Chapter 96 : Return From The Dead

963 107 15
                                    


Suasana sunyi dan Sophie serta yang lain,memerhatikan kuasa dan penampilan Sophiriel yang berbeza. Pheara yang di dalam dakapan Sanzo mula sedar,dia membuka matanya dan Sanzo menyedarinya lalu turunkan dewi itu dari dukungannya.

"Pheara.. Awak okay?" soal Sanzo dan Pheara tersenyum sambil mengangguk.

Pheara menyedari sesuatu dan menoleh ke satu arah,melihat Sophie dan Sophiriel sedang berbalas renungan.

"Itu Vera?" soal Pheara menekup mulutnya dan bahu disentuh oleh Sanzo.

"Dia bukan lagi seseorang yang awak kenal.. Serahkan saja pada auntie Sophie.." jelas Sanzo.

Sophiriel tersenyum sinis merenung Sophie,manakala Sophie pula hanya tersenyum licik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sophiriel tersenyum sinis merenung Sophie,manakala Sophie pula hanya tersenyum licik.

"Kau masih boleh tersenyum?" soal Sophiriel.

"Kenapa tidak? Saya teruja melihat pihak lawan yang kuat.." jelas Sophie.

"Keterujaan kau akan membawa padah perempuan naga.." ujar Sophiriel dan Sophie tersenyum.

"Besarnya tanduk ni kerbau kalau lambung sesenang je.." seseorang menegur dan mereka menoleh.

Tez berada di sebelah mereka,Sanzo hanya menghela nafas pendek. Elene turut ada bersama,kemudian memandang ke arah Sophie.

"Siapa perempuan tanduk merah besar tu.." kata Elene dan Irene menghampirinya.

"Kata dewi Pheara.. Nama demon dia adalah Sophiriel.." jelas Irene.

"Nama demon?" soal Elene hairan.

"Ya.. Nama sebenar dia adalah Vera.." tambah Irene lagi dan Elene terkejut.

"Pheara! Itu ialah Vera?!" soal Elene dan Pheara hanya mampu mengangguk sahaja.

"Saya fikir awak berjaya bunuh dia.." ujar Elene dan Pheara hanya mendiamkan diri sahaja kemudiannya.

"Pheara!" Elene ingin berkata lagi,Tez menangkap lengannya.

"Tez!? Lepaskan lah!" Elene cuba ingin menarik tangannya lepaskan dari pegangan tangan Tez namun gagal.

"Elene.. Cukup.." kata Sanzo menghalang Elene.

"Ia bukan masalah awak Sanzo.. Sepatutnya Pheara dah hapuskan dia!" kata Elene.

"Boleh kau bunuh seseorang yang kau sayang.. Besarkan kau dari kecil?" soalan Sanzo buatkan Elene terdiam.

Suasana tegang itu disedari Sophiriel,senyuman sinis terukir dan Sophiriel mengangkat pedangnya.

"Marilah perempuan naga.. Kita tengok siapa yang akan jatuh.." ujar Sophiriel.

"Okay je bagi saya.." kata Sophie memegang kipas lipatnya dengan kemas.

"Senjata kecil itu tidak akan membantu kau..!!" Sophiriel meluru dan menetak ke arah Sophie.

Namun Sophie dengan mudah menepis,kemudian mulutnya dingangakan dan Sophiriel terkejut.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now