Chapter 54 : Suddenly Ambush

1.2K 148 47
                                    

Sanzo dan Tez berjalan di sekitar daerah Kyoto,membeli bekalan makanan dan sambil itu mereka berbual kosong.

"Ada masa kita keluar date sama-sama nak?" soal Tez memberi cadangan dan Sanzo menjeling.

"Aku bukan gay.." jawab Sanzo tanpa perasaan.

"Aduhai kau,maksud aku double date la sengal.." ujar Tez memberi penjelasan.

"Ouh.. Cakap la awal-awal.." kata Sanzo tanpa perasaan.

"Kau sengaja sebenarnya kan?" soal Tez bengang dan Sanzo hanya tersenyum sahaja.

"Apalah nasib,ada sepupu pun tak sayangkan aku.. Uhuk.. Uhuk.." ujar Tez pura-pura kecewa.

"Mula dah..." kata Sanzo menggelengkan kepala.

"Kau tak sayang aku ke Sanzo? Bukan ke kita ada pertalian saudara?" kata Tez dengan mata berkaca,mukanya dicengkam Sanzo.

"Apa yang kau merepak ni syaitan?!" Sanzo berkata menahan geram.

"Aduh! Aduh! Muka aku.. Muka aku!" Tez menahan sakit.

"Kalau tak silap kau pun immortal kan,try pecahkan kepala kau.. Tengok macam mana boleh pulih balik?" soal Sanzo dengan muka tersengih kejam.

"Whoops! Whoops! Times up! Aku surrender!" ujar Tez dan Sanzo melepaskan cengkaman muka Tez.

"Aduh... Kau ni nak bergurau pun tak boleh..." rungut Tez.

"Bergurau tu boleh,tapi ni menggedik.." ujar Sanzo dan Tez menelan air liur.

"Wahhh.. Mesranya kamu berdua.." tegur satu suara dan Sanzo serta Tez menoleh.

Seorang lelaki misteri bertopi dan kot labuh,berdiri di hadapan mereka dengan senyuman. Mukanya sukar dilihat dan Sanzo merasakan tidak sedap hati,Tez juga begitu dan hanya memerhatikan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum lebar dan amat menjijikkan cara senyumannya,Sanzo dan Tez sekadar mendiamkan diri. Tiba-tiba tangan lelaki misteri itu bersinar,Sanzo dan Tez tersentak lalu lelaki misteri memetik jari.

BOOMM!!!

Sanzo dan Tez melompat kemudian mereka mendarat kemas,seseorang berdiri di hadapan mereka dengan tangan yang bersinar. Tanpa memberi peluang pada mereka terus lancarkan serangan tembakan,letupan demi letupan berlaku.

"Ahhh!! What the hell men?! What his problem?!" Tez menyoal dan Sanzo hanya mengelak sahaja.

Seorang lelaki bertopi dan berkot labuh,menyerang mereka berdua ketika Sanzo dan Tez sedang dalam perjalanan untuk membeli barang makanan.

BOOMM!!

"I don't know.. But we have lure him to the outside this city.." ujar Sanzo pula.

"Okay.. What's the plan?" soal Tez.

"Just do it.." kata Sanzo.

"Okay.. No plan!" ujar Tez.

"Let's go.." Sanzo berkata lagi.

Sebaik sahaja Sanzo berkata sedemikian,dia terus berlari dan Tez mengekorinya. Lelaki misteri itu pula terus menembak kuasa,Sanzo pada masa yang sama turut melindungi orang awam.

"Oi! Jangan babitkan orang yang tak bersalah!!" jerit Tez namun lelaki misteri itu hanya menembak sahaja.

Tembakan kuasanya dihalakan ke arah seorang kanak-kanak,Tez terus bergerak pantas dan menangkis kuasa tersebut. Sanzo pula menuju ke arah kanak-kanak tersebut,lalu mendukung dan membawa pergi.

Lelaki misteri itu hanya tersenyum sinis,tembakan terus dilakukan dan Tez bergerak pantas menangkis semuanya. Tindakan dia agak mengejutkan lelaki misteri tersebut,Tez sudah berada di hadapan lelaki itu.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now