"Awak ada sebarang kelemahan? Alergik cuaca contohnya?"
"Sepasang mata hazel milik Tuan Kim Taehyung. Itu kelemahan saya"
Pak!
Tas tangan milik Jiji singgah di kepala gadis itu sehingga rambutnya berantakan.
"Ha, tu makannya. Nak menggatal sangat dengan suami orang. Datang sini nak kerja ke nak jual minyak hah?! Kau berhambus sekarang sebelum aku botakkan kepala kau" tergopoh-gapah gadis itu mengambil resumenya sebelum beredar dari pejabat.
"Neraka dekat sebelah kiri woi" laung Jiji kepada gadis itu.
Taehyung menarik Jiji duduk di sofa yang tersedia di dalam ruangannya.
"Ya Tuhan, sabar. Terkejut anak kita tu nanti"
"Banyaklah awak punya sabar. Kalau saya tak datang, entah apa yang dia buat? Lelaki bukan boleh percaya, pantang nampak yang dahi licin, meleleh air liur"
"Dahi awak pun licin"
"Taehyung!"
"Okay, okay. Saya serious" wajah cemberut Jiji membuatkan Taehyung geram dengannya.
"Woi, bakal pengantin dua kali! Berjanggut eomma tunggu kamu berdua. Lepas kahwin esok, korang berkepitlah puas-puas. Jom, balik. Paderi nak minta kamu tandatangan borang pengesahan untuk perbaharui ikrar" Seojung bercekak pinggang melihat anak menantunya itu. Tersengih-sengih kedua-duanya sebelum membontoti langkah Seojung ke lot parkir.
S
K
I
P
Kerdipan lampu blitz dan spotlight kelihatan sebaik Jiji melangkah masuk dengan diiringi Sungkyung dan Jihyung. Gaun pengantin berwarna ivory itu tersarung kemas dengan perincian batu permata dan swarovski.
Jiji kelihatan lebih cantik kerana memiliki seri ibu hamil. Taehyung turun dari altar lantas menyambut tangan Jiji yang dilepaskan oleh Sungkyung.
"Appa lepaskan anak appa untuk kali kedua kepada kamu. Jangan sia-siakan kepercayaan appa" Taehyung mengangguk sebelum berpelukan dengan Sungkyung.
"Sisik dinosaur siapalah yang Rain letak dekat atas kepala sayang ni" sempat Taehyung mengusik Jiji tentang perhiasan kepalanya. Jiji mencerlung ke arahnya.
"Yah, Taehyung-ah!"
"Saya bergurau je, sayang. Awak cantik, manis dan dicipta khusus untuk Kim Taehyung. Mari" Taehyung memimpin tangan Jiji untuk naik ke atas altar. Bow tie miliknya dibetulkan sebelum mengangguk sebagai isyarat kepada paderi.
"Berkumpulnya kita di sini, pada hari yang mulia ini adalah untuk menyaksikan penyatuan dua jiwa yang pernah terpisah. Kisah mereka sepatutnya dijadikan teladan oleh kita semua. Sekiranya sudah tertulis takdir mereka, maka berbahagialah hingga akhir hayat" paderi tersebut membuka buku ikrar dan berdiri di hadapan Taehyung.
"Taehyung Kim, sudikah kamu untuk menerima Jihae Yoon sebagai pasangan hidup kamu untuk kali kedua? Adakah kamu berjanji bahawa kamu akan mencintainya sepenuh hati, melayari bahtera ini dalam suka dan duka serta berjanji di hadapan Tuhan bahawa kamu akan menjaga insan ini dengan sebaik mungkin?"
"Saya sudi menerima Jihae Yoon sebagai suri hati saya buat kali yang kedua dan saya berjanji di hadapan Tuhan bahawa saya akan mencintainya sepenuh hati, melayari bahtera ini walau dalam suka mahupun duka dan akan menjaga insan ini dengan sebaiknya" paderi itu kemudiannya beralih ke arah Jiji.
