(N) Fifty-nine

551 47 0
                                        

Jiji bangun lebih awal hari ini dengan ura-ura hendak menyediakan sarapan untuk keluarganya. Malangnya, Seojung bangun lebih awal dan telah menyiapkan roti bakar, bakon goreng dan telur hancur. Tidak lupa juga, teh goji beri kegemaran mereka sekeluarga.

"Selamat pagi, eomma" ujar Jiji dengan ceria. Seojung memandang Jiji sekilas.

"Selamat pagi" oktaf nada suaranya sangat rendah seperti tidak sudi membalas sapaan Jiji. Jiji hanya senyum dan menyusun pinggan untuk enam orang.

"Kerusi tu tak pernah berpenghuni. Kenapa sediakan pinggan juga? Bukannya kamu baru duduk di rumah ni" terselit nada sarkastik dalam ton suaranya. Pinggan yang basah di tepi sinki dilap menggunakan sehelai tuala dapur.

"Hari ni kita ada tetamu"

"Jangan cakap--" suara gelak ketawa dua orang lelaki membuatkan Seojung mengintai melalui jendela dapur. Memang sah, itu suara Taehyung dan Sungkyung. Tuala dapur yang berada di tangannya dilempar kasar ke atas kaunter sebelum melangkah ke arah tangga.

"Eomma, marilah makan sama-sama dengan kami. Eomma belum makan lagi kan?"

"Eomma nak kejutkan Jihyung dan Jisung. Kamu bertiga makanlah dulu"

Sementara itu, Sungkyung dan Taehyung sudah tiba di meja makan untuk menikmati sarapan. Bau bakon yang harum membangkitkan selera lelaki itu.

Seojung turun bersama dengan Jihyung. Anak kecil itu berlari ke arah bapanya.

"Yeay! Hari ni Hyung sarapan dengan papa" ujarnya riang. Kerusi di sebelah Taehyung ditarik sebelum Jihyung memanjat naik ke atasnya. Sepanjang waktu sarapan, Sungkyung, Taehyung dan Jiji sibuk berbual tentang syarikat. Ada kalanya mereka turut berbual dan melayan kerenah Jihyung. Seojung hanya diam dan menikmati hidangan di dalam pinggannya.

Adakalanya dia terasa terasing namun hati dan mulutnya terasa berat setiap kali bersua muka dengan Taehyung. Setelah selesai, Seojunglah yang paling awal meninggalkan meja makan dan mula bekerja di dapur. Taehyung yang kelihatan sedih itu ditegur oleh Sungkyung.

"Tak apa, Taehyung. Nanti appa akan cuba bercakap dengan eomma. Janganlah risau"

⏳⌛⏳

Taehyung menjengah dapur untuk melihat kegiatan ibu mertuanya. Wanita separuh abad itu ligat mengemop lantai dapur. Taehyung berdehem kecil sehingga Seojung beralih memandangnya.

"Sarapan tadi sedap. Terima kasih"

"Sama-sama"

"Eomma masih marahkan Taehyung?" mopnya diletakkan kembali di dalam baldi dengan kasar. Soalan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan. Bawang yang sudah dikupas dihiris nipis. Pada masa yang sama, Jiji mengarahkan Taehyung untuk kembali ke ruang tamu. Kini, Jiji pula yang berdiri di sebelah Seojung.

"Eomma, Jiji nak cakap sikit boleh?"

"Kalau pasal Kim Taehyung, eomma tak nak dengar" keluhan berat terlepas dari celahan bibir mungilnya. Tangan putih bersih milik Seojung diraih membuatkannya berhenti menghiris.

"Eomma, Jiji nak minta restu eomma. Jiji pun masih tak bersedia untuk hidup di bawah jagaan Taehyung. Tapi, Jiji buat semua ni untuk kebahagiaan anak-anak. Jiji tak nak Jihyung dan bakal bayi ni hidup tanpa kasih sayang seorang ayah. Jiji nak anak-anak Jiji dapat kasih sayang yang sepatutnya"

"Jiji, hanya seorang ibu yang rasa macam mana sakitnya melihat seorang anak disakiti secara fizikal dan mental. Hampir sebulan, eomma yang berdiri teguh di sebelah kamu. Rawat, jaga makan dan minum kamu. Hati eomma sakit sangat bila tengok muka Taehyung. Apa yang dia buat pada kamu dulu, masih terngiang-ngiang di telinga eomma. Hampir setiap malam kamu meracau, merayu supaya kamu tak dipukul. Eomma trauma. Eomma trauma dengan semua ni" airmata yang tidak henti-henti mengalir di pipinya ditepis dengan tapak tangan.

