"Boleh. Tapi, kalau maklumat-maklumat ni bocor dekat Taehyung, kau orang pertama yang aku cari"

"Eleh, sombongnya engkau ni. Nasib baik kau prince charming aku"

Setelah beberapa hari berada di sana, pengintip yang diupah oleh Seokjin mula menjalankan tugas mereka.

Terus perhatikan mereka berdua. Jangan biarkan diorang terlepas dari pandangan kau. Aku nak tahu setiap inci pergerakan diorang. Paling penting, jangan biarkan mereka sedar yang kau perhatikan diorang

Baik, Tuan Kim. Serahkan semuanya pada saya. Setiap pergerakan mereka akan saya rakam dan hantar melalui e-mel. Saya pergi dulu, tuan.

END FLASHBACK





"Jadi, macam tulah alkisahnya macam mana eonnie dapat tengok Jihyung dari jauh"

"Jadi, pada masa tulah Seokjin oppa datang ke rumah dan cuba melamar aku?"

"Jiji, sayang okay ke?" bahunya ditepuk oleh Taehyung lembut sehingga tersedar dari monolognya. Hanya anggukan kecil menjadi balasan kepada soalan Taehyung.

"Eonnie dah kena balik pejabat. Nanti, tak pasal-pasal singa jantan tu mengamuk dekat aku. Terima kasih sebab belanja eonnie makan tengah hari" sebaik wanita itu beredar, barulah Jiji mendapat semula oksigen untuk bernafas.

"Sayang, awak masih janggal dengan Hyemi eonnie?" tangan wanita itu digenggam erat di dalam jari-jemari runcingnya.

"Taklah, saya cuma kekok sikit. Inikan kali pertama selepas 5 tahun. Sebelum saya berhijrah ke Amsterdam pun, saya dan dia cuma ada memori tak baik" senyum kelat terukir pada bibir merah delimanya.

"Eh, dahlah! Mana boleh sedih-sedih. Jom kita pergi cari baju pengantin"

"Baju pengantin? Untuk Hyemi eonnie ke?" soal Jiji polos. Taehyung ketawa kecil sebelum memberantakkan rambut Jiji.

"Untuk kitalah, sayang. Saya dah fikirkan idea baru untuk pembaharuan ikrar pernikahan kita. Saya nak buat majlis besar-besaran macam majlis perkahwinan"

"Taehyung" anak mata Jiji memandang tepat ke arah anak mata redup milik Taehyung. Tangan lelaki itu diraih sebelum memulakan bicara.

"Saya buat semua ni untuk masa depan anak-anak kita. Saya tak nak awak terlalu berharap dengan pernikahan ini. Saya minta maaf, tapi hati saya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki buat masa sekarang. Saya cuma nak awak berada dalam dunia realiti, jangan cipta fantasi indah bersama saya. Saya takut saya akan kecewakan awak" tangan lelaki itu diletakkan semula di atas pahanya. Taehyung tersenyum sendu sebelum mengeluh kecil.

"Tak apa, sayang. Saya faham situasi awak. Jangan risau, saya akan menangkan hati awak semula dan jadikan awak Kim Jihae selama-lamanya" tangan wanita itu ditarik keluar dari kafe sebelum mereka meneruskan perjalanan ke butik perkahwinan milik Rain.

🐥🐥🐥

Taehyung dan Jiji melangkah masuk ke dalam Glimmer Touch Bridal Boutique yang diusahakan oleh sahabatnya, Shirain. Wanita genit yang sibuk menyemak stok itu dipeluk oleh Jiji dari belakang.

"Aku tahu tu kau, Ji. Bau ketum tu tak pernah hilang sejak kau sekolah rendah" wanita yang segak bergaya dengan high-bun itu beralih ke arah Jiji.

"Kau ni kalau aku pukul, meninggal tahu tak? Bencilah kau ni! Dari dulu nak ungkit pasal tu. Aku bukan sengaja nak makan daun tu" Taehyung yang berada di belakang mereka hanya tersengih dengan pergaduhan manja itu. Lelaki itu berdehem kecil sehingga menarik perhatian pasangan bestie itu.

"Kalau tunggu korang berdua berbual, sampai tahun depan pun tak beli bajunya" Rain yang baru menyedari bahawa lelaki itu Taehyung segera melangkah ke arahnya sebelum dada bidang Taehyung ditolak kuat. Terdorong lelaki ke belakang dibuatnya.

"Encik buat apa dekat sini? Tak boleh nampak Jiji senang kan? Ada je masalah yang encik nak timbulkan. Encik keluar sebelum saya hubungi polis" Jiji yang menyaksikan pertelingkahan itu ketawa berdekah-dekah sebelum melabuhkan punggung ke atas sofa yang tersedia.

"Kenapa kau gelak hah?! Aku tak buat lawak tahu? Kenapa kau ni suka ambil ringan semua benda?" bercantum kening Rain kerana kesal dengan sikap Jiji. Jiji kemudiannya bangun dari duduknya dan menampar dahi Rain perlahan.

"Aku datang sini dengan dia. Kami nak cari baju pengantinlah, bengap. Yang kau tiba-tiba nak beremosi dah kenapa?" Rain tersengih sebelum mengusap belakang lehernya segan.

"Oh yakah? Aku ingatkan dia datang sebab ternampak kau dalam butik ni. Aku cuma risau. Kau faham kan?" Jiji mengangguk mengiyakan kegusaran rakan baiknya itu.

"Nanti, kita pergi minum-minum. Aku ada banyak benda nak cerita pada kau. Tapi sekarang ni, kau kena tolong carikan gaun untuk aku dan sut untuk Taehyung. Boleh?"

"Memang kerja akulah, gila" pasangan rakan karib ini memang tidak berpisah dengan panggilan kasar antara satu sama lain. Realitinya, hanya rakan karib dapat memanggil seseorang dengan kasar tanpa seseorang itu terasa hati.





Bos, kami dah ada di depan butik yang mereka singgah. Bos nak kami buat apa?

..........

Baik, bos. Kalau kerja bahaya macam ni, bayaran mestilah dua kali ganda.

..........

Baik bos.





"Kalau aku tak dapat kau, mungkin kau tak patut dimiliki oleh mana-mana lelaki dalam dunia ni pun"



















































































*Okay, okay. Konflik terakhir sebelum Immature Husband melabuhkan tirai ohok*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now