Part 55. Happy Family 2.0

Start from the beginning
                                    

"Dah. Puas dia menangis tadi," jawab Luna.

"Kenapa?," tanya Zariel.

"Dia nak apatah," jawab Luna acuh tak acuh.

Luna malas nak bagitahu. Macam tak tahu perangai Zariel. Nanti dia belikan apa yang Isya nak. Luna pula tak sanggup nak hadap benda yang Isya nak.

"Han, Luthfia nak apa? Ke dia nak adik?," soal Zariel.

Tak nak cakap lagi kan? Luna hanya diam. Merah muka jangan kira. Segan bila Zariel cakap macam tu. Zariel je tak tahu malu.

"Apalah. Mana ada!," nafi Luna.

Comel je bila Luna malu. Zariel hanya tergelak.

'Tapi logik je kan kalau Luthfia nak adik?,' fikir Zariel keliru. Dia tanya dengan jujur dan polos tadi bukannya niat nak mengusik.






Petang esoknya...

Zariel melihat Isya dan Luna sedang berbual-bual di ruang tamu. Zariel menyertai mereka.

"Pa, jom eluar nak tak? Osanlah uduk umah je," adu Isya.
(Pa, jom keluar nak tak? Bosanlah duduk rumah je)

"Luna, nak ikut?," tanya Zariel.

Luna hanya mengeleng. Nanti ada gosip besar saja je. Zariel kisah apa ada orang gosip pasal dia bawa budak kecil jalan-jalan?

Luna makin geram dengan dua orang anak-beranak ni. Seorang makin manja, seorang kuat melayan. Hah sesuai lah.

"Tak apalah. Nak buat kek strawberi kejap lagi. Bukan ke kau orang yang nak? Sama je dua orang ni," bebel Luna.

"Estilah!," jawab Isya.
(Mestilah! )

"Habislah. Ada orang tu dah tak nak geng mama dah. Mama tak ada geng dah lah lepas ni," rajuk Luna.

Zariel hanya tersenyum kecil. Pipi Luna diusap perlahan.

"Mama merajuk?," soal Zariel.

Luna hanya mengangguk. Saja nak mengada. Ingat senang Zariel nak layan? Zariel kan sekarang ni asyik berkepit je dengan Isya. Pantang Isya tak ada depan mata mulalah... 'Luthfia mana hah, honey?'.

Macam tak pernah ada anak.

Memang pun.







Dalam kereta...

Isya duduk di kerusi penumpang belakang sebab lebih selamat duduk di belakang. Hari ni Zariel yang pandu sendiri kereta. Nak luangkan masa dengan Isya.

"Isya nak apa semalam sampai menangis tu?," soal Zariel.

"Hmmm... nak cat!," jawab Isya sedih.

Zariel tersenyum nipis. Banyak betul Isya ikut dia. Citarasa, rupa, perangai, semua nak dekat sama dengan Zariel.

"Okay," balas Zariel.

Sekarang Zariel faham kenapa Luna tak nak bagitahu dia semalam.

Sepanjang hari Zariel dan Isya melepak di luar. Mereka tengok wayang, main di taman, membeli belah, makan aiskrim, dan makan-makan. Satu lagi yang Zariel baru tahu. Isya pun suka aiskrim yang dia suka.

Takkan tak sayang lagi anak dia tu, kan?








Sedang Luna membelek-belek majalah fesyen sambil menunggu oven berbunyi, bunyi kereta memasuki garaj.

Terus Luna menjenguk ke luar rumah. Lama betul melepak dua ekor ni. Rindu Luna dengan hero dia dan puteri kecil dia tu.

Bosan bila duduk seorang diri dalam rumah besar macam ni. Mujur ada pembantu rumah dan Mak Nab. Mula-mula memang tak lah pembantu rumah nak mesra dengan dia. Takut sangat sebab Luna puan besar mereka. Isteri bos mereka.

Tapi apabila Luna cuba beramah mesra dengan mereka, mereka mula jadi berani nak berbual-bual. Akhirnya mereka tak takut dah pada Luna. Bagi mereka Luna baik dan ramah. Mujur isteri bos tak teruk dan sombong macam yang mereka fikir.

Luna tercongok depan pintu rumah. Tunggu mereka berdua masuk. Bila nampak benda yang Zariel bawa keluar dari bonet, Luna mula nak hentak kepala dekat dinding.

Geram pula dia dengan Zariel dan Isya. Pakatan nak boikot dia ke apa? Luna mana suka kucing! Sangkar yang dibawa masuk Zariel dipandang tajam. Zariel melangkah ke dalam bersama Isya.

Senyuman yang mampu mencairkan sesiapa sahaja diberikan kepada Luna. Luna hanya mampu tahan hati yang membara. Memang cair tapi tetap geram.

Cubaan memujuk Zariel gagal!

"Mama, ecerem anyak!," kata Isya ceria.
(Mama, aiskrim banyak)

Cubaan Isya nak alihkan perhatian Luna dari kucing yang Zariel beli pun gagal!

Luna hanya mengangguk namun fokus tetap pada sangkar yang dipegang Zariel. Luna dapat nampak bulu gebu kucing itu yang berwarna hitam putih. Secomel mana pun Luna tetap tak suka!

Luna nak merajuk dengan Zariel dan Isya!













The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now