(E) Twenty-seven

1.5K 140 70
                                        

Jiji terjaga sekitar pukul 7 pagi. Taehyung tidur pulas beralaskan dadanya. Perlahan-lahan, kepala Taehyung dialihkan ke atas bantal. Baju yang bertaburan di atas lantai dikutip untuk di basuh. Jiji keluar dari bilik itu secara perlahan-lahan. Kalau Taehyung terjaga, Jiji tak akan selamat.

(Jiji POV)

Aku sapu ubat pada kesan lovebites yang Taehyung buat. Ada yang sampai berdarah. Dasar suami durjana. Aku tampalkan plaster di beberapa kesan luka pada leher dan bahuku. Setelah itu, aku menapak turun untuk siapkan sarapan. Lenguh satu badan. Rasa macam tak ada graviti sekarang ni. Terlalu penat. Terlalu sakit.

Aku mencapai beberapa biji telur dan mula buat scrambled egg. Chicken cottage sausage turut digoreng. Tiba-tiba, tangan kekar milik Taehyung mendakap erat pinggangku. Kepalanya disandarkan pada kepalaku. Dagumya terkena bahu aku yang luka. Aku tolak kepalanya perlahan. Dia berkeras. Dia cium leher aku.

"Taehyung, saya p-penat"

"Aku nak lagi. Layan aku. Sebelum ni pun, kau bukan pernah jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri"

Airmata aku jatuh. Sekarang ni, nak cakap pasal tanggungjawab? Kalau hal ni, nak pula kau sembang pasal tanggungjawab?

"Kalau saya tak pernah jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri, how about you? Awak abaikan saya, pukul saya, maki saya sebab pertahankan perasaan tak waras awak pada Hyemi eonnie"

"Kau jangan sesekali sebut nama kesayangan aku. Nama dia tak layak keluar dari mulut perempuan kotor macam kau, pelacur! Now, aku nak jalankan tanggungjawab aku sebagai suami. Ni yang kau nak kan? Ikut cepat!" dia mengheret aku masuk ke bilik. Sempat aku memegang tombol pintu erat. Malangnya, tarikan Taehyung terlalu kuat sehingga tombol itu tercabut. Besi tersebut mengguris telapak tanganku.

Tali lehernya dicapai dari wardrobe cabinet dan tanganku diikat pada kepala katil.

"Taehyung! Cukuplah! Saya bukan binatang untuk terima layanan macam ni!" aku cuba longgarkan ikatan pada tanganku namun gagal. Malah, pergelangan tanganku melecet teruk.

Tanpa menghiraukan aku, Taehyung meneruskan aktiviti yang memberi 'nikmat' padanya namun deritanya. Aku yang tanggung.






(skip)




Sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Seminggu jugalah aku elakkan diri dari berurusan dengan dia. Malah, bertembung pun aku tak ingin. Aku melangkah ke meja makan. Sarapan yang aku buat pagi tadi langsung tak disentuh. Aku hancurkan chicken ham dan bagi pada Michu, kucing jiran sebelah.

Aku melangkah ke peti sejuk untuk ambil barang untuk masak makan tengah hari. Tapi, yang ada cuma kubis dan telur. Takkan nak makan ni je? Aku ambil purse dan sarungkan winter coat ke tubuhku. Satu sticky note aku capai dan tuliskan sesuatu.

Saya keluar beli barang sekejap.
-Jiji-

Done! Kalau nak call, memang dia takkan angkat. Dia dah warning aku. Cuma dia je boleh call atau text aku. Tch, baik tak payah guna iPhone kalau macam tu. Sebelum ni dia larang aku daripada jejak kaki ke dunia luar. Tapi, aku rasa apa yang aku nak buat ni tak salah. Aku lapar dan nak beli makanan. Memang aku bercadang nak lari. Tapi bukan sekarang.

Aku kunci pintu dan tahan teksi untuk ke supermarket berhampiran. Aku berikan beberapa keping not kepada pemandu teksi tersebut dan mula mencari barang dapur.

