"Sayang, dengar tak bunyi dekat bilik sebelah tu?" Jiji yang sedang menggosok pakaian itu menghentikan aktivitinya.
"Tak dengar apa pun"
"Hubby nak pergi tengok sekejap" tidak sampai beberapa minit, Taehyung kembali ke bilik mereka dengan termengah-mengah.
"Sayang, hubby nampak dua ekor toyol kepala bulat dalam bilik itu. Diorang senyum dekat by" tanpa amaran, telinga Taehyung dipiat oleh Jiji.
"Au! Au! Sayang, sakit!"
"Tu makannya. Berjam-jam saya menahan sakit lahirkan diorang, hubby cakap anak-anak kita tu toyol?!" Taehyung tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Oh anak eh?"
"Iyalah! Anak awaklah! Pandai buat, lepas tu buat-buat tak kenal. Pergi susukan diorang" Jiji yang sedang khusyuk memilih tali leher itu dicuit kecil.
"Awak, saya tak ada nenen" bisik Taehyung. Kali ini, tali leher di tangan Jiji dijerut pada leher Taehyung.
"Ambil. susu. botol"
"Janganlah garang-garang. Hubby tergoda tahu tak" usik Taehyung sebelum berlari ke dapur. Jiji tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepalanya. Usai menguruskan pakaian suaminya, Jiji melangkah ke bilik anak kembarnya.
Kedua-dua mereka sedang bermain dengan buah-buahan plastik yang dibeli oleh Jisung. Jiyoon menggigit anggur plastik itu dengan rakus.
"Jiyoon, sayang mama. Lapar ya? Sekejap lagi papa datang bawa susu ya?" walau pun tidak mengerti percakapan ibunya, dia tetap tersenyum lebar sehingga kelihatan gusi merahnya.
"Papa bawa susu!" laung Taehyung gembira. Botol susu disuakan ke mulut Jiyoon. Taekwon yang melihat adiknya yang sedang menyusu itu cuba merampas botol susu tersebut. Suara tangisan Jiyoon membuatkan Taehyung panik. Dengan selambanya Taekwon menghabiskan susu tersebut.
"Sini sini. Mama susukan Jiyoon. Nak tunggu papa kamu siapkan susu baru, kurus kamu nanti" Taehyung yang sedang berdiri di belakangnya itu diam dan berdiri statik. Dia menelan air liurnya kasar.
"Bila giliran papa ni, Yoon? Asyik Yoon dengan Taekwon saja dapat susu. Papa nak juga" cebik Taehyung.
"Saya baru cuci sarung couch dekat ruang tamu. Nak tidur atas couch malam ni?"
"Tak nak, tak nak"
🍰🍰🍰
Taehyung menyuap bubur gandum pada anak kembarnya. Kedua-duanya sangat menanti waktu makan, hampir setiap empat jam merengek mahukan makanan. Manalah tak debab 😌.
"Siapa cakap papa kacak, papa suap bubur"
"Mam mam mam" rusuh pasangan kembar itu.
"Baik-baik, jangan mulakan rusuhan. Kita makan sama-sama" Jiyoon dan Taekwon tersenyum lebar apabila mendapat makanan kegemaran mereka. Selesai sahaja makan, mereka berdua dibiarkan meneroka ruang tamu. Jiyoon dan Taekwon ligat merangkak ke segenap ruang tamu.
"Jangan nakal-nakal. Papa nak ke dapur ni. Kalau nakal, papa babap. Okay" mereka berdua tidak mengendahkan pesanan Taehyung malah sibuk mengejar anak kucing mereka, Binbin. Sejak mereka lahir, Binbinlah yang menemani mereka. Setelah membesar, Binbin pula yang dibuli.
Taehyung pula ligat membasuh mangkuk anak-anaknya dan membersihkan tumpahan bubur gandum itu. Ini semua kerana rusuhan anak kembarnya. Jiji memeluk Taehyung dari belakang.
YOU ARE READING
Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•
Fanfiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 미성속 한 남 편 (Immature Husband) 💄K-Novel💄 The truth untold Is the most painful It may destroy your trust 💜Cinta perlukan pengorbanan 💜 Status : COMPLETED By : @Miss_RoseGold Start : 03 Oct 2018 E...
