(N) Fifty-four

621 56 5
                                        

Author's note 📌

Chapter sebelum iaitu QnA adalah untuk para readers bertanya soalan pada author. Kalau korang nak jawab soalan author sahaja pun tak apa. It's up to you. Tapi, author teringin nak tahu dan berkenalan lebih rapat dengan anda semua. Jadi, bertanya soalan kepada author adalah salah satu cara terbaik untuk berkenalan. 😘

━━━━━━━ •♬• ━━━━━━━

(Jiji POV)

Aku menghidangkan tteokbokki dan rabbokki yang telah kami sediakan. Alang-alang kedua masakan ini menggunakan ramuan yang sama, Taehyung sengaja menyediakan kedua-duanya sekali gus. Walaupun dia terpaksa menahan loya, dia gigih memasak. Mujurlah dengan bantuan topeng mukanya, Taehyung masih boleh bertahan.

Jisung mencedok tteokbokki ke dalam mangkuk milikku. Aku memberikan isyarat mata supaya dia turut membantu Taehyung. Dia mengambil mangkuk Taehyung dengan teragak-agak sebelum mengisinya dengan rabbokki terlebih dahulu.

"Jemput makan. Maaf kalau kurang sedap. Saya bukan chef handalan" aku menyuapkan sepotong tteok ke dalam mulutku. Rasanya tidaklah sesedap tteokbokki yang aku pernah rasa di Myeong-dong, tapi aku sangat sukakannya. Aku memerhatikan Taehyung yang hanya menggaul-gaul rabbokki yang berada di dalam mangkuknya. Aku berdehem sebelum bersuara.

"Ehem, ehem. Kenapa tak makan?" soalku dengan hanya memandang sekilas wajahnya. Dia dengan perlahan-lahan mengangkat sudu berisi kuah rabbokki dan disuapkan ke dalam mulut.

Taehyung segera berlari ke sinki dan memuntahkan isi perutnya. Aku yang berada di ruang makan berasa ngeri apabila dia muntah semahu-mahunya.

"Sung, pergilah tengok. Kalau dia pengsan nanti susah" aku menyenggol lengan Jisung yang masih melahap di sebelahku.

"Siapa isteri dia? Aku ke kau?" aku terus bangun dan menuju ke dapur. Benci betullah dengan si Jisung tu. Berat tulang, berat bontot, berat segala-galanya!

Aku menghampiri Taehyung yang terbatuk-batuk di tepi sinki itu. Jelas kelihatan dia sedang menahan sakit di bahagian perutnya. Aku juga pernah merasai kesakitan yang sama sewaktu aku mengandungkan Jihyung dahulu. Segelas air aku hulurkan padanya.

"Tak nak. Saya nak mun--" dia kembali memuntahkan isi perutnya. Aku menggosok belakang tubuhnya untuk mengurangkan rasa sakitnya.

"Jom pergi klinik. Kalau jadi apa-apa, susah pula nanti" dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di sinki untuk menampung jisim tubuhnya. Perlahan-lahan dia beralih ke arahku dan menarikku ke dalam pelukannya. Aku hanya membiarkan pelukan itu sepi tanpa balasan.

"Stay" aku hanya menuruti saja apa kemahuannya. Setelah beberapa minit, dia melepaskan pelukan itu.

"Awak makanlah dengan Jisung hyung di meja. Saya nak cuci muka" aku meninggalkannya yang sedang mencuci muka di sinki.

"Dia okay tak?" aku menjeling ke arah Jisung.

"Kenapa kau risau sangat? Bukan ke kau tak sukakan dia?" aku mengangkat keningku. Sengaja aku mahu mengusik lelaki di hadapanku ini.

"Diakan ayah Jihyung. Aku tak naklah anak saudara aku jadi anak yatim"

"Ish, sampai ke situ kau ni! Mungkin dia alah je tu. Tak ada apa yang seriuslah"

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now