Jiji dan Taehyung sama-sama menunggu seseorang di Rock Sand Café. Masing-masing hanya berdiam diri sambil menikmati minuman. Jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangan dilirik sekilas oleh Taehyung.
"Mana perempuan ni. Lama betullah" gerutu Taehyung.
"Perempuan? Sebenarnya kita nak jumpa siapa?"
"Madu awak" Jiji terdiam namun matanya mencerlung tajam ke arah Taehyung. Terkekeh tawa lelaki itu sebelum tangan mulusnya mengusap puncak kepala Jiji.
"Saya bergurau je sayang. Nak dapatkan awak, setengah mati saya berjuang. Takkanlah saya nak khianati usaha saya" Jiji tersipu malu namun segera menepis perasaan itu.
"Hello, love birds. Maaf sebab lambat. Bos aku tu nak kena pijak sampai meninggal sebab suruh aku sediakan kopi berkali-kali" Hyemi melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengan Jiji. Aura janggal jelas terasa apabila mereka bertentangan mata.
"Hai, Jiji. Lama kita tak jumpa. Rasanya dalam 5 tahun kan?" Jiji tersenyum nipis sebelum mengangguk kecil.
Sepanjang perbualan antara dua beradik Kim itu, Jiji hanya mengangguk atau menggeleng sebagai jawapan bagi setiap pertanyaan.
"Aku dengar cerita kau nak kahwin?" soal Taehyung sebelum menyisip Vanilla Frappé dari gelasnya. Sejuk-sejuk pun masih minum minuman berais. Degil!
"Hmm. Appa tulah! Sibuk nak jodohkan aku dengan anak saudara dia. Dahlah aku tak kenal sesiapa pun dari keluarga sebelah appa. Entah dengan siapalah dia nak kahwinkan aku" Taehyung menggelengkan kepala dengan kedunguan kakaknya itu.
Appa mereka hanya mempunyai seorang adik iaitu bapa Seokjin. Sudah tentulah Hyemi akan dijodohkan dengan Seokjin. Takkanlah adik Seokjin, si Sujin. Adik sepupunya itu baru menginjak masuk ke sekolah tinggi.
"Kalau dengan Seokjin, kau nak?" Hyemi menggosok belakang lehernya sejenak. Telinganya yang memerah itu tidak lain dan tidak bukan, dia memang menaruh hati pada abang sepupunya itu.
Jiji yang mendengarkan perkara itu terlalu berharap bahawa Hyemi dan Seokjin disatukan. Barulah dia dapat tidur nyenyak di samping anaknya. Dan suami yang pernah gagal itu.
"Jihyung apa khabar. Dah besar dan anak Jiji. Dulu, dia cuma separas betis eonnie saja" Jiji mengerutkan dahinya.
"Eonnie pernah jumpa Jihyung ke sebelum ni? Rasanya ini kali pertama Jiji bawa dia balik ke Seoul. Eonnie pun tak pernah melawat kami di sana" tatapan curiga dihadiahkan pada wanita itu sebelum dia menepuk dahinya. Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh Jiji. Maka, benarlah bahawa dia telah menyebabkan rahsia appanya terbongkar.
•
•
•
•
•
FLASHBACK
"Alang-alang kamu nak ke Amsterdam, kamu tolong pantau menantu uncle, Jiji. Abang dia sekali. Pasang pengintip atau apa saja. Uncle nak pastikan menantu dan cucu uncle selamat" Seonho menyerahkan sampul berisi maklumat tentang keberadaan Jiji dan Jisung. Sampul berwarna coklat cair itu diterima oleh Seokjin.
"Boleh uncle. Lagipun Jiji tu dah macam adik saya. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu" Seokjin berdiri lantas berjabat tangan dengan bapa saudaranya itu sebelum beredar keluar.
Sementara itu, Hyemi telah mencuri dengar isi perbualan tersebut. Seokjin yang baru sahaja melepasinya itu ditahan seketika.
"Kau nak apa? Aku sibuk--"
"Kalau ada apa-apa maklumat, kongsi dengan Hyemi. Tapi, jangan bagitahu appa" Seokjin menjeling Hyemi sebelum mengangguk kecil. Pegangan tangan wanita itu dilepaskan sebelum dia berjalan ke keretanya. Lelaki itu berpaling kembali ke arah Hyemi.
YOU ARE READING
Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•
Fanfiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 미성속 한 남 편 (Immature Husband) 💄K-Novel💄 The truth untold Is the most painful It may destroy your trust 💜Cinta perlukan pengorbanan 💜 Status : COMPLETED By : @Miss_RoseGold Start : 03 Oct 2018 E...
