Chapter 10 : You Force Me

1.5K 167 5
                                    


Tez menguap panjang dan menggeliat panjang,air mata keluar sedikit dan melakukan sit-up beberapa kali. Senaman dilakukan tanpa henti,sehinggalah Elene merenungnya dengan tajam. Tez hanya mampu mendiamkan diri,dia tidak tahu apa masalah Elene.

"Apa yang tak kena?" soal Tez serba salah.

"Ya,awak.. " jelas Elene.

"Aku? Apa salah aku?"

"Kenapa demon macam kau berada di sini?"

Tez menghela nafas pendek,dia hanya buat tidak tahu dengan soalan itu. Mukanya diraup dan meregangkan ototnya,Tez beredar dan terasa sesuatu.

PRAKK!

Tez tergamam selepas mengelak sesuatu yang laju ke arahnya,sebilah kapak pacak pada dinding kayu. Tez memandang ke arah Elene,dia terkejut kerana Elene sudah mengenakan zirah perangnya.

"Oi! Apahal? Kau boleh bunuh aku tahu tak?!" ujar Tez geram.

"Memang itu tujuan saya... Syaitan seperti awak mesti dihapuskan..." jelas Elene menarik pedangnya.

"Ouh lord..." Tez menggaru kepalanya dan sekelip mata Elene sudah berada di hadapannya,pedang diangkut lalu dihayunkan.

KRASSHH!!!

Tez berjaya mengelak ke kiri,Elene terus melibas melintang. Tez segera melompat dan mengelak sekali lagi,Tez berpusing dan mendarat di atas bumbung dojo.

"Are you lost your mind?!" soal Tez termengah-mengah.

Elene sudah bergerak ke belakang Tez,lalu hayunan pedang dilakukan sekali lagi. Tez melompat berpusing ke belakang,dia pasti akan mati jika tidak mengelak serangan Elene tadi.

"Woi! Woi!! Nanti!!" Tez mengetap gigi dan Elene pula meluru ke arahnya dengan laju.

KRAANG!!!

Tangan Tez diubah separa demon,dia menahan pedang Elene. Lantas Elene menarik semula pedang,dia merenung tajam dan Tez memandang ke arah tangannya dalam bentuk demon.

"Ah.. Sorry..hehe.." ujar Tez melenyapkan tangan demon,kemudian kembali normal.

Elene terus meluru ke arahnya,libasan dilakukan dan Tez mengelak. Tetakan demi tetakan dielak oleh Tez,dia tidak menyerang balas dan sekadar mengelak selagi boleh.

"Kenapa awak tidak menyerang balas?!" soal Elene.

"Aku tidak mahu cederakan wanita yang cantik..." jelas Tez tersengih dan Elene terkedu,muka memerah dan suasana sunyi seketika.

Tez hanya kehairanan melihat reaksi Elene,dewi itu mengetap gigi dan urat timbul di dahinya. Tez tersengih kelat sebelum berlari,puluhan pedang dan senjata tajam mengejarnya.

"Oi! Oi! Apahal ni?!" soal Tez sambil berlari.

"Berani awak mainkan hati seorang perempuan?!" Elene mengejarnya dengan perasaan membunuh.

"Apa salah aku?!"

"Matilah!!!"

Saat Tez sedang memandang Elene,dia terasa sesuatu dan air mukanya serius. Pedang Elene menembusi tubuhnya,tetapi Tez tidak menunjukkan reaksi apa-apa dan menepis satu serangan misteri.

Situasi itu membuatkan Elene terdiam,dia dilindungi oleh demon?

"Saya tidak perlukan pertolongan awak!" ujar Elene.

"Serangan tadi boleh buatkan kau mati.." jelas Tez.

"Apa awak kata?" soal Elene.

"HAHAHAHA..!!" bunyi ketawa yang kuat kedengaran,Tez hanya memandang ke arah timur.

Seorang lelaki berpakaian zirah lengkap,dia terapung dan memandang ke arah Elene serta Tez. Simbol pada baju zirahnya,menunjukkan jelas dia adalah orang bawahan Igdes.

"Minion Igdes huh?" soal Elene.

"Jaga mulut kau... Aku bukan sembarangan pahlawan..." ujar lelaki berzirah.

"Apa yang awak fikirkan? Serang pihak sendiri?" soal Elene.

"Tuan Igdes memberi arahan supaya mencari dan bunuh Pheara.. Sesiapa yang menghubunginya juga akan dibunuh..." ujar lelaki berzirah.

DUUUSSH!!!

Tez sekelip mata menyinggahkan penumbuk pada helmet zirah,Elene terkejut dengan tindakan Tez. Lelaki berzirah tercampak keluar dari perkarangan dojo,Tez mengejarnya dan meninggalkan Elene yang terkebil-kebil.

Tez mendarat di satu tempat,lelaki berzirah berdiri dan Tez menyedari sesuatu lalu tersenyum. Helmet zirah hancur dan menunjukkan mukanya,Tez tersengih teruja dan lelaki berzirah itu jelas dalam keadaan marah.

"Aku tak ada masa nak dengar kau berceloteh,dojo tu ada orang punya.. Jadi sebab tu aku campak kau keluar dari dojo.." jelas Tez.

"Kau... Macam itu rupanya..." kata lelaki berzirah itu.

"Apa maksud kau?" soal Tez.

"Brollmuthaz,son of Demon King.. Tak sangka ketemu di sini.. " ujar lelaki berzirah itu.

Air muka Tez berubah serius,sebaik mendengar kata-kata lelaki berzirah. Dia merenung lelaki berzirah itu,dengan renungan tajam. Pedangnya dihunus dan senyuman sinis terukir pada lelaki berzirah itu,dia terus meluru ke arah Tez tanpa menunggu isyarat.

"MASA UNTUK KAU MATI!!!"

KRAANG.!!!!!

Serangan tetakan pedang ditahan kemas oleh Tez,dia menahan tetakan itu dengan sebilah pedang yang agak besar. Lelaki berzirah itu tersenyum dan teruja,melihat pedang tersebut.

"Kalau aku dapat bunuh kau,tuan Igdes akan nakkan darjat aku... Haha!!" ujar lelaki berzirah itu.

ZRASSH!!

Pedang lelaki itu jatuh dengan tiba-tiba dan darah memancut,kerana tangan dia dipotong oleh Tez. Lelaki berzirah mengetap gigi,tangannya putus dan melihat ke bawah. Tangannya bergelimpangan di atas tanah,penuh dengan darah.

"Aku tak sangka pula dewa ada yang korup huh?" soal Tez sendirian.

Jeritan kedengaran dan Tez memenggal kepala lelaki berzirah,Elene yang baru tiba di situ tergamam menyaksikan perkara tersebut. Air muka Tez berlainan dari biasa,penuh dengan daya aura menakutkan.

"Aku benci membunuh..."ujar Tez dan ingatan lama bermain di kepalanya.

"Tapi kau yang paksa aku..."

Brollmuthaz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Brollmuthaz











======================

Hello guys sorry sebab jarang update

Aku sibuk nak habiskan siri utama

Faham-faham sahajalah

Itu je la

Ciao!

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now