.

TANG!!

"Ara.. Ara... Bukankah kamu orang yang begitu bersemangat betul.." ujar Sophie tersenyum.

KTANG!!

"Senyuman kau tu.. Buatkan aku nak koyakkan mulut kau.." Sophiriel berkata dengan renungan tajam.

KRAANG!!

"Ara.. Ara.. Kenapa budak-budak sekarang ni biadab.. Haih.." kata Sophie dengan muka kecewa.

"Budak-budak?! Kau panggil aku apa?!" soal Sophiriel dan auranya meletus bersama emosi.

"Awak dah jawab soalan awak sendiri bukan.." kata Sophie.

KRAANG!!!

"Berani kau menghina aku?!" tengking Sophiriel.

"Oh my.. Oh my.. Awak boleh terasa ye?" balas Sophie pula.

Mereka bertentangan mata dengan jarak yang rapat,Sophie tersenyum manakala Sophiriel mula hilang sabar. Sophie dan Sophiriel melibas serentak,lalu mereka menyeret ke belakang berpisah.

Sophiriel memusingkan pedang dan Sophie mengibaskan kipas lipatnya,kemudian mulutnya ditutupi kipas lipat.

"Aku dah ubah fikiran.. Aku nak cincang kau naga busuk.." ujar Sophiriel.

"Oh my.. Oh my..biadabnya awak.." kata Sophie tersenyum dengan aura yang menakutkan.

Sophiriel memecut ke arah Sophie dengan pantas,namun Sophie hanya bersahaja. Mereka berlaga sekali lagi senjata masing-masing,setiap lagaan menghasilkan tiupan angin yang amat kuat.

"Saya tak tahu pula Sophie mampu menjadi seperti ini.." kata Irene.

"Jangan kata kau.. Aku pun tak tahu.." balas Sanzo pula.

"Biar betul? Dia kan ibu saudara awak?" soal Irene.

"Aku baru kenal dia tu dalam beberapa bulan je.. Sampailah aku tahu dia tu ibu saudara aku.." jelas Sanzo dan Irene hanya mendiamkan diri.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now