(N) Forty-two

1K 118 28
                                        

"Jihyung! Halmeoni datang ni" seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 4 tahun berlari ke pintu rumah setelah mendengar suara tua yang dikenalinya.

"Almeoni! Alabeoji!" Jihyung berlari ke dalam pelukan datuknya. Pipi gebunya dikucup dan digomol oleh bibir berkedut lelaki itu. Mujurlah adanya aplikasi FaceTime yang menghubungkan mereka walaupun berlainan benua. Tak adalah Jihyung kehairanan apabila bersua muka dengan mereka.

"Dah besar cucu kesayangan harabeoji ni. Mama ada?" Jihyung mengangguk lalu menarik tangan kedua mereka ke ruang tamu.

"Almeoni dengan alabeoji tunggu sini. Jihyung panggil mama dekat dapur. Tadi mama masak bau sedap" Jihyung berlari terkedek-kedek ke arah dapur. Apron yang tersarung kemas ditubuh ibunya ditarik dari belakang.

"Ma, almeoni dengan alabeoji datang"

"Hyung pergi depan, cakap yang mama tengah masak. Suruh halmeoni dengan harabeoji tunggu, tahu? Kita makan sama-sama" rambut kelapa anak kecil itu diusap sebelum bayangnya lesap ke ruang tamu.

-------------

"Bila eomma dengan appa sampai? Tak bagitahu Jiji pula tu. Kalau tak, bolehlah kami berdua jemput dekat lapangan terbang" lincah tangannya menyusun lauk-pauk di atas meja. Sejak bergelar ibu 4 tahun lalu, Jiji sudah mahir melakukan semua kerja rumah.

"Eomma kamu ni tak sabar sangat nak jumpa cucu katanya. Maklumlah, kamu tinggal jauh dari kami. Jarang betul boleh berjumpa" suara serak basah Tn. Kim memecah keheningan.

"Yalah, yeobo. Cucu saya, kan? Mestilah saya rindu. Masa kita mula-mula datang sini, Jiji belum habis berpantang lagi. Sekarang dah nak masuk 4 tahun. Mana saya tak rindu?" cebik wanita separuh abad itu.

"Eomma dengan appa ni tetap mesra sampai sekarang. Cemburu Jiji dibuatnya. Jihyung! Tutup televisyen tu! Mari makan dulu" Jihyung memanjat kerusi yang terletak di sebelah kerusi ibunya. Nasi di dalam mangkuknya disuap dengan berselera ke dalam mulutnya. Patutlah pipi tu tak kurus-kurus 😂.

S

K

I

P

"Jiji, kalau eomma tanya Jiji jangan kecil hati, ya?" Pn. Kim bersuara sambil tangannya ligat mengeringkan pinggan yang telah dibilas oleh Jiji.

"Kamu masih marahkan Taehyung ke? Kamu memang betul-betul nak berpisah dengan dia?" anak mata wanita itu ditatap oleh Jiji.

"Eomma, apa yang dia pernah buat dekat Jiji dulu memang melampau. Ya, Jiji faham yang dia ada masalah mental. Tapi, itu bukan tiket untuk dia buat Jiji macam binatang, kan? Hati Jiji dah kebas, eomma. Dah tak boleh maafkan perbuatan dia. Nak kembali bersama? Itu bukan idea yang baik untuk Jiji. Eomma pun tahu kalau penyakit mental ni sukar dipulihkan sepenuhnya. Peluang untuk penyakit tu datang balik ada lagi sepuluh peratus" Jiji mengambil nafas berat kerana menahan sakit di hatinya.

"Kalau itu kata kamu, terpulanglah sayang. Eomma cuma nak tengok kamu bahagia saja. Walaupun kamu dah bercerai dengan Taehyung nanti, eomma tetap akan jadi eomma kamu sampai bila-bila" menantu sulungnya itu didakap erat.

"Ha! Peluk tak ajak!" Jihyung berlari ke arah dua orang wanita kesayangannya dan menyertai sesi berpelukan itu.

----------

"Hei, sayangku. Hari ini kamu syantik. Syantik bagai bidadari. Bidadari di hatiku. Eh, saya--"

"Minhyun, awak kena rasuk ke tiba-tiba nak menyanyi lagu dangdut bagai ni. Ada apa tiba-tiba telefon saya ni?"

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now