Chapter 100 : Pain & Sorrow

968 101 6
                                    


Xirgiath merenung tajam ke arah Kythes,mereka berdua berbalas renungan. Kythes tersenyum dan Xirgiath menunjukkan muka bengisnya,Kythes menoleh ke arah Sanzo.

"Tuan Sanzo.. Tuan dan yang lain boleh pergi cari kepala besarnya.. Saya akan uruskan anasir sesat di hadapan.." jelas Kythes dan Sanzo sekadar mengangguk.

"Semua.. Mari pergi.." ujar Sanzo dan berlari meninggalkan Kythes.

Xirgiath ingin menghalang namun Kythes,sudah berada di hadapannya menahannya. Mereka berbalas renungan sahaja,Xirgiath mendecih dan kembali berundur.

"Kenapa terburu-buru sangat nak blah sahabat ku?" soal Kythes.

"Siapa kawan kau hah?!" Xirgiath membentak.

"Bukan kita kawan?" soal Kythes dengan senyuman manis.

"Aku tidak pernah anggap kau kawan.." kata Xirgiath.

"Ouh.. Kau sememangnya kejam.. Sama seperti ketika kau bunuh tunang kau.." Kythes berkata dengan gelengan kepala.

KRAKKK!!

Kythes menahan pantas cengkaman cakar Xirgiath,si naga shaitan mula berang. Kythes hanya tersengih sahaja,mereka terus berbalas tinju di situ.

"Jangan kau sebut pasal dia.. Kau tidak tahu apa-apa.." ujar Xirgiath menengking.

"Tak tahu apa-apa? Beritahu aku kenapa kau lari?" soal Kythes air mukanya berubah.

DUUUSSH!!!

Xirgiath tercampak ke belakang,merempuh bangunan berhampiran dan Kythes mengurut tangannya.

"Aku cari kau sehingga ke sini.. Lepas tu kau sertai mereka?" Kythes berkata dengan nada yang dingin.

"Diamlah kau.. Kau tak tahu apa-apa.." ujar Xirgiath memegang rahangnya.

"Sebab itu.. Beritahu aku apa yang aku tak tahu!!" Kythes menjerit dan meluru ke arah Xirgiath.

DUUUMMM!!!

Sanzo dan Pheara serta Tez dan Elene,menuju ke istana Kayangan dan Igdriren yang menyaksikan dari dalam sekadar tersenyum.

"Mereka dah tiba.." ujar Igdriren dan Igdes hanya merenung mereka,terutama Sanzo.

"Apa kata kita sambut mereka dengan meriah.." tambah Igdriren berkata dengan senyuman sinis.

Langkah Sanzo terhenti apabila merasakan satu tenaga negatif dan menoleh ke satu arah,ada rekahan terhasil dan makhluk kegelapan merangkak keluar dari dalam rekahan tersebut.

"Euww.. Macam zombie pun ada.." Tez berkata dengan muka geli.

"Bukan dari kaum kau ke?" soal Sanzo tersengih.

"Eh.. Betul juga.. Huh? Oi!" Tez membalas bengang.

Makhluk itu terus menerkam ke arah Elene,tetapi Tez terlebih awal mencengkam leher makhluk tersebut lalu dihempas ke tanah.

"Wanna hurt my Elene? Over my dead body!!!" Tez merempuh makhluk kegelapan itu semua.

Sebaik mendengar kata-kata Tez,buatkan Elene mukanya merah padma dan menghela nafas pendek. Pedang diseru dan dia memandang ke arah Pheara,Sanzo hanya sekadar mendiamkan diri.

"Pheara.. Awak dan Sanzo pergi.. Kami akan uruskan hal di sini.." ujar Elene.

"Tapi..." ujar Pheara serba-salah.

"It's okay! Let us handle this mess!!" Tez menyampuk dari jauh,Pheara masih lagi was-was dan bahunya disentuh Sanzo.

"Jangan risau.. Mereka berdua boleh uruskannya.." kata Sanzo tersenyum.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now