Chapter 88 : Fierce Battle! Hazen vs Hases

966 103 14
                                    


"Kau lagi!?" soal Hazen.

"Ah.. Eyepatch.." ujar Ikhwan.

"Sekali lagi.. Nama aku Hazen Siegfried.."

"Yeah.. Aku tahu.. Tapi aku tetap nak panggil kau 'eyepatch' sebab kau pakai penutup mata sebelah.."

"Kau...." Hazen merenung geram ke arah Ikhwan,Hanzo yang menyaksikan keadaan itu hanya menelan air liur.

Tentera askar kematian mula mengamuk,Ikhwan dan Hazen berbalas tenungan lama. Ikhwan kemudian menghela nafas pendek,dia memandang ke arah tentera kematian yang mara.

Ikhwan menyalakan api biru yang marak,Hazen sekadar memerhatikan dan Ikhwan mencengkam salah satu askar serta dibenamkan ke tanah. Seketika api biru meletus,Hanzo hanya tergamam melihat keadaan tersebut.

Hazen hanya merengus sahaja dan pedangnya,aura gelap mula menyelubungi bilah pedang miliknya.

"Mari Xavion!!.."

SLASSHH!!!!

SLASSHH!!!!

SLASSHH!!!

Hazen memenggal satu demi satu askar kematian,hancur sehingga menjadi debu. Salah satu muncul dengan mengejut dan Ikhwan menyedari keadaan itu,namun Hazen menahan kemas tetakan askar kematian itu.

"Hebat.. Kau mesti macam komander kan?" soal Hazen tersengih,tiada reaksi dari askar itu.

Penampilan askar yang menyerang Hazen,berlainan dengan zirah yang dipakai oleh askar-askar kematian yang lain.

"Tak nak jawab? Ouh.. Lupa kau lebih kurang macam undead.. Of course tak bercakapppp.. Wooo.." sebelum sempat Hazen berkata lebih,tembakan kuasa gelap dilakukan oleh askar kematian.

Namun Hazen sempat mengelak,dia tersengih bengang dan Ikhwan hanya terkebil-kebil.

"Oi bagi aku habis cakaplah!! Ni main serang je!" ujar Hazen geram.

"Serius ah?" soal Ikhwan mendengar kata-kata Hazen.

Askar itu hanya terus menerus menembak kuasanya,Hazen mendecih dan menangkis kemudian terus meluru ke arahnya. Sekelip mata askar kematian terbelah lalu menjadi debu.

"Heh.. Ambil kau.." ujar Hazen tersenyum bangga dan kembali menyerang askar kematian yang masih mara.

Hazen menyembelih satu demi satu askar kematian dengan mukanya yang tersengih menakutkan,Hanzo dan orang bawahannya yang lain memerhatikan. Salah satu askar kematian menyerang dari belakang,Hazen sedar dan ingin menyerang balas tetapi askar kematian itu sudah berlubang dek satu tembakan misteri.

Hazen yang menyaksikan keadaan tersebut,menoleh ke satu arah iaitu ke arah Ikhwan yang memegang sejenis pistol di mana muncungnya masih berasap.

"Oi.. Jangan kacau kawasan aku la!" ujar Hazen geram.

"Oh? Bila masa pula kau dah cop ni kawasan kau?" soal Ikhwan dengan muka selambanya.

"Kau... Bagaimana kau boleh bertekak dengan reaksi macam tu?!" soal Hazen membelah askar kematian.

"Tak tahu.. Mungkin dah semulajadi.." ujar Ikhwan menembak satu demi satu askar kematian yang datang menyerang.

Hazen putus asa dan malas nak bertekak,pada jam itu seseorang datang menyerang hendap dengan pantas. Tetapi Hazen menahan pedang penyerang tersebut,dengan sebelah tangan dan memandang ke arah penyerang itu.

"Aku dapat jumpa kau..." ujar penyerang itu dengan senyuman sinis.

"Siapa kau? Ada hutang dengan aku ke?" soal Hazen selamba.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora