"Kim Jihae, berhenti!" langkah kaki Jiji terhenti. Menggeletar lututnya setelah melihat Taehyung sedang berdiri kira-kira 5 meter dari jarak mereka.
"Ji, masuk kereta. Biar aku dengan Daniel yang urus"
"Sung, jangan cederakan dia" Jisung mengangguk kecil lalu membantu Jiji untuk masuk ke dalam kereta.
Jiji masuk ke dalam kereta. Dia melihat aksi 3 lelaki itu dari cermin belakang kereta.
"Kau nak apa lagi? Tak puas nak sakitkan adik aku?" Jisung mula menapak menghampiri Taehyung. Taehyung hanya menjeling Jisung.
"Dia hak aku sekarang. Pulangkan hak aku! Aku je yang berhak atas dia! Sebab dia dah sambungkan nama keluarga aku dekat nama dia" tengking Taehyung. Urat dilehernya mula timbul. Rahangnya bergerak-gerak menahan rasa marah.
"Hak apa yang kau cuba cakap ni? Hak kau sebagai suami? Kalau kau anggap adik aku sebagai isteri, kau takkan layan dia macam binatanglah, bangsat!" jerkahan Jisung membuatkan mata-mata kini tertumpu pada mereka.
Ada yang merakam pergaduhan mereka. Mungkin untuk ditularkan di media sosial. Tambahan pula, nama Taehyung semakin meningkat naik dalam bidang korporat di Korea Selatan.
"Kau serahkan dia sebelum kepala kau berkecai" picu pistol ditarik. Hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan. Walaupun Jisung masih cool, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana gelisahnya dia pada saat itu.
"Kim Taehyung! Hentikan semua kerja bodoh kamu ni! Jangan berlagak macam orang tak ada otak, Taehyung. Kamu yang salah! Dan sekarang ni, kamu tanggunglah sendiri salah kamu!" Tn. Kim muncul entah dari mana bersama isterinya.
"Betul tu, Taehyung. Kenapa masih nak halang dia pergi kalau kamu dah tak sayangkan dia? Sampai bila kamu nak buat hidup orang lain menderita? Kamu dah tak ada hati perut ke?" airmata Pn. Kim mula menitis. Rasa bersalah mula menyelubungi jiwanya. Menantunya terseksa sepanjang 10 bulan bersama dengannya.
"Eomma, dia Taetae punya. Diorang nak bawa dia lari jauh dari Tae. Eomma, buatlah sesuatu. Selamatkan menantu eomma" Taehyung sengaja merendahkan ton suaranya seperti merayu. Kedengaran suci dan tidak bersalah. Tn. Kim menggenggam erat tangan isterinya.
"Jangan terperdaya dengan lakonan dia. Saya tahu, itu kelemahan awak" bisik Tn. Kim di telinga kanan isterinya. Hyemi yang menyaksikan adegan itu dari kejauhan mula tergerak hati untuk membantu ibu bapanya.
Dia melangkah ke arah Taehyung. Tangannya didepakan seluas mungkin.
"Tae, Tae sayang noona kan? Sini, peluk noona. Noona janji tak marah Tae dah lepas ni. Come to me, sayang" jantung Jiji bagai hendak meletup saat Hyemi mengucap kata 'sayang' pada Taehyung.
'Betullah apa orang kata. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Memang terbukti, kau pun sama je dengan dia. Pengkhianat!' Jiji mengurut dadanya yang terasa berbara.
Taehyung menjatuhkan pistolnya. Langkah kakinya diatur ke arah Hyemi. Jiji mengalihkan pandangannya. Tidak mahu melihat mimpi buruknya benar-benar berlaku.
Jisung dan Daniel masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke Incheon International Airport.
(Jiji POV)
Tanganku digenggam erat oleh Jisung.
"Sabar ya? Aku dah nak bawa kau jauh dari neraka si jantan tak guna tu. Lepas ni, kita mulakan hidup baru dekat Amsterdam. Aku janji akan jaga kau dengan anak kau" aku menyandarkan kepala ke lengan Jisung. Untungnya dapat abang macam ni. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku.
Perhatian! Para pemegang tiket K71, pesawat Boeing 377 yang akan berlepas ke Amsterdam pada jam 12 tengah hari, sila bergerak masuk melalui pintu gerbang 4. Terima kasih.
YOU ARE READING
Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•
Fanfiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 미성속 한 남 편 (Immature Husband) 💄K-Novel💄 The truth untold Is the most painful It may destroy your trust 💜Cinta perlukan pengorbanan 💜 Status : COMPLETED By : @Miss_RoseGold Start : 03 Oct 2018 E...
