Chapter 101 : War Has Ended

902 90 16
                                    


Ikhwan terkedu dan Hazen kehairanan,jelas Ikhwan merasai daya hidup Sanzo semakin lama semakin lemah. Ikhwan memejamkan matanya dan suasana menjadi gelap,Sanzo menyedari dia berada di satu tempat yang amat gelap.

Sanzo juga mengingati dirinya ditikam,malah lebih teruk dia akan mati dalam beberapa saat sahaja lagi. Nafas helaan dilepaskan dan wajahnya seperti relakan semua ini,bahu dia disentuh dan sebaik menoleh sahaja dia terus terkejut.

"Master?" soal Sanzo melihat Ikhwan berdiri di hadapannya.

TANG!!

ZRASSH!!!

Tez bertempur dengan Igdes,dia mengasak Igdes dengan hebat. Namun Igdes tampak tenang,manakala Tez masih lagi bernasib baik kerana tidak terkena serangan pedang Igdes.

"Shit.. I can't touch him..."

"Mere demon wanna defeat me.. You can keep dreaming.."

ZRASSH!!!

Tez mengelak dengan pantas,dia luka sedikit dan jika dia lambat sudah pasti tangannya terpotong.

Pheara masih memeluk tubuh Sanzo,air matanya mengalir dan tangisan tidak henti. Igdriren mendarat di hadapan dia,senyuman sinis terukir dan Pheara memeluk erat Sanzo.

"That immortal already dead.. Let him go.." ujar Igdriren.

"No..!" kata Pheara merenung Igdriren.

"You really have a dead wish.." Igdriren merenungnya tajam.

Pada masa yang sama,Sanzo kehairanan kerana Ikhwan ada bersamanya.

"Apa yang master buat di sini? Takkanlah master pun gugur gak?" soal Sanzo.

"Gugur apa.. Aku link dengan soul kau.." jelas Ikhwan.

"Untuk apa? Saya dah tewas!" Sanzo berkata pasrah.

"Siapa kata?" soal satu suara garau dari belakang.

Sanzo menoleh ke belakang dan sekali lagi,dia terkejut kerana seekor naga gergasi merenung dia.

"Tugas aku di sini dah tamat.. Kau bincang la dengan moyang kau.." kata Ikhwan dan terus lenyap tubuhnya.

Sanzo bingung dengan apa yang berlaku,kemudian dia menoleh ke arah naga gergasi tersebut.

"Jadi.. Tuan naga ni siapa?" soal Sanzo.

"Aku adalah moyang puak naga ataupun pengasas mereka.. Aku hidup sudah lama selama jutaan tahun.." jelas naga tua itu dan Sanzo hanya mendengar sahaja.

"Dunia sekarang sudah semakin teruk Yamasato.. Sebab itu wujudnya dewa dan dewi yang korup.. Membuatkan dunia tidak stabil.." kata naga tua itu.

"Tapi tidak semua bukan?" soal Sanzo dan naga tua itu mengangguk setuju.

"Ya..benar,sebab itulah aku nak berikan kau peluang kedua.. "jelas naga tua lagi.

"Peluang kedua..?" soal Sanzo.

"Kau mati sekarang ni hanyalah sebagai manusia.. Tetapi sifat naga kau masih lagi menjerit untuk bangkit.." jelas naga tua tersenyum.

"Sifat naga? Saya tidak akan mengamuk jadi naga gila bukan?" soal Sanzo dan naga tua itu ketawa dengan kuat.

"Kau seorang yang menarik!! Hahahaha.." kata naga tua dan Sanzo kehairanan.

"Anggaplah saya ingin tahu.." balas Sanzo.

"Itu terpulang pada kau.. Jika kau ingin bangkit sebagai naga yang hilang kawalan ataupun kau nak yang dikawal.." jelas naga tua itu.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now