(N) Forty-one

1.1K 120 41
                                        

"Dr. Song, doktor sibuk ke sekarang?" Dr. Song mendongak ke arah pintu. Rekod rawatan yang sedang disemak itu ditutup.

"Tak, Dr. Koo. Masuklah" Dr. Koo melabuhkan punggung berhadapan dengan Dr. Song. Kertas lukisan Taehyung diletakkan di atas meja.

"Saya dah buat rawatan awal untuk pesakit dari Korea tu, Encik Kim Taehyung. Jadi, ini yang saya dapat. Tapi, saya tak boleh nak analisis sebab saya tak tahu sebarang cerita atau latar belakang pesakit. Sebab tu saya ada dekat sini sekarang. Mungkin doktor boleh tolong saya"

Lukisan itu diambil. Rekod pesakit lamanya dibuka kembali. Satu lakaran lama dikeluarkan.

"Kalau ikut pengalaman saya, kes ni lebih kurang macam kes identity split. Dia terperangkap antara dua identiti berbeza yang dia sendiri tak mampu nak kawal. Berdasarkan laporan, Taehyung menghidap sister complex ataupun ketaksuban terhadap adik perempuan atau kakak kandung. Mungkin ini Hyemi"

"Hyemi? Siapa tu? Tadi saya ada dengar Encik Taehyung sebut nama tu. Satu lagi, Jiji! Dia kata Jiji tak nak hidup dia senang" Dr. Koo mengurut dagunya.

"Saya akan minta Pn. Kim e-melkan butiran dan kisah Encik Taehyung. Sekejap ya?" gagang telefon pejabat dicapai. Nombor yang tertera pada rekod rawatan Taehyung didail.

"Yeoboseyo, Pn. Kim. Boleh tak kalau Pn. Kim e-melkan kepada saya tentang kisah sepanjang Taehyung menghidap penyakit ni. Kalau boleh, termasuklah semua orang yang pernah terbabit secara langsung atau tidak. Saya harap Pn. Kim tak sembunyikan apa-apa kerana butiran ini akan memudahkan kami untuk tentukan rawatan"

"......."

"Baiklah, Pn. Kim. Saya akan tunggu. Terima kasih banyak-banyak"

Sebaik gagang diletakkan, pintu bilik itu sekali lagi diketuk.

"Dr. Koo, pesakit dah sedar"

"Baiklah, saya akan pergi sekarang. Dr. Song, saya minta diri"

"Saya akan ikut awak" Dr. Koo mengangguk lalu berjalan keluar sambil membetulkan kot putihnya.

Mujurlah Taehyung dalam keadaan tenang. Mungkin akibat kesan ubat penenang yang masih bersisa.

"Apa khabar Encik Kim. Saya Dr. Song Minho. Kenal lagi tak?" Taehyung hanya mengangguk tanpa memandang wajah Dr. Song.

"Kalau tak keberatan, boleh Encik--"

"Yoon Jihae. Dia tak suka aku hidup senang. Semua ni rancangan dia supaya aku tak boleh bersama Hyemi noona. Jahat betul perempuan tu. Macam ahli sihir. Aku benci dia. Lepas aku keluar dari tempat ni, dialah orang pertama yang aku akan hapuskan" Dr. Koo agak cuak mendengar pengakuan dari Taehyung.

"Apa sebenarnya yang dah terjadi sampai Encik Kim bencikan sangat perempuan itu?" Dr. Song sengaja memanipulasi pemikiran Taehyung sementara dia masih separa sedar.

"Hyemi Kim, cinta mati aku. Macam-macam aku buat semata-mata untuk tinggal sebumbung dengan dia. Aku pernah berlakon jadi budak terencat sebab tak nak berpisah dengan dia. Aku cintakan dia. Aku tak boleh lupakan sentuhan hangat dia, layanan hebat dia di katil dan desahan dia. Comel" Taehyung tersenyum kecil apabila 'adegan' itu kembali berlayar dibenaknya. Para petugas wanita di situ tertunduk malu termasuklah Dr. Koo.

"Tapi, hubungan kami tak lama. Eomma terlalu ikutkan nasihat doktor bangsat yang kononnya rawat masalah terencat aku tu. Dia suruh aku kahwin. Eomma kahwinkan aku dengan anak perempuan kawan dia, Yoon Jihae. Aku panggil dia Jiji. Dia cantik, dia baik, dia sempurna. Dia jaga aku dengan baik tapi pada masa yang sama, dialah punca aku terpaksa berjauhan dengan Hyemi" hujung selimut dipintal. Kemarahan memenuhi anak matanya.

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now