(N) Fifty-three

651 64 22
                                        

Jiji menapak masuk ke dalam bilik Jihyung. Sehari suntuk anaknya terperap di dalam bilik, semuanya berpunca dari peristiwa kelmarin.

"Sayang, bangun. Dah pagi ni. Dari semalam Hyung tak makan" sepi. Tiada sebarang reaksi diterima dari anak tunggalnya itu. Selimut yang menyelubungi Jihyung ditarik sehingga mendedahkan kepala.

"Kamu demam ni, sayang" Jiji segera mengetuk pintu bilik Jisung. Mujurlah kembarnya itu sedang berada dalam mode cuti.

"Sung, Jihyung demam. Jom pergi hospital" Jisung terus menggendong Jihyung masuk ke dalam kereta. Jiji mencapai kot mereka bertiga lalu turut masuk ke dalam kereta. Jihyung yang berada di atas ribaannya berpeluh hebat. Dapat dia lihat renikan peluh dingin di sekitar leher dan dahinya.

Sampai sahaja di hospital, Jihyung di bawa ke zon kuning. Jiji dan Jisung tidak dibenarkan masuk dan diminta untuk menguruskan pendaftaran di kaunter. Bergetar-getar tangannya menulis nama Jihyung pada borang tersebut. Senget-benget tulisan Jiji jadinya.

15 minit berlalu, namun mereka masih belum menerima sebarang khabar dari doktor yang menjalankan pemeriksaan.

"Sung, kenapa diorang lama? Aku takut" Jisung memeluk adik kembarnya erat. Empangan airmatanya tidak dapat dikawal apabila memikirkan keadaan anak kesayangannya.

"Waris Yoon Jihyung" Jiji segera menepis airmatanya dan berlari anak ke arah doktor itu. Topeng mukanya diturunkan sebelum memulakan bicara.

"Puan ni ibu Jihyung?" Jiji hanya mengangguk perlahan. Doktor itu melepaskan keluhan berat.

"Macam nilah, puan. Kami terpaksa menahan anak puan di wad untuk memantau perkembangannya. Anak puan disahkan mengalami tekanan perasaan. Perkara ni menyebabkan kadar degupan jantungnya bertambah dan membawa simptom seperti berpeluh, sukar bernafas dan pitam. Tapi puan jangan risau, saya dah berikan rawatan secukupnya. Nasihat saya, biarkan dia berehat secukupnya dan elakkan persekitaran yang boleh membuatkan dia tertekan. Perkara sebegini boleh menjejaskan tumbesaran Jihyung. Puan boleh masuk ke wad sekarang"

Tergamam wanita itu mendengar penjelasan dari doktor tersebut. Dia tahu betapa bahayanya tekanan di usia kanak-kanak.

"A-aku bukan ibu yang terbaik untuk Jihyung" Jisung menarik Jiji untuk duduk di barisan kerusi yang tersedia. Kedua-dua belah bahunya dipegang erat.

"Dengar sini, kau adalah ibu terbaik untuk Jihyung. Kau dah berjaya lalui macam-macam liku dalam hidup kau untuk besarkan Jihyung. Kau adalah perempuan paling kental yang aku kenal. Jadi, aku tak nak kau mengalah. Jangan tunjukkan kelemahan kau di depan Jihyung" airmata yang menuruni pipi itu diseka oleh ibu jarinya.

"Jom masuk" tangan Jiji ditarik untuk masuk ke dalam wad yang menempatkan Jihyung. Pipi Jihyung yang memerah akibat demam panas itu diusap perlahan. Mata kuyu Jihyung memandang wajah bersih milik ibunya.

"Ma, Hyung nak balik" rengek Jihyung. Tiada kanak-kanak yang sukakan suasana dan bau ubat-ubatan di hospital.

"Sayang, sayang mana boleh balik lagi sekarang. Tunggu kamu sihat sikit, ya?"

"Hyung nak papa" Jiji hanya terdiam.

"Kita call Daddy Hyun, ya?" Jihyung menggeleng.

"Tak nak. Hyung nak papa. Hyung nak papa" Jiji menoleh ke arah Jisung. Lelaki itu mengeluh sebelum mengangguk seolah-olah memahami tatapan mata Jiji.

📦📦📦

Taehyung membuka butang baju pada lengan kemejanya. Usai sahaja mesyuarat, dia berhasrat untuk melawat Jiji di rumah. Malangnya, rumah sepi tanpa penghuni.

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now