Bilik yang gelap itu menjadi cerah apabila Areena membuka lampu. Terpapar Rayyan yang masih nyenyak tidur bersama selimut tebal itu. Areena senyum sinis. Lalu Areena menuju ke kamar mandi.

Kabinet yang ada di atas itu dibuka.

Tadaaa!

Jumpa pun.

Areena mencapai botol spray kosong itu lalu diisi dengan air sejuk yang boleh membuatkan dia mengigil. Selesai mengisi sehingga botol spray itu Areena menjengulkan wajahnya memandang Rayyan.

Line clear. Over.

Kakinya menuju ke Rayyan perlahan-lahan seperti Detektif. Spray yang berada di tangannya itu berubah tempat kini berada di tepi pipi.

Call me Detektif Reen,

Apabila sudah berada di tepi katil. Areena terus menyembur wajah Rayyan dengan spray sambil menjerit nyaring.

"Eeeei,"

Rayyan yang sedang nyenyak tertidur itu merasa seperti cecair yang amat sejuk berada di wajahnya sehingga membuat Rayyan mencelip matanya. Dan wajah yang pertama dia nampak ialah

Isterinya, Areena.

Sambil tersenyum comel dan tak henti-henti menyembur wajahnya yang kacak ini. Nak marah tak sanggup pula.

Pagi-pagi pun dah comel. Apa citee?

Rayyan mengelap wajahnya yang dipenuhi air lalu memegang tangan Areena dan tarik sehingga Areena menyembam di atas dadanya.

Rayyan tersenyum nakal.

Areena yang tersengih tidak bersalah itu dipandang. Comel betul isteri dia ni.

Rayyan memegang Areena kemas supaya Areena tak lari. Pinggang Areena dipeluk olehnya.

"Kenapa sembur muka aku ni hm?" soal Rayyan dengan suara serak basah akibat baru bangun tidur. Areena menelan air liurnya.

Aaa, seksi!

Denganlah sekarang dia berada di atas dada Rayyan dan kini Rayyan memeluk pinggangnya.

"Nak suruh kau bangun ehe." ujar Areena lalu tersengih. Tangannya mengelap wajah Rayyan yang basah itu lalu diletakkan ke leher Rayyan.

Tak salahkan nak manja sikit?

"Iyelah tu." ujar Rayyan, sebelah tangannya itu menarik sanggul Areena sehingga terbuka. Manakala sebelah lagi mengusap punggung Areena seperti bayi.

Pervert.

Wajah Areena sudah membahang. Eei sejak bila si Rayyan ni selalu manjakan dia?

"Eei jomlah bangun. Sarapan dah siap dah aku memasak. Yang kau gatal ni kenapa?" bebel Areena. Lalu dia bangun berdiri. Baju seragam yang berkedut itu dibetulkan.

Rayyan yang masih berada di katil, menghulurkan tangannya kepada Areena.

"Apa dia?"

"Tolong angkat."

Areena menjulingkan matanya, huluran Rayyan itu ditarik lalu dengan serta merta Rayyan berada di sisi Areena.

"Bangun, mandi sekarang." tegas Areena berkata lalu menuju ke meja solek. Rambut yang kusut itu disikat lalu diikat sanggul balik.

Ini semua salah Rayyan.

Rayyan menguap kecil, tuala yang disangkut itu diambil lalu diletakkan ke atas bahu. Rambut yang terjuntai di dahi itu diabaikan sahaja.

Buat apa baiki, kan hensem rambut ala kpop.

Rayyan dengan mamainya berjalan menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Areena hanya memandang Rayyan yang mamai disebalik cermin. Areena mengelengkan kepala.

Tadi pervert tak adalah mamai macam tu.

****

Senyuman yang tak lengkang di bibir Areena membuatkan Ainna mengerutkan dahinya. Lalu Ainna menyergah Areena yang sedang melamun itu.

"Baaa," naik bahu Areena disebabkan jergahan Ainna. Dia menjeling Ainna tajam.

"Kau nak apa?"

"Kau kenapa asyik senyum dari tadi? Rayyan ada buat sesuatu ke dekat kau?" soal Ainna tanpa berlapis. Areena mengerutkan dahinya lalu memukul bahu Ainna.

"Eei apahal soalan kau teruk sangat. Kalau ya pun perlahankan suara kau tu." bisik Areena.

"So Rayyan ada buat sesuatu la dekat kau?"

Areena diam membisu, matanya memandang Ainna lalu dia memandang tapak tangannya.

"Hal rumah tangga aku jangan nak menyibuk eei." ujar Areena lalu menolak wajah Ainna.

Sibuk aje nak tahu hal orang yang dah kahwin.

Ainna mencebik bibir.

"Kedekut, semenjak kahwin ni kau kedekut nak share cerita.


"Eleh kau, kalau benda lain takpelah juga. Ni hal rumah tangga aku. Kalau kau kahwin dengan Irfan. Kau nak share ke hal rumah tangga kau?" bebel Areena manakala Ainna sudah tersengih kerang busuk.

"Memang taklah aku nak bagitahu."

"Hah samalah macam aku."

"Weh Reen, minggu depan kau kena bangun awal la sebab puasa." ujar Ainna.

Areena mengeluh kuat.

"Ha'ah weh. Nak memasak lagi. Ini ke dugaan untuk ibu-ibu diluar sana yang memasak untuk bersahur. Pasti memenatkan."

Suara seseorang menyampuk perbualan mereka.

"Areena."

tbc

Maaflah kalau tak best tapi memang tak best pun :) ayna nak 20 comment dan 20 vote aje. Dan satu lagi sila comment sebanyak yang mungkin. Mungkin tertiba ada triple chapter ke?

She's mine (C)Where stories live. Discover now