Part 57. New Movie

Start from the beginning
                                    

Memanglah tak selalu mana sebab Zariel seorang yang serius dan tenang.

Kadang-kadang serius Zariel nampak comel bagi Luna, tapi romantic Zariel? Luna seperti terawang-awangan.

Klau cm tu
dtglh sini
waktu lunch.

Luna hantar mesej lagi. Kalau Zariel melayan Luna berbalas mesej tandanya Zariel tak ada banyak sangat kerja penting ataupun Zariel rindu sangat pada Luna.

Luth z💞
Serius?
Datang betul
nanti.

Mesej ugutan daripada Zariel buat Luna cuak. Luna terus balas dengan emoji jelir lidah.

Tk blh
😜

Zariel yang baca mesej Luna tersenyum kecil. Fail kerja di depan mata dibiarkan dahulu. Pintu biliknya diketuk. Zariel membenarkan Zack masuk. Zariel kembali fokus pada failnya.

"Nak apa?," soal Zariel.

"Bos ada fail yang perlu tandatangan bos," kata Zack.

Zariel mengangguk.

"Letak je dulu," arah Zariel.

Zack menurut. Fail tersebut diletakkan di atas meja bosnya yang tekun dengan kerja.

"Saya keluar dulu," pinta Zack sopan.

Zariel hanya mengangguk namun fokus masih pada fail di atas meja itu. Tender daripada syarikat TAzfar Sdn. Bhd. diteliti dengan dahi yang berkerut halus.

Sebaik sahaja Zack keluar, Zariel terus buka semula telefonnya.

Arluna
Nnti bila
honey dh
umum
hubungan
kita, hubby
blh dtg set
honey bila
ii je.

Zariel hanya tersenyum membaca mesej Luna.

Biasalah lelaki. Luna simpan nombor Zariel dengan nama Luth z siap dengan emoji hati bagai, tapi Zariel save nombor Luna, Arluna je. Tapi entah kenapa tetap nampak comel.

Mesej Luna itu tak dibalas. Hanya bluetick sebagai jawapan. Dia kena fokus pada kerja dia balik.

Luna hampir tergelak sendiri. Tahu yang Zariel nak sambung kerja. Zariel mesej orang macam tak ada kerja padahal banyak kerja lepas tu mulalah bagi tanda biru. Luna faham jadi Luna terus tutup telefon.

"May I sit here?," pinta Darius tiba-tiba.

"Oh. Pleasure is mine," balas Luna sekadar berbasi-basi.

Luna membalas hanya untuk jaga hubungan kerja dan tak nak nampak sombong. Darius tersenyum dan ambil duduk di kerusi sebelah Luna. Darius betul-betul teruja sebab dia dapat berlakon dan berjumpa secara berdepan dengan wanita cantik ini. Darius dah terpikat sejak kali pertama lihat Luna.

"Tak silap saya nama awak, Arluna Aisyah kan?," tanya Darius ramah.

Darius saja nak mulakan perbualan. Luna pandang Darius sambil tersenyum nipis. Takkan lah tak tahu pula nama Luna? Awal-awal terima tawaran berlakon mesti ada nyatakan pelakon wanita utama. Tak logik kalau Darius tak tahu lagipun Luna artis terkenal. Tapi Luna faham yang Darius hanya nak mulakan perbualan dengan dia. Lebih tepat... beramah mesra.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now