Part 51. Home Coming

Start from the beginning
                                    

"Infront of everybody in this studio," tambah Zariel dengan pandangan yakin.

Luna cuak sebab Zariel bukan boleh percaya sangat. Kalau dia buat benda pelik-pelik nanti Luna juga yang kena. Disebabkan Zariel tak boleh dibuat main, Luna terpaksa akur. Luna ikut belakang Zariel keluar dari studio itu.

Sepanjang langkah ke luar bangunan SLR itu, Luna membebel sendiri.

"Suka hati je dia ponteng kerja," gumam Luna perlahan dengan nada menyampah habis.

Macam Zariel tak dengar. "Suka hati akulah. Syarikat aku," balas Zariel.

Zariel memang betul-betul tak nak kalah.

'Huh,' respon Luna menyampah. Tapi dalam hati jelah mampu.

Zariel suruh Luna naik kereta dia. Mujur Luna tumpang Faozan lagi. Luna memang malas nak memandu kereta sendiri sebenarnya.

Dalam kereta...

"Kau nak pergi mana?," tanya Zariel.

Mulalah Luna nak kecam. Suruh dia ikut tapi tak tahu pun nak bawa ke mana. Akhirnya tanya Luna pula nak pergi mana. Huh. Luna sambung bebel dalam hati.

"Saya nak balik rumah," jawab Luna tegas.

Zariel memandu dengan tenang walaupun tak berhemah mana. Biasalah kalau bawa kereta lain dari orang mesti acah sikit kan. Lajulah apa lagi. Mujur Zariel jenis dah biasa cilok-cilok ni jadi memang pakar habis.

"Kata pening? Kenapa tak pergi klinik?,"

Luna tahu Zariel curi-curi dengan apa yang dia katakan pada Encik Lan. Tapi tadi sibuk juga nak tanya kenapa. Dasar kura-kura dalam perahu.

"Peninglah sangat. Saya tak selesa kalau awak ada, tahu tak?," luah Luna geram.

Baru Zariel faham. Rasa bersalah pula sebab kacau Luna bekerja. Luna menoleh pada Zariel di tepinya. Fokus Luna pada luka kecil di hujung bibir Zariel. Dari SLR lagi Luna perasan. Kecoh lah juga dalam kalangan SLR pasal luka di bibir Zariel.

"Riel, kuat sangat ke Que tumbuk awak?," soal Luna teragak-agak nak buka mulut.

Zariel mengeleng.

"Tak," jawab Zariel.

Malas nak bahas lebih.

"Kenapa awak biar je orang tumbuk awak?," soal Luna dengan nada biasa.

Tahan diri nak membebel sebenarnya. Luna rasa marah bila Zariel tak jaga diri sendiri dengan baik.

"Kau nak aku buat apa? Tumbuk balik Que? Kau okay ke kalau aku tumbuk orang yang kau sayang tu?," soal Zariel selamba.

Saja je Zariel jawab macam tu. Zariel nak buat Luna tamatkan topik. Takkan Zariel nak cerita kenapa dia tak balas.

Zariel tak balas sebab memang layak pun dia makan penumbuk. Nak Zariel cakap macam tu pada Luna?

Luna mengeleng kecil. Malas nak nafikan perlian Zariel. Buang karen je. Topik ditutup.

"Aku drive balik rumah kau," kata Zariel.

Akhirnya sampai di rumah banglo dua tingkat Luna. Zariel keluar dari kereta. Kereta diparking di luar pagar--tepi jalan depan banglo sederhana besar itu. Luna juga keluar.

"Tumpang rumah kejap," kata Zariel selamba.

Zariel berjalan masuk ke dalam pagar yang terbuka itu. Zariel berjalan ke depan tinggalkan Luna di belakang. Zariel dengan selamba berdiri di depan pintu utama. Baru Luna nak hampiri Zariel, pintu dibuka dari dalam. Riana di depan pintu tergamam kerana bukan Luna di hadapannya seperti yang dia sangka.

Tak sangka ada tetamu macam ni pada waktu sekarang. Luna masuk ke dalam tanpa hiraukan Riana yang terkelu.

"Err... masuklah," pelawa Riana.

Itu je apa yang dia mampu keluarkan. Zariel masuk setelah dipelawa. Riana tak tahu nak buat apa sebab dia tak kenal sangat dengan Zariel. Kekok. Apatah lagi ini Luth Zariel. Lebih lah kekok.

"Riel, duduklah dulu," kata Luna.

Zariel terus ambil duduk di sofa ruang tamu itu. Zariel hanya berwajah tenang dan selamba. