Chapter 27 : Great Barrier?

1.3K 145 13
                                    

"TAK GUNA!" Haroth menghentak dinding,dia nafasnya turun naik dan merenung tajam ke satu arah.

"Apa yang kau rungutkan tu.. Untung kau selamat.. Kalau tak kena cari calon baru.." seorang lelaki berpakaian seperti uniform tentera,bertopi dan pedang disangkut belakang badan.

"Hases... Kau diam.." ujar Haroth merenungnya.

"Ek eleh.. Nak renung-renung aku pulak,ingat aku tergugat..?" soal Hases selamba.

"Kau..." Haroth mengubah tangannya kepada tangan haiwan yang bercakar.

KTANG!!

Tangan Haroth dan bilah pedang Hases bertembung,mereka berbalas renungan dan Hases tersenyum sinis.

"That's enough..." seseorang menyapa dan muncul lelaki bertopeng mulut,meleraikan Hases dan Haroth.

"Barbelo..." ujar Haroth.

"Kau patut biarkan mereka berbunuhan.." seorang lelaki bertopeng bentuk seperti telinga serigala,melangkah ke arah mereka.

"Hayyel.. Kau pun nak mati awal ke?" soal Hases menghalakan pedangnya ke arah lelaki bernama Hayyel.

"Aku tiada masalah.. Bila-bila masa sahaja kau nak bertarung..." ujar Hayyel.

"Cukup..." Irish menegur dan mereka berempat terdiam,kemudian Irish menoleh ke arah Igdes.

"Apa yang kau nak rancangkan Igdes?" soal Irish.

"Kita kena fikirkan perancangan dengan teliti... Sebab terima kasih dengan kebodohan seseorang,dewa di dunia itu lebih berjaga-jaga..." ujar Igdes menjeling ke arah Haroth.

"Hayyel.. Barbelo..." sebaik Igdes menyebut nama itu,Barbelo dan Hayyel keluar menundukkan kepala tanda hormat.

"Yes.. My God?" soal Hayyel dan Barbelo hanya mendiamkan diri.

"Boleh kamu berdua musnahkan kediaman tu?" soal Igdes dan dia tersenyum.

==========++++==========

Suasana sibuk di kota Tokyo selepas sisa toksik beracun hilang,pihak berkuasa melakukan penyiasatan mengenai peristiwa yang boleh dikatakan pelik.

Toksik beracun boleh hilang dengan begitu sahaja?

Adakah keajaiban seperti itu selalu berlaku,suasana yang sibuk diperhatikan oleh Ebisu dan Bishamonten.

Mereka berbalas pandangan dan Bisha menghela nafas pendek,Ebisu pula hanya memerhatikan dengan binokular di tangan untuk zum lebih dekat.

"Kawan baru Sanzo boleh tahan hebat.." ujar Ebisu tersenyum.

"Dia tu demon,kenapa nak bantu manusia?" soal Bisha.

"Bisha.. Paranoid kau tolong simpan atau buang jauh-jauh boleh?" Ebisu berkata dengan keluhan pendek.

"That Brollmuthaz,is a demon.. Not a some kind normal demon,but a candidate for demon king.." jelas Bisha.

"Bishamonten,god of war.. This demon is a friend of Sanzo... Please.. Stay.. Out.. From.. This..." ujar Ebisu dan Bisha tersentak malah ingatan lama menerjah,ingatan dia menikam seseorang bermain.

"Bisha..."

Bishamonten tersentak dan kepalanya dipegang,terasa sakit dan dia cuba menghilangkan dirinya. Nafas dihelakan dan Ebisu hanya membiarkan sahaja,Ebisu menyedari kelibat Sanzo berjalan beriringan bersama Pheara.

Ebisu tersenyum dan hilang dari pandangan,Sanzo yang berjalan bersebelahan dengan Pheara mendongak ke arah di mana Ebisu berada sebelum hilang.

"Kenapa?" soal Pheara.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora