Part 53. Sweet Happy Family

Start from the beginning
                                    

Tenang hati bila Luna dengar. Lepas habis doa dibaca, Zariel menghadap belakang. Berpaling pada Luna. Luna hulurkan tangan untuk bersalaman. Sebaik sahaja Luna mencium tangannya, Zariel mengucup dahi Luna. Luna terkaku.

"Miss you, honey," luah Zariel jujur.

Luna terharu. Sungguh terdera perasaan kerana mood Zariel romantik sangat hari ni. Jarang Zariel sweet tahap gaban macam ni.

"Maafkan semua salah aku pada kau," pinta Zariel.

"Aku ego. Aku tak guna. Aku kejam. Aku salah. Sorry, Luna... sangat- sangat," ucap Zariel lagi.

Luna sebak dengan ucapan ikhlas Zariel. Zariel kedengaran sangat luhur dan jujur. Luna rasa nak nangis. Zariel tarik Luna ke dalam pelukannya. Belakang tubuh Luna yang dibaluti telekung dielus perlahan.









"Boleh tak awak terima Isya?,"

Terus Zariel berdiri. Songkok dicabut. Rambutnya diraup. Zariel sensitif betul kalau Luna anggap dia tak suka anak sendiri. Zariel sayang anak dia.

Susah sangat ke nak faham yang Zariel terima anak dia?

'Aku papa Isya kut. Takkan tak terima anak sendiri? Soalan apa yang Luna tanya ni?,' soal Zariel kecewa.

Dia ayah kandung Isya. Takkan anak secomel itu sanggup ditolak? Seorang ayah pasti jatuh sayang secara semula jadi pada anaknya.

Lagipun Zariel tak sekejam itu untuk menolak kehadiran Isya. Anak kandungnya.

Zuriatnya.

Anak dia dengan Luna. Perempuan yang dia sayang... eh... cinta?

Mungkin.

Hanya Zariel tahu apa yang dia rasa pada Luna. Namun dia masih belum dapat tafsir perasaan cinta dia itu.

"Zariel, tolonglah kasihankan saya dan Isya. Awak tak ada rasa sayang pada anak awak ke?," soal Luna. Sayu.

Luna tak dapat teka apa yang Zariel fikir... apa yang Zariel rasa. Zariel terlalu memendam. Lelaki yang tak dapat dibaca.

'Takkan sekeras ni hati Zariel?,' fikir Luna kecewa.

Luna kecewa tapi Zariel lagi kecewa pada Luna.

Hari kecewa sedunia. Nevermind.

Zariel terus keluar dari bilik itu tanpa sebarang kata. Zariel tak nak marah Luna atau sakitkan hati Luna. Dia takkan jadi bodoh lagi. Dia dah cukup belajar daripada kesilapan. Jadi bila emosi dia tak stabil, dia cuba tenangkan diri.

Hati Luna semakin hancur kerana Zariel hanya tinggalkan dia macam itu. Zariel tak jawab soalan dia.

Luna terluka.

Perkara yang buat Luna ada anggapan yang Zariel tak terima Isya sebab dulu Zariel cakap yang dia tak suka budak dan tak sedia nak ada anak.

Tapi sekarang Zariel sendiri yang jatuh sayang pada Isya. Apa yang dia pernah cakap dah tak valid. Itu dulu. Jauh sebelum dia ada anak.

Sekarang dia ada Isya. Anak dia. Anak yang dia sayang dan nak jaga sebaik mungkin.








Sometimes...

Feelings need to be speak out.

So that people will not misunderstand us.

Action need to be show.

But in action...

Words are important.

Perbuatan tanpa pemberitahuan kadang kala tak bermakna juga.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now