"Jihae Yoon, sudikah kamu menerima Taehyung Kim sebagai pasangan kamu buat kali kedua? Adakah kamu bersedia untuk mentaati suruhan dan melayani segala keperluannya dengan hati yang rela? Adakah kamu ingin berjanji di hadapan Tuhan bahawa kamu akan mencintai dan menghargainya sepenuh hati"
Seisi dewan diam dan menanti persetujuan Jiji. Debaran dapat dirasakan oleh seluruh warga dewan. Jiji menarik nafas sedalamnya dan senyum kepada Taehyung.
"Ya, saya sudi menerima Taehyung Kim sebagai pasangan saya buat kali yang kedua dan berjanji di hadapan Tuhan bahawa saya akan mentaati suruhan, melayani keperluannya, mencintai serta menghargainya sepenuh hati" kedua-dua mempelai menurunkan tandatangan pada akuan ikrar tersebut.
"You may kiss your bride. May the God bless your marriage and be happy for the rest of your life" tepukan gemuruh bergema di dalam dewan tersebut. Ciuman singkat daripada Kim Taehyung adalah sebagai simbol pengisytiharan ikatan antara mereka berdua.
Kelopak bunga ros menghujani mereka berdua apabila mereka berjalan turun dari altar. Jihyunglah yang paling gembira melempar kelopak-kelopak bunga tersebut. Ahryeong mendakap erat tubuh Jiji. Dahi wanita itu dikecup sekilas.
"Terima kasih kerana menerima anak eomma yang tak sempurna ni. Tak ada perkahwinan yang sempurna tapi kita boleh menyempurnakan antara satu sama lain. Ingat Taehyung, jangan sakiti Jiji. Kalau kamu sakiti dia, sama macam kami sakiti eomma" tubuh anak lelakinya pula didakap.
Seojung yang tidak henti-henti menangis itu disapa oleh Jiji sebelum dipeluk manja.
"Eomma kamu ni. Tak habis-habis menangis dari tadi. Drama Queen betul"
"Biarlah! Anak saya" Seojung menepis airmatanya lalu mengundang semua tetamu untuk menikmati hidangan yang telah tersedia di luar dewan.
Setelah dewan lengang, Jiji dan Taehyung mengambil ruang dan peluang untuk menikmati momen bahagia mereka. Mereka saling bertatapan mata dan berpegangan tangan.
"Jihae-ah, terima kasih atas pengorbanan awak membesarkan Jihyung walau pun saya tak ada di sisi awak pada ketika itu. Terima kasih atas dua hadiah terindah yang pernah awak beri pada saya"
"Dua hadiah?" Taehyung mengangguk.
"Anak-anak kita dan hati awak" Jiji yang mulai sebak itu cuba mengawal ton suaranya.
"Terima kasih juga sebab kuat melawan penyakit awak. Terima kasih sebab sudi berikan anak-anak kita kasih sayang seorang ayah. Saya mohon, jangan sia-siakan kami. Kami letakkan kepercayaan kami pada awak" Taehyung mengangguk dan mengucup bibir merah milik isterinya.
Cinta perlukan pengorbanan, kepercayaan, kesungguhan dan ketulusan. Berusahalah untuk hargai yang tersayang sebelum terlambat. - 김 태형
Cinta akan lebih manis jika disemai dengan benih kasih sayang, dibaja dengan ketulusan dan diracun semua ketidaktelusan dalam membina perhubungan. - 욘 지해
*Hoyeah, dengarkanlah nasihat mereka berdua hoho*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
YOU ARE READING
Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•
Fanfiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 미성속 한 남 편 (Immature Husband) 💄K-Novel💄 The truth untold Is the most painful It may destroy your trust 💜Cinta perlukan pengorbanan 💜 Status : COMPLETED By : @Miss_RoseGold Start : 03 Oct 2018 E...
(N) Sixty-two
Start from the beginning