Setelah selesai semuanya, aku bergegas ke sebuah café untuk membeli orange caramel cupcake. Tetiba teringin pula.

"Nanti hantarkan ke meja nombor 6, ya? Terima kasih" aku melangkah ke tempat dudukku sambil menunggu pesananku tiba.

"Eo, Jiji!" aku toleh ke belakang.

"Jin oppa! Oppa seorang ke? Jomlah join Jiji sekali" Jin menarik kerusi bertentangan denganku.

Kami berbual rancak sampai tak sedar masa berlalu pantas. Aku kerling jam di tangan. Dah pukul 6. Lagi sejam Taehyung balik dari office.

"Oppa. Jiji kena balik. Kejap lagi Tae nak balik rumah. Jiji kena masak untuk dia. Jiji gerak dulu. Annyeong" aku capai shopping bags dan mula melangkah keluar dari supermarket.

(End POV)

Tanpa Jiji sedar, setiap gerak-gerinya diperhatikan oleh seseorang. Jiji menuju ke arah Uber yang telah ditempahnya tadi.

Jam menunjukkan pukul 7.15. Jiji masih terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Hatinya mula tak tenang. Dia yakin Taehyung sedang menunggunya di rumah. Mungkin ditemani tali pinggang Guccinya.

Setelah jam 7.45, barulah dia berjaya tiba di rumah. Jantungnya berdegup kencang saat terlihat kereta Taehyung sudah diparkir elok di garaj. Butang pada alat kawalan jauh ditekan agar pintu pagar automatik itu terbuka. Kata laluan ditekan. Malangnya, error! Jiji mencuba sekali lagi. Tetap error!

"Mesti Taehyung yang tukar! Macam mana ni?!"

Dia toleh ke belakang. Pintu pagar sudah ditutup. Virus telah dihantar ke alat kawalan Jiji supaya tidak berfungsi. Jiji menghempas alat kawalan itu hingga hancur berkecai.

Pintu utama diketuk. Tangan dan bibirnya mula menggigil. Suhu hampir 0 darjah Celcius ketika ini.

"T-t-taehyung! B-buka pintu ni" winter coat yang tersarung ditubuhnya dibetulkan. Skaf yang melilit lehernya diketatkan supaya angin tidak menyentuh kulitnya. Setelah beberapa kali ketukan, masih sama. Langsung tiada reaksi dari Taehyung.

Dia menunduk sambil menyeka airmata yang mula mengalir. Rahangnya tidak henti-henti bergetar kerana terlalu sejuk hingga menusuk tulang hitam. Dia terlihat sekeping nota.

Hukuman untuk isteri yang langgar perintah suami. Kau tidur luar malam ni.

Airmatanya makin deras mengalir. Lemah lututnya. Dia tak dapat bayangkan tidur di luar rumah semasa suhu hampir mencecah negatif. Dia bersandar di pintu. Mukanya disembunyikan di lutut.

Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya. Segera dikesat dengan hujung lengan kemejanya.

Darah.

Kepalanya mula berpinar. Semua dia lihat menjadi ilusi bertindih. Semuanya kelihatan seperti berpecah dua. Dia tidak pasti sama ada dia tidur atau pengsan pada malam itu. Dia rebah menyembah lantai.

"Menyusahkan aku betullah perempuan ni" Taehyung mengheret Jiji masuk dan diletakkan di atas sofa. Hidung Jiji yang masih mengalirkan darah ditekup dengan tisu.

Sehelai comforter tebal ditebar ke atas tubuh Jiji.

'Memang aku benci kau. Tapi pada masa yang sama, kau isteri aku. Kau masih ada guna untuk aku. Bila aku rasa kau dah tak berguna bagi aku, aku akan lepaskan kau dengan cara baik'

Suis lampu ditutup. Kakinya mula melangkah keluar. Enjin kereta dihidupkan.

Rumah Hyemi.

Lokasi yang dituju.











*annyeong guys... abaikan typo. sorry kalau barai.. hope enjoy ^^*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now