(N) Forty-nine 🌡🚩⛔

1.1K 76 6
                                        

Macam ada something yang agak berbahaya untuk kanak-kanak di bawah umur. Sesiapa yang masih suci, sila skip 🔴

💎ιммατυяє нυѕϐαи∂💎

"Chanhee, tiket penerbangan saya dah dicetak atau belum?" Minhyun menyoal setiausaha kanannya sambil membutangkan lengan kemejanya. Hari ini, setiausaha sulitnya, Chae Miyoung tidak berada di pejabat untuk menghadiri majlis pengkebumian bapa saudaranya di Gwangju.

"Sudah, tuan Hwang. Tapi, ada orang nak jumpa tuan Hwang. Nak benarkan dia masuk atau tuan nak keluar dari bangunan menggunakan terowong?" Minhyun menyisip sedikit kopi yang berada di atas meja Chanhee. Terkebil-kebil Chanhee apabila melihat reaksi selamba majikannya itu.

"Suruh dia masuk. Saya masih ada 15 minit sebelum bertolak ke Incheon" Minhyun masuk semula ke pejabatnya. Chanhee mula menekan butang yang menyambungkan interkomnya dengan interkom receptionist syarikat.

"Dong Minju, suruh Cik Seulli masuk. Tuan Hwang bagi kebenaran untuk dia masuk"

"Baik, Cik Chanhee"

Gadis bermarga Dong itu menyapa Seulli yang berada di sofa baldu. Kelihatan Seulli sedang asyik menaip sesuatu pada layar telefon pintarnya.

"Cik Seulli, Tuan Hwang suruh cik masuk ke pejabat dia. Tapi, Cik Seulli ada masa 10 minit saja. Mari saya tunjukkan arah"

"Tak perlu. Saya dah cukup arif pasal syarikat ni. Saya tak perlukan tunjuk ajar dari seorang kuli. Kalau saya nak, saya boleh minta Tuan Hwang awak tu untuk berhentikan awak" Minju agak tersentak dengan keangkuhan wanita itu. Namun, dia segera berlapang dada dan berfikiran positif. Senyuman manis dihadiahkan kepada wanita itu lalu tugasnya yang tergendala disambung semula.

Bunyi lagaan tumit kasut milik Seulli dengan lantai bergema di hadapan ruang pejabat Minhyun. Tanpa mengetuk pintu, Seulli menerpa masuk ke dalam pejabat bertema Scandinavian itu.

"Hei, mak ayah you tak pernah ajar you pasal adab ke? Suka-suki you je nak masuk pejabat orang. Tak belajar Pendidikan Moral dekat sekolah dulu?" bentak Minhyun sambil merenung tajam ke arah Seulli.

"You ni gila atau pura-pura tak siuman? You yang tak belajar pasal adab dengan perempuan. Macam ni ke pandangan you terhadap perempuan? You anggap I ni apa? Pelacur? Pemuas nafsu you" Minhyun lantas bangun dan mengunci pintu serta menurunkan blind yang berada di tingkap.

"Apa maksud you?"

"Woah, hebat permainan you. Dah lupa apa yang you pernah buat masa kita dekat pusat karaoke 5 bulan lepas? Sekarang dah ingat?" senyum sinis terukir di bibir mungil milik Seulli melihatkan wajah Minhyun yang mulai cuak.

"I ingatkan you. Hubungan kita dah berakhir. Ya, dulu I terhegeh-hegeh cari you sebab I tak dapat apa yang I nak dari Jihae. Tapi, sekarang I sedar, dia perempuan baik. Dia jaga kehormatan dia demi lelaki yang ada hubungan sah dengannya. I menyesal dengan apa I pernah buat di belakang dia dulu. I nak you lupakan apa yang pernah terjadi--"

Pang!

Sebuah tamparan berbisa hinggap di pipi mulus milik Minhyun. Lelaki itu menggerakkan rahangnya sambil cuba untuk mengawal amarah yang memuncak.

"Habis tu you nak lepas tangan macam tu je? Anak dalam kandungan I ni, siapa nak bertanggungjawab? Dasar lelaki pengecut. Dah pandai buat, pandailah tanggung!"

"Hei perempuan. Entah jantan mana yang dah sedap-sedap dapat badan kau lepas tu kau nak tuduh aku? Tolonglah berambus dari sini" tubuh genit milik Seulli ditolak keluar dari ruang pejabatnya. Para pekerja mula menjenjangkan leher untuk meninjau kekacauan yang sedang berlaku di dalam bangunan tersebut.

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now