"Oh Tuhan, kacaknya dia!"
"Dia macam idola K-Pop kegemaran aku!"
"Cemburunya aku dengan bontot dia!"
Makin panas telinga Jiji mendengarkan komen-komen beberapa orang gadis remaja yang sibuk memerhati bentuk tubuh badan Taehyung. Mahu sahaja dia menghumbankan ketiga-tiga gadis itu ke tingkat bawah gedung membeli-belah itu.
Selendang panjang yang sedia terlilit di lehernya itu dilonggarkan lalu dibentangkan.
"Taehyung, sini kejap" lelaki yang telah berada jauh di hadapan itu kembali berlari anak mendapatkan isterinya. Tanpa celoteh panjang, selendang panjang itu diikat pada pinggang jejaka itu. Bahagian belakang dikemaskan sedikit supaya menutupi bahagian punggung lelaki itu.
Jiji tersenyum puas melihat hasil tangannya. Kalau dia masih bekerja di Huskies Fashionnaire, pasti fesyen ini sudah diketengahkan.
"Kenapa ni? Awak nak saya buat pertunjukan fesyen ke di sini?" Taehyung yang masih bingung itu banyak pula bertanya. Jari telunjuknya diletakkan pada bibir sendiri supaya lelaki itu berhenti bertanya.
"Kalau awak pakai seluar ni lagi, saya takkan teragak-agak untuk bakar almari baju awak"
"Awak cemburu ke sayang? Hah? Hmm? Saya boleh hidu aura posesif dekat sini" Taehyung menjongketkan keningnya berulang kali sehingga Jiji salah tingkah di situ.
"Awak ingat saya suka ke orang pandang bontot awak. Saya tak suka eh. Lepas tu komen macam-macam pasal bentuk badan awak. Rimas tahu tak. Bingit telinga ni" Jiji dengan bersungguh-sungguh cuba berselindung di sebalik alasan untuk menutupi rasa cemburunya.
"Cakap jelah sayang cemburu" bahu Jiji dirempuh lembut sebelum lelaki itu berlari anak ke hadapan.
"Nasib baik aku mengandung. Kalau tak, tak cukup tanah kau nak lari"
🐧🐧🐧
"Awak betul ke nak saya turun sama-sama dengan awak? Awak betul-betul dah bersedia dengan reaksi eomma awak"
"Kita takkan pernah bersedia, Taehyung. Sama ada awak suka atau tidak, hari ini pasti berlaku. Cuma cepat atau lambat yang membezakannya. Dah, jom turun" Jiji melangkah ke pintu utama terlebih dahulu diikuti Taehyung. Jantungnya berdegup kencang seperti baru sahaja selesai acara larian 100 meter.
Kelibat Seojung dapat dilihat dengan samar-samar dari pintu. Wanita separuh abad itu berjalan ke arah mereka dari dapur. Wajah yang mulanya dihiasi senyum nipis kini berubah 180 darjah menjadi riak benci dan dendam.
"Kamu buat apa dekat sini? Yoon Jihae, kenapa kamu bawa balik lelaki ni ke rumah?" jarinya lurus menuding ke arah Taehyung yang hanya diam tak bersuara.
"Seojung! Saya tak pernah ajar awak untuk bersikap biadap dengan tetamu" Sungkyung, bapa Jihae, menyampuk dari halaman rumah. Lelaki yang kemas berbaju Polo Club itu menyapa mereka bertiga.
"Awak selalu macam tu! Selalu sebelahkan orang luar. Dia ni dah buat macam-macam pada anak kita pun, awak masih nak pertahankan dia? Jihae! Kenapa kamu bawa dia ke sini?!" bentak Seojung lagi. Terhincut bahu Jiji dibuatnya. Wanita itu hanya diam kerana gerun dengan wajah bengis ibunya.
"Seojung! Masuk rumah sekarang" Seojung memberi tatapan maut pada Sungkyung sebelum meninggalkan mereka bertiga. Sengaja Seojung menghidangkan makanan dengan kasar sebagai tanda protes.
"Baru nampak muka saya, dia dah mengamuk. Macam mana nak bagitahu pasal anak tu?" bahu Taehyung ditepuk perlahan oleh Jiji.
YOU ARE READING
Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•
Fanfiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 미성속 한 남 편 (Immature Husband) 💄K-Novel💄 The truth untold Is the most painful It may destroy your trust 💜Cinta perlukan pengorbanan 💜 Status : COMPLETED By : @Miss_RoseGold Start : 03 Oct 2018 E...
