(E) Twenty

1.6K 154 66
                                        

Taehyung yang sedang sibuk 'menanam benih' dalam tubuh kecil Hyemi itu menghentikan aktivitinya apabila merasakan seseorang sedang memerhatikan mereka. Matanya membulat saat wajah Jiji terpacul di muka pintu. Dulang yang dipegang oleh isterinya itu terhempas ke lantai. Jiji mula berlari menuruni tangga. Malangnya, bubur dan air yang tumpah telah menyebabkan dia tergelincir dan jatuh dari tangga.

Darah yang mengalir dari celahan rambut Jiji membuatkan Taehyung panik. Dia segera mencapai baju dan seluarnya. Hyemi yang sedang termengah-mengah di atas katil dibiarkan begitu saja.

Tubuh kecil Jiji dicempung dan dimasukkan ke dalam kereta. Pedal minyak ditekan dan kereta mereka memecut laju menuju ke Seoul Private Hospital.

(skip)

(Pn. Kim POV)

Jiji 🤗
Accept                       Reject

Yeoboseyo Jiji-ah. Kenapa call eomma ni?

Eomma, Taehyung ni. Datang Seoul Private Hospital sekarang. Jiji jatuh tangga. Tolong bagitahu eomma Jiji sekali ya? Annyeong.

End call

Taehyung? Dia ke yang bawa Jiji pergi hospital? Takkanlah kot? Dia kan tak sembuh lagi. Ke dia dah sembuh? Ish, serabut otak aku. Baik aku call Seojung.

(End POV)

®©


Eomma dan appa Jiji berlari ke wad yang menempatkan anak mereka. Eomma dan appa Taehyung pula masih tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

"T-taehyung? Kamu ke tu?" Tn. Yoon menyentuh bahu seorang lelaki yang membelakangi mereka. Sebaik lelaki itu bertemu mata dengan mereka, mereka sangat terkejut.

"Kamu ke yang bawa Jiji ke sini? Kamu dah sembuh ke Tae? Betul ke apa yang eomma nampak? Atau eomma hanya bermimpi di siang hari?"

"Betul, Taehyung dah sembuh. Bila Tae nampak Jiji noo-- bukan! Jiji jatuh tangga, Tae jadi tergerak hati nak hantar dia ke hospital dan tak sangka Tae mampu berfikir macam biasa balik" Tn. Yoon dan isterinya hanya mengangguk walaupun cerita Taehyung sangat tidak masuk akal.

"Mungkin sebab ni eomma kamu beria-ia nak kahwinkan kamu. See? Kamu dah sembuh sekarang" Tn. Yoon menepuk bahu menantunya.

Setelah berita tentang Taehyung yang sudah kembali normal tersebar, barulah mereka semua masuk untuk melawat Jiji. 'Kesembuhan' Taehyung dari penyakitnya lebih menjadi tumpuan berbanding keselamatan Jiji yang semakin terancam.

Daun pintu dikuak perlahan. Jiji sudah sedar. Matanya dilarikan daripada bertembung dengan anak mata gelap milik Taehyung. Aura hitam Taehyung sangat terasa ketika itu.

"Sayang, macam mana boleh jatuh ni?" Pn. Yoon mengusap belakang tangan Jiji. Jiji memandang Taehyung. Taehyung meletakkan jari dilehernya. Dia melarikan jari di sekitar lehernya seolah-olah mengugut Jiji.

"Jiji tumpahkan air. Masa Jiji nak lap, Jiji tergelincir"

"Lain kali hati-hati ya, sayang. Eomma dengan appa dah nak balik ni. Waktu melawat pun dah nak habis. Maaf sebab lambat. Makan ya bubur yang eomma bawa tu. Kami gerak dulu ya? Jaga diri" Pn. Yoon mencium ubun-ubun anak gadisnya sebelum melangkah keluar dari wad itu.

Wajah Taehyung yang terhias senyuman kini bertukar tegang dan dingin. Rahang Jiji dicengkam.

"Kalau kau buka mulut pasal tadi, siap kau. Kau dan keluarga kau akan lenyap dari dunia ni. Kau jangan sesekali nak larikan diri dari aku. Mata-mata aku sentiasa awasi kau" Taehyung mengusap airmata Jiji yang jatuh di pipi. Cengkamannya mulai longgar. Taehyung keluar dari wad itu setelah memberi amaran kepada isterinya.

Airmata yang tersisa di kelopak matanya diseka kasar. Dia terasa bodoh dan ditipu. Kepercayaan dan maruah dirinya dipijak-pijak oleh Kim Taehyung, suaminya sendiri.











*annyeo-ong! how about this? kejam? ini belum apa2. jgn harapkan kebahagiaan selepas chap ni. sediakan parang utk Taehyung. sila kecam dia di bahagian komen*

*abaikan segala typo. maaf kalau barai. enjoy ^^*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now