(E) Twenty-six

1.5K 139 67
                                        

(Taehyung POV)

Aku memarkir keretaku di lot parkir bawah tanah. Tak pernah-pernah Jin hyung nak jumpa aku. Pelik pula bila dia ajak jumpa di luar waktu pejabat. Aku menekan butang lif ke tingkat 3. Aku hayunkan kaki ke The Kim's Storey, tempat kegemaran kami berdua.

Kelibatnya yang berbahu lebar dan berambut merah jambu metallic cepat sahaja ditangkap oleh pandangan mataku. Kerusi yang bertentangan dengannya aku tarik. Punggung aku labuhkan sebelum memulakan perbualan.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni? Penting sangat ke sampai tak boleh tunggu esok" aku jongketkan kening ke arahnya. Dia sedari tadi merenung anak mataku. Dah kenapa mamat ni?

"Hoseok ada pergi rumah kau?" aku mengangguk.

"Aku dengar Jiji cedera. Teruk. Hoseok syak yang dia kena dera. Apa yang kau dah buat dengan dia?" soalnya dingin. Nadanya mendatar seperti nada yang selalu aku gunakan. Jarang dia berkelakuan sebegini.

"Dia isteri aku. Apa yang jadi antara kami, rasanya aku tak perlu cerita kot dekat orang luar macam kau"

"Kau tahukan aku dah lama suka Jiji. Sejak kali pertama kami jumpa dekat highschool dulu. Aku lepaskan dia dekat kau sebab eomma kau dah janji nak jaga dia. Aku korbankan perasaan aku demi pertalian keluarga kita. Sekarang, mana janji kau? Dah kena telan dengan dolphin?". Aku kematian kata-kata.

"Aku harap kau pertimbangkan balik apa yang aku cakap ni. Kalau kau tak boleh tepati janji kau, aku takkan teragak-agak nak rampas hak aku balik" dia bangun dengan pantas. Kerusinya bergesel dengan marmar menghasilkan bunyi bingit yang menarik perhatian para pelanggan. Dia meninggalkan aku. Not 1000 won yang dia tinggalkan aku pandang sepi. Aku turut keluar dari café itu. Tak kuasa aku nak ambil balik baki.

(End POV)







Jiji membuka matanya perlahan-lahan. Matanya terasa bengkak di bahagian atasnya. Perlahan-lahan, dia bangkit. Badannya disandarkan di board katil. Bantal diletakkan di belakang tengkuknya.

Daun pintu dikuak dari luar. Terpacul wajah Taehyung. Di tangannya terdapat sebuah dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air kosong. Ubat-ubatan yang diberikan oleh Hoseok turut diletakkan di atas dulang.

"Nah, makan! Nanti mati menyusahkan aku pula. Kau ingat nak urus mayat tu murah? Tak kuasa aku nak habiskan duit aku untuk kau" marah Taehyung.

'Dia ni dah kenapa? Aku tak kata apa pun kan? Yang dia bagi mukaddimah panjang lebar dah kenapa?' getus hati Jiji. Jiji cuba mengambil sudu tetapi terlepas. Jari-jemarinya turut bengkak.

"Terhegeh-hegeh! Aaaaaa!" Jiji mengangakan mulutnya kerana dipaksa oleh suaminya. Sesekali Jiji mendesis kerana sudu tersebut terkena pada luka di bibirnya.

"Nah, ubat. Makan. Kalau kau buang, aku rogol kau" Jiji menggulingkan matanya.

'Macamlah kau nak sentuh aku?'

"Aku tak main-main" ubat diajukan ke bibir pucat Jiji. Jiji hanya menelan dan meneguk air.

"Terima kasih. Saya sayang awak" sengih Jiji. Walau pun perit di badannya masih belum hilang, tetapi dia bahagia. Tak pernah dia menerima layanan sebagai seorang isteri dari CEO, Kim & Co.

Taehyung hanya senyap dan menyusun semula mangkuk serta gelas yang digunakan sebentar tadi. Apabila tiba di muka pintu, Taehyung menoleh dan memandang Jiji.

"Woi, kau sengih apahal? Berangan je kerja. Kunci pintu. Malam nanti baru aku balik"

"Awak nak pergi mana?"

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now