Chapter 52 : Something Bad Will Come

1.2K 138 27
                                    


Sebuah tempat yang agak sunyi dan suasana agak menyeramkan,kelihatan dua susuk berjalan mengharungi kawasan tersebut. Dua individu yang berlainan dimensi,berjalan memerhatikan kawasan sekeliling.

Ikhwan Syah Al'Solleh dan Hazen Siegfried.

"Tempat apa ni?" soal Hazen.

"Hutan.." jawab Ikhwan pendek.

"Ya aku tahu hutan,tapi aku dapat rasakan aura negatif yang kuat di sini.." jelas Hazen dan Ikhwan meletakkan jari telunjuk,pada bibirnya tanda meminta dia senyap.

Ikhwan berhenti dari terus berjalan,dia mendekati pokok yang besar. Mengintai sesuatu dan Hazen hanya mengikuti perbuatannya,apabila diintai Hazen tergamam kerana ada sebuah bangunan yang serupa seperti sebuah kuil purba lama.

"Apa benda tu?" soal Hazen.

"Kau tak tahu? Kuil la kan?" balas Ikhwan.

"Aku tahu itu kuil.. Tapi dalam hutan?" soal Hazen.

Ikhwan memintanya senyap lagi dan memandang ke hadapan,Hazen hanya mendecih dan menoleh ke hadapan juga. Dia terkejut kerana melihat seseorang muncul,diiringi oleh dua orang gadis.

"Siapa mereka?" soal Hazen.

"Soren,Ursula dan Lusha.." ujar Ikhwan memberikan jawapan.

"Seseorang yang kau kenal?" soal Hazen.

"Boleh dikatakan begitu.." ujar Ikhwan.

"Musuh?" soal Hazen lagi dan Ikhwan hanya mengangguk.

"Jadi apa yang kita tunggu lagi?" Hazen ingin melakukan tindakan.

"Nanti dulu.." kata Ikhwan memegang bahu Hazen.

Lelaki yang digelar Soren itu hanya menoleh ke arah kawasan semak,berhampiran pokok di mana Ikhwan dan Hazen berada. Dia hanya mendiamkan diri,lalu berpaling dan melangkah masuk ke dalam kuil purba itu.

"Apa yang kau nak tunggu? Musuh kau bukan?" soal Hazen.

"Musuh aku.. Bukan musuh kau.. Belajar bersabar.." jelas Ikhwan dan memandang ke sekeliling.

"Jadi boleh kau terangkan siapa mereka?" soal Hazen dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Mereka dikenali sebagai 13 Servant of Demon.." jelas Ikhwan.

"13 Servant of Demon?" soal Hazen.

"Ya kewujudan mereka hanya satu tujuan,berkhidmat untuk Devil Lord Apocalypse..." kata Ikhwan lagi.

"Devil Lord Apocalypse?" Hazen menyoal.

"13 Servant ini semua mereka berasal dari dunia yang tidak diketahui.. Mereka sentiasa bertukar host dari serata universe.. Mereka boleh dikatakan dicipta oleh Apocalypse sendiri untuk berkhidmat untuk dirinya.." jelas Ikhwan.

"Jadi Apocalypse ni dia sekarang di mana?" soal Hazen.

"Apocalypse dikurung di universe yang tidak berpenghuni... Dia ditewaskan oleh pahlawan purba pada 1000 tahun yang lalu.." jelas Ikhwan.

Sedang mereka bercakap tiba-tiba seseorang,muncul di hadapan kuil purba. Igdes merenung pintu utama kuil dengan serius,Ikhwan hanya memerhatikan sahaja dari jauh.

"Siapa pula tu?" soal Hazen.

"Igdes.. God of Extermination.." jelas Ikhwan dan Hazen menoleh ke arahnya terkejut.

"Bagaimana dewa seperti dia boleh di sini?" soal Hazen terkejut.

"Itu soalan yang aku tak tahu jawapannya.." ujar Ikhwan dan dia mengingati tentang permintaan Emperor God.

Ikhwan datang ke dunia ini bukan untuk suka-suka,ini kerana permintaan daripada Emperor God sendiri. Dia meminta Ikhwan menyiasat mengenai God of Extermination,Igdes berkenaan jika Igdes ada kaitan dengan demon.