"Kalau kamu berada di tempat eomma, baru kamu faham perasaan eomma. Kahwinlah, kalau itu membahagiakan kamu" Jiji rasa seperti kepalanya hendak meletup ketika itu. Dia tersepit di antara Seojung, Taehyung dan anak-anaknya. Dia melangkah longlai meninggalkan ruangan dapur lalu kembali ke ruang tamu.

S

K

I

P

Sungkyung menguak daun pintu biliknya. Sosok tubuh isterinya yang sedang berdiri di balkoni itu disapa lembut.

"Awak okay ke? Boleh saya cakap sikit dengan awak?"

"Awak pun nak bahas tentang Taehyung ke? Saya dah muak dengar nama dia. Saya tak faham kenapa awak dan Jiji boleh terima dia dengan mudah lepas apa yang dia dah buat" pandangannya jatuh pada langit yang gelap malam ini. Tiada bulan mahu pun bintang seakan-akan memahami kerungsingannya.

Tangan isterinya dicapai lalu mereka sama-sama melabuhkan punggung di atas katil yang telah menjadi saksi suka dan duka mereka selama puluhan tahun.

"Sayang, pandang saya"

"Saya tahu, ini semua berat untuk awak terima lebih-lebih lagi apabila awak terlalu sayangkan Jiji. Saya tahu awak mahukan yang terbaik untuk anak kita, tapi percayalah yang Taehyung akan cuba yang terbaik untuk tebus kesilapannya yang lalu. Setiap orang berhak menerima peluang kedua" Seojung berdecit dan menolak bahagian dalam pipinya menggunakan lidah.

"Kalau awak nak sangat dia jadi menantu awak, teruskan. Saya tak halang"

"Tapi, awak maafkanlah dia, Seojung. Sampai bila awak nak bermasam muka dengan dia. Kita dah tua, Seojung-ah. Nanti apa kata Jihyung kalau halmeoni dan papa dia ada masalah" Seojung diam sejenak. Dia juga tidak mahukan perkara itu berlarutan.

"Tapi, kenapa dengan Taehyung? Minhyun pun boleh bahagiakan Jiji. Senang-senang saja Jiji tolak Minhyun sedangkan Taehyung dah banyak lukakan perasaan dia"

"Seojung, Ahryeong dan Seonho sudah jelaskan berkali-kali pada awak. Taehyung sakit. Taehyung sakit, Seojung. 5 tahun dia berusaha untuk dapatkan kembali dirinya. Awak akan jadi manusia yang kejam sebab awak tak berlaku adil pada Taehyung. Kasihankanlah Jiji juga. Awak buat dia rasa tersepit. Lagipun, awak tak rindukan Ahryeong? Dah lama sangat awak tak berhubung dengan dia" Seojung mengeluh sebelum mengangguk. Siapa saja yang tidak merindui sahabat yang sudah berpuluh tahun bersama. Dia dan Sungkyung berkenalan juga atas usaha Ahryeong dan Seonho.

"Mari kita tidur. Tenangkan minda dan rehat dengan baik. Esok, kita ke rumah keluarga Kim"

📌📌📌

Seawal waktu makan tengah hari, pasangan bermarga Yoon itu telah berada di hadapan pintu utama rumah agam milik The Kim's. Bagi Seojung, inilah waktu terbaik kerana Seonho akan pulang makan tengah hari di rumah. Tidak pernah sehari pun lelaki itu terlepas peluang untuk menikmati makan tengah hari dengan buah hatinya kecuali jika ada perjumpaan dengan pelabur.

Bel pada pintu masuk utama ditekan sekali sebelum sebuah interkom menyalakan lampu berwarna merah.

"Annyeonghaseyo, Kim Ahryeong's here. Siapa di sana?"

"A-aku ni, Seojung" pintu utama itu terus terkuak dari dalam. Ahryeong yang kemas berpakaian kasual itu tersenyum tidak percaya.

"Akhirnya, Seojung. Kau datang juga. Lama aku tunggu kau" tubuh sahabat karibnya dirangkul di dalam pelukannya.

Sementara itu, Taehyung dan Jiji sudah berada di sebuah kafe untuk bertemu dengan seorang wanita yang telah memberi impak besar kepada hidup mereka. Pastinya, ada bahaya menanti mereka di luar sana.















































































*Hoho.. How's this? Let me know in the comment 😉*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now