"Hyemi dah buat keputusan. Hyemi dah bincang dengan Gyu dan mungkin ini solution terbaik untuk semua orang" Hyemi mengambil nafas. Ayatnya yang tergantung mendebarkan hati-hati keluarga Kim.
"Hyemi akan ikut Taetae pindah" Pn. Kim tersenyum girang. Begitu juga dgn Tn. Kim. Taehyung pula sudah berjimba ria di belakang sofa. Senyum paksa terukir di bibir Hyemi.
"Kalau macam tu, korang semua dah boleh packing barang mulai esok. Jumaat ni dah boleh pindah masuk. Appa akan call ejen hartanah. Nak inform tarikh korang nak pindah masuk" selesai sahaja menuturkan ayat terakhir, kaki Tn. Kim terus melangkah ke bilik kerjanya untuk menguruskan perpindahan anak menantunya.
"Eomma, Hyemi nak keluar dengan Gyu kejap malam ni. Tak payah tunggu. Hyemi balik lambat. Hyemi masuk bilik dulu" terus kakinya diatur meninggalkan ruang tamu bercirikan English contemporary itu.
"Ma, Jiji pun nak masuk bilik juga. Ada kerja sikit. Tae, jom!" Jiji dan Taehyung naik ke tingkat atas. Sekarang, Taehyung sudah mula membiasakan diri dengan Jiji. Mungkin tidak terlalu rapat tetapi layanan dingin Taehyung semakin berkurangan.
Taehyung mengekori Jiji hingga tiba di depan pintu bilik Hyemi. Segera dia membelok dan menerjah masuk ke dalam bilik Hyemi. Terpelanting smartphone dari tangan Hyemi kerana terperanjat.
"Woi, kau nak apa hah? Nak sangat ke aku mati?" Hyemi mengurut dada perlahan.
"Noona mana boleh mati lagi. Taetae masih nak enjoy dengan noona.. Mekasih tahu sebab nak ikut Taetae pindah.. Sayang noona sangat-sangat" Taehyung menari-nari sebelum keluar dari bilik itu.
'Betul ke apa yang aku buat ni? Aku serabutlah!' Hyemi menarik rambut belakangnya.
•
•
•
•
(skip)
•
•
•
•
"Ahjusshi Seon! Tolong Jiji angkat luggage ni boleh tak? Beratlah" sengih Jiji hingga menampakkan sebaris giginya yang tersusun.
"Apa-apa pun boleh untuk Jiji" segera bagasi diangkat memasuki lif. Ya, mereka telah tiba di bangunan yang menempatkan rumah baru mereka.
Ting!
Lif tiba di tingkat 10, tingkat yang menempatkan kediaman eksklusif. Artis-artis terkenal turut tinggal di tingkat yang sama. Tetapi, artis kesayangan Jiji iaitu Abangtan Seonyeondan tinggal di apartmen lain. Sob sob 🙁.
"Ahjusshi letak beg kamu dekat sini ya? Ahjusshi gerak dulu. Kalau ada apa-apa, cepat-cepat call Tn. Kim. Faham?"
"Ya. Terima kasih, ahjusshi" Jiji menutup pintu apabila kelibat Ahjusshi Han telah lenyap dari pandangan.
"Tae, noona ada exam tahu? Noona kena pergi tuisyen. So, kejap lagi Hyemi eonnie akan datang untuk jaga Tae. Behave okay?" Taehyung yang masih leka dengan teddy bearnya mengangguk.
Tidak lama selepas itu, doorbell ditekan oleh seseorang. Jiji segera membuka pintu. Terpacul wajah Hyemi dan teman lelakinya, Mingyu.
"Bie, I hantar you sampai sini je ok? You masuklah. Petang nanti kita keluar tengok movie" kata Mingyu sambil tersengih manja.
"You taknak masuk dulu ke?
"Tak apalah. Takut Jiji dengan Taetae tak selesa pulak. I pergi dulu ya?"
Mingyu melambai ke arah Hyemi. Hyemi melempar tas tangannya ke atas sofa.
"Eonnie, Jiji nak kena gerak pergi tuisyen dah. Tolong tengokkan Taetae ya?" Jiji mencapai beg galas serta kad akses.
"Hati-hati dekat jalan. Sekarang ni ramai perogol" ujar Hyemi dengan sebuah senyuman penuh makna. Jiji hanya mengangguk.
Sebaik sahaja Jiji keluar, Taehyung menghampiri Hyemi.
"Kau nak apa lagi?" mata Hyemi masih tidak berkalih dari majalah. Tangannya leka menyelak helaian mukasurat majalah itu.
"Tae lapar. Nak makan roti telur. Buatkan?" dia memegang perutnya yang galak berkeroncong. Hyemi bingkas bangun. Mulutnya terkumat-kamit memarahi Taehyung yang mengganggu ketenteramannya.
Sedang Hyemi memukul telur, kedengaran tangisan seseorang dari ruang tamu.
Hyemi bercekak pinggang. Rambutnya diraup kasar.
"Again?" terselit nada kesinisan dalam tutur katanya.
*annyeonghaseyo yeorobun. miss me? nope? apa yg jadi? tunggu next chap 😉*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
YOU ARE READING
Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•
Fanfiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 미성속 한 남 편 (Immature Husband) 💄K-Novel💄 The truth untold Is the most painful It may destroy your trust 💜Cinta perlukan pengorbanan 💜 Status : COMPLETED By : @Miss_RoseGold Start : 03 Oct 2018 E...
