Chapter 23 : You Can Call Me Mom

1.3K 138 19
                                    


Aku berlari laju meredah pintu utama,nafas laju tidak aku endahkan. Perasaan cemas dan risau bermain di dalam fikiran,saat aku melangkah masuk ke dalam dojo. Muka Tez adalah orang pertama aku nampak,dia menyedari kehadiran aku.

"Yo Elene.. San-UWARGGH!!?" Tez aku rempuh sehingga dia berpusing lalu jatuh.

"Maaf!!" ujar aku lalu berlari meninggalkan dia.

Tez yang tergolek di atas lantai,dihampiri oleh Rea yang mencekak pinggang memandang ke bawah. Tez hanya menghela nafas pendek,Rea memandang ke arah Elene yang tergesa-gesa.

"Apa yang berlaku?" soal Rea.

"Mana la aku tahu,lagipun.." ujar Tez.

"Lagipun?" soal Rea kehairanan.

"Aku boleh nampak seluar dalam kau.." kata Tez dan Rea menghela nafas pendek.

"Hmm.. Hitam..." ujar Tez selamba.

"SAMPAI BILA KAU NAK BARING ADIK TAK GUNA!?" Rea menghayunkan sepakan.

"Eh? Sekejap! Sekejap?! URGHH!!!" Tez disepak umpama bola sehingga keluar dari dojo.

Tez melekat pada batu besar yang menjadi hiasan halaman dojo,Rea termengah-mengah kemudian berpaling lalu beredar. Tidak lama kemudian Astia muncul,mencucuk ranting kayu pada abangnya.

"Hello abang? Hidup lagi ke?" soal Astia dan Tez hanya menaikkan ibu jari.

"APHYS!!" aku menjerit sebaik tiba di satu bilik,Sanzo menghalang aku dari terus mara.

"Sanzo?" soal aku.

"Dia tengah dirawat.." jelas Pheara yang berada di sebelahnya.

Aku yang termengah-mengah memandang ke satu arah,Aphys dalam keadaan menahan sakit dirawat oleh Sophie. Seluruh tubuh Aphys bersinar,mukanya yang kesakitan mula kembali reda.

Apa yang aku dengar Aphys diserang ketika dia sedang melakukan tugasnya dan Sanzo adalah orang yang bertanggungjawab menyelamatkan dia,Sanzo dan Pheara berjalan ke arah Aphys berada. Aku mengekorinya dari belakang,Sanzo duduk di arah bertentangan Sophie.

Aku agak terkejut dan rambut Aphys diusap lembut oleh Sanzo,Pheara sekadar memerhatikan sahaja dan aku pula hanya mampu mendiamkan diri.

Penumbuk aku hentam pada dinding,aku sepatutnya tunggu lama di situ. Kalau tidak sudah pasti perkara seperti ini,tidak akan berlaku dan Aphys tidak akan tercedera.

Igdes..

Adakah ini kerja kau?!

Tidak lama lepas itu kedengaran bunyi tapak kaki,aku pandang ke arah bunyi tersebut. Seorang lelaki berambut hitam,dengan memegang buku tebal memandang aku. Pandangan dia kosong tanpa ada perasaan,siapa pula dia ni? Kenalan Sanzo?

"Dewi Elene bukan? Gembira bertemu dengan awak.. Saya Ebisu,rakan lama Sanzo.." ujar lelaki tersebut memberi pengenalan,aku terkejut kemudian menyedari sesuatu.

"Ebisu? God of Merchant?!" soal aku masih lagi terkejut.

"Walaupun berlainan dimensi,tapi nama saya dikenali di dimensi awak? Saya berbesar hati.." ujar Ebisu tersenyum.

Aku hanya mampu tersenyum kelat,Ebisu memandang aku dengan senyuman. Dia memegang bahu aku dan buatkan aku mendongak,Ebisu tersenyum bagaikan dia tidak mempunyai masalah.

Aphys mula sedar dan membuka matanya,Sophie yang sedang merawatnya tersenyum melihat keadaan itu. Sanzo menghela nafas lega,dia dan Pheara berbalas pandangan kemudian tersenyum.

"Saya dekat mana ni?" soal Aphys.

Aku berjalan bersebelahan Ebisu,dewa berlainan dimensi di sebelah aku ini adalah kawan lama Sanzo. Ini adalah kali pertama aku bertemu dengan dia,secara berhadapan dan kini kami kembali ke bilik di mana Aphys dirawat. Namun aku tersenyum lega,kerana Aphys sudah sedar dan rawatan Sophie berhasil.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt