Part 54. Sweet 1.0

Start from the beginning
                                    

Luna rasa nak peluk Zariel ketat-ketat. Sweet sangat Zariel hari ni.

"Jap saya hidangkan spagetti untuk awak," kata Luna lembut.

Zariel menggeleng.

"Tak nak benda tu," kata Zariel serius.

Luna tayang muka hairan. Tak faham. Dah tu nak makan apa?

"Dah? Awak nak makan apa?," tanya Luna. Macam lah ada makanan lain. Jawabnya kena order takeout lah.

"Nak makan... Luna," jawab Zariel. Hujung ayatnya hanya perlahan. Gaya Zariel nampak cool dan selamba. Tapi...

Luna hanya mampu mengeluh. Zariel cuba goda dia. Itu je penjelasan yang ada. Luna segan bila Zariel cakap macam tu waktu Isya ada walaupun Isya tak faham apa-apa.

"Ishh, awak ni! Gatal," balas Luna. Cuba tutup segan sebenarnya sebab tu Luna pura-pura marah.

Zariel tersenyum halus. Penuh makna.

"Itu bukan namanya gatal. Kalau nak tahu maksud gatal sebenar, you should wait until we get back to my house. Then you will see the real definition of needs," kata Zariel dengan nada perlahan.

Terus Luna cubit lengan Zariel. Geram tambah malu. Bila masa Zariel berubah drastik sangat ni? Sejak bila nakal terlebih ni? Muka pun ceria semacam.

Zariel tergelak bila lengan kekarnya dicubit dengan jari runcing Luna. Tak sakit langsung. Pipi Luna dikucup sekilas.

Muka Luna bila diusik Zariel comel sangat. Rupa yang buat Zariel rasa nak tolak Luna ke dinding? And intense.

Mujur ada Isya.

Zariel sedar tak sesuai buat aksi macam tu bila ada budak kecil di sini. Lagipun dia perlu tunjuk contoh yang baik kepada anaknya.

Cukup-cukuplah PDA nya.

"Dah. Duduk dulu. Saya nak hidangkan makanan untuk awak. Duduk sebelah Isya tu," arah Luna dengan nada dan gaya garang.

Zariel tayang muka kecewa. Zariel ambil duduk di sebelah Isya di meja makan. "Aku boleh buat sendiri," ujar Zariel mengingatkan. Luna tak perlu sediakan apa-apa untuk dia. Zariel bukan suami yang tak boleh berdikari tanpa isteri.

Luna hanya menjeling suruh Zariel senyap. Zariel tutup mulut dengan patuh. Dia lupa. Ini bukan rumah dia. Dia kena ikut cakap tuan rumah yang garang dan duduk diam sahaja. Zariel tersenyum terhibur.

"Papa," panggil Isya.

Zariel cubit pipi Isya. Luna ternampak. Terus Luna sebak. Terharu. Gembira.

Bahagia.

Luna sambung mengisi makanan ke dalam pinggan. Melihat aksi dua orang itu buat Luna hanya mampu tersentak.

"Macam mana Isya tahu awak papa dia?," soal Luna. Luna cuba tahan suara bergetar.

"Aku lah yang cakap. Kenapa? Salah ke? Kalau tak ada aku... tak ada lah Isya, kan?," balas Zariel. Santai.

"Luthfia anak aku. Jadi dia boleh panggil aku papa, kan?," soal Zariel lagi.

Luna tersenyum lebar. Manis. Luna rasa bahagia walaupun Zariel hanya beriak biasa.

Luna sayang Zariel!

"Aku nak kita bertiga hidup sebagai satu keluarga. Aku nak isteri aku balik. Aku nak anak aku juga," pinta Zariel dengan nada lembut. Tak serius seperti biasa.

Luna tersentuh.

"Saya pun nak semua tu. Terima kasih sebab apa yang kita nak sama," balas Luna sebak.

"Balik pada aku, Luna," pinta Zariel dengan senyuman lembut.

Luna mengangguk sambil tersenyum. Zariel mengangguk pada diri sendiri. Lega.

Aura bahagia berlegar.

Isya di sebelah Zariel, Zariel peluk erat tanda bersyukur dengan keputusan Luna. Zariel rasa gembira. Akhirnya dia dapat keluarga dia balik. Hidup dia akan bernyawa semula.

"Papa, emas... emas... epasla," ronta kecil Isya.
(Papa, lemas... lemas... lepasla)

Luna tergelak dalam sebak. Zariel tersenyum lebar apabila Luna memandangnya dengan senyuman bahagia. Luna sekali lagi berada dalam awang-awangan melihat senyuman Zariel.

Senyuman manis Zariel.

Senyuman membunuh itu.






Que berhajat nak melawat Luna dan Isya. Que tekan loceng pintu rumah. Luna membuka pintu dengan senyuman mesra.

"Assalamualaikum, Que. Lama tak nampak?," sapa Luna seperti biasa.

Luna suka bagi ayat macam tu. Padahal lama manalah sangat mereka tak berjumpa? Que tergelak mendengar ayat Luna.

"Isya mana?," soal Que terus selepas menjawab salam.

"Alahai. Isya tak ada. Isya keluar dengan... nenek dia. Ibu Zariel," jawab Luna.

"Puan Sri Arisah? Oh. Tak dapat nak jumpa Isya pula. Rindu sangat dah ni. Jadi... awak dan Isya okay lah ni dengan ibu Zariel?," tanya Que prihatin.

Luna tersenyum dan mengangguk.

"Takkan nak berdiri je depan pintu ni. Jom duduk," ajak Luna.

Que dan Luna duduk di kerusi hadapan rumah. Tempat biasa mereka lepak kalau Riana tak ada. Sekarang ni Riana dan Rian tengah berbulan madu di Istanbul. Kali ke tiga. Entah berapa kali nak berbulan madu mereka itu.

"Hubungan awak dan Zariel dah makin baik kan?," tanya Que.

Luna mengangguk sebagai jawapan.

"Nanti... saya dan Isya akan pindah," maklum Luna.

Sedih sebenarnya nak tinggalkan rumah yang dah tiga tahun dia duduk. Banyak kenangan di sini. Dari Isya dalam kandungan sehingga bayi semua di sini. Bagaimana permulaan hubungannya dengan Riana. Semuanya terakam di sini...

Dan di memori.

"Baguslah. Semoga kau orang bahagia selalu. Tapi saya nak pesan awal-awal. Awak tetap kena bawa Isya jumpa saya selalu," pesan Que dengan nada pura-pura tegas.

Luna tersenyum.

"Mestilah! Kalau tak jumpa awak, mesti Isya sibuk merungut rindu... rindu... Nak jumpa uncle Que dia," sokong Luna.

"Tapi Zariel tak kisah ke hubungan rapat saya dengan awak dan Isya? Dah lah saya pernah cemarkan muka dia dengan penumbuk," kata Que cuba berlawak walaupun jujur Que agak risau.

Luna hanya tersenyum sebelum menggelang. Zariel okay dengan Que sebab Zariel dah janji yang dia akan terima sesiapa sahaja yang ada dalam hidup Luna.
















The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now