Namun kali ini Igdes ada berkait rapat dengan 13 Servant of Demon?

"Tidak mungkin semua ini,adalah kebetulan?" soal Ikhwan dalam hati.

Tidak lama lepas itu Igdes kembali muncul,keluar dari pintu kuil purba. Soren,Ursula dan Lusha menyusul dari belakang.

Mereka beredar dan Ikhwan keluar dari tempat persembunyian,Hazen turut menyusul dan Ikhwan hanya memerhatikan kuil tersebut. Dia melangkah ke arah bangunan itu,Hazen segera menyusul dari belakang.

"Jadi apa tindakan kau?" soal Hazen.

"Apa yang sepatutnya aku lakukan.." jelas Ikhwan.

Ikhwan dan Hazen melangkah masuk ke dalam kuil,mereka hilang dalam kegelapan kuil tersebut.

Igdes berjalan menuju ke satu tempat,beberapa pengawal hanya menunduk hormat padanya. Langkahnya terhenti apabila seseorang memanggil dia,Igdes menoleh dan hanya tersenyum sinis.

Emperor God berdiri di satu sudut,sambil melangkah ke arahnya dan Igdes menunduk hormat kepadanya.

"Kau dari mana?" soal Emperor.

"Aku ada urusan sedikit di luar.." jelas Igdes.

"Urusan apa?" soal Emperor dan Igdes ketawa sahaja.

"Kenapa kau ketawa?" soal Emperor lagi menahan marah.

"Sejak bila kau sudah mula nak ambil tahu apa yang aku lakukan?" Igdes menyoal dan Emperor merenungnya dengan tajam,Igdes mendekatinya dan berbisik.

"Aku tidak takut dengan kau.. Osiris..." ujar Igdes dan Emperor terkejut,Igdes hanya tersengih lalu beredar.

Emperor memerhatikan Igdes beredar pergi,kemudian seseorang muncul dan menghampirinya dari belakang.

"Dia tahu nama sebenar awak.." ujar individu tersebut.

Empress Goddes

"Ternyata Igdes perlu diperhatikan..." jelas Emperor.

"Apa tindakan awak?" soal Empress.

Emperor God tidak menjawab Empress Goddes,kemudian dia beredar dan pada masa yang sama. Dia telah meminta Ikhwan untuk menyiasat perkara ini,mengingati apa yang Ikhwan katakan mengenai Igdes.

"Kemungkinan Igdes bukan dari kalangan dewa.." jelas Ikhwan dan Emperor terkejut.

"Apa maksud kau? Dragon King?" soal Emperor.

"Panggil sahaja Ikhwan..aku dapat melihat dengan jelas aura milik Igdes.. Dia bukan original dewa.." ujar Ikhwan.

Ingatan mengenai perbualan antara dia dan dragon King bermain di fikiran,Emperor hanya hanya menghela nafas pendek.

Dia kemudian memerhatikan keadaan luar tingkap,dia mula rasa Kayangan bakal dilanggar malapetaka jika dia tidak mengambil tindakan.

"Asheia.." ujar Emperor memanggil nama sebenar Empress,si Empress menoleh ke arahnya.

"Saya risaukan masa hadapan Kayangan.." ujar Emperor dan entah kenapa,dia teringatkan seorang sahabat yang pernah dia berjuang bersama.

"Kenji nampaknya sesetengah ramalan kau mula berlaku..."

Sanzo berjalan melepasi ruang tamu,dia berhenti di hujung kaki lima sambil mendongak ke langit. Dia merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku,tetapi Sanzo hanya simpan sahaja di dalam mindanya.

Sesuatu yang diramalkan oleh ayahnya,sudah berlaku di hadapan matanya.

Namun apakah ramalan ayahnya?

"Father..."




























========================

Untuk panjangkan cerita,aku akan buat sedikit penerangan dan flashback

Jika korang ada cadangan,komen pada ruangan yang disediakan

Jika soalan yang unik dan bernas akan terpilih

That's all!

Ciao!

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now