Chapter 71 : Sanzo vs Ephraim

1.1K 122 43
                                    


Sanzo tiba-tiba didatangi oleh demon yang mengaku dirinya,dihantar oleh tuannya untuk menghapuskan dia.

Igdriren nama tuan kepada demon itu,Sanzo terdetik nama Igdes bermain di mindanya. Adakah Igdes dalang di sebalik semua ini?

"Masa untuk kau mati.." ujar demon bernama Ephraim mengangkat senjatanya.

"Dia datang.." ujar Tez pula.

Ephraim bergerak pantas meluru ke arah Sanzo,manakala Sanzo hanya mendiamkan diri. Dia menunggu demon itu,mendekatinya dan tetakan senjata ditahan kemas oleh tangan kosong.

KRAKKK!!

Tanah merekah dan Tez bergerak ke belakang,berundur dan Sanzo hanya mengalihkan senjata Ephraim ke tepi lalu menghayunkan tumbukan.

DUUUSSH!!

Ephraim menangkis tumbukan padu Sanzo dengan sebelah tangan sahaja,Sanzo hanya sekadar memandang dengan pandangan kosong tanpa emosi.

DUSH!!

DUSH!!

KRAANG!!

Tinju Sanzo dan senjata Ephraim bertembung,lagaan dan pukulan saling berganti. Ephraim menujah serangan lutut,tepat mengenai pipi kanan Sanzo. Ephraim mengangkat senjatanya tinggi,ingin menetak Sanzo dan dihayunkan.

Tetapi Sanzo menahan pergelangan tangan Ephraim,yang memegang senjatanya dan satu tumbukan padu dihayunkan. Tepat mengenai perut Ephraim,si demon terseret ke belakang kemudian melutut sebelah kaki sambil tangan memegang perut.

Sanzo masih dalam keadaan menumbuk,tangannya tegak kemudian ditarik semula. Nafas helaan dilepaskan dan merenung demon tersebut,Ephraim mengetap gigi berang dengan renungan Sanzo dan kembali bangkit.

"Sialan!! Jangan nak berlagak!!" Ephraim membentak dengan suara yang lantang.

Tetapi Sanzo terlebih dahulu mara ke hadapan,Ephraim terkejut dengan tindakan mengejut Sanzo. Suasana bagaikan masa menjadi perlahan,Sanzo hanya memandang Ephraim dengan renungan dingin. Lantas Ephraim ingin menyerang balas,tetakan pedang dia hayunkan namun Sanzo dengan mudah mengelak.

ZRASSHH!!

ZRAKK!!

Ephraim menghayunkan pedang tetapi Sanzo mengelak dengan mudah,air mukanya hanya bersahaja tanpa menunjukkan reaksi dia seperti bergelut. Tez hanya sekadar menyaksikan sahaja,tanpa berkata dan melakukan apa-apa.

Pertarungan tersebut disaksikan oleh Takemikazuchi,Ebisu dan Bisha. Tiga orang dewa itu hanya menjadi penonton sahaja,Sanzo mengelak dan terus mengelak tanpa menyerang balas.

"Celaka! Kau hanya tahu mengelak je ke ha?!" Ephraim membentak bengang.

"Baiklah kalau begitu.." ujar Sanzo dan mengelak secara berpusing ke kiri,serentak menyepak Ephraim sehingga terpelanting jauh.

Ephraim tercampak merempuh dinding pagar taman rekreasi,Tez hanya bersiul sahaja melihat keadaan tersebut. Sanzo hanya menghela nafas pendek,kemudian terus meluru mendekati Ephraim sebaik demon tersebut bangkit.

"Yamasato Hidden Technique..."

Ephraim segera mengangkat tinggi pedangnya,namun Sanzo terlebih dahulu menghayunkan serangannya.

DUSH!!

DUSH!!

DUSH!!

DUUUSSH!!!!

"Fist of Dragonsouls! 100 Times!!"

Tumbukan padu beratus kali hinggap ke tubuh Ephraim,demon tergamam dengan serangan datang daripada Sanzo. Setiap tumbukan manusia yang dia terima begitu padu dan padat,Sanzo menghentikan tumbukan yang ke seratus dengan menekap perut Ephraim.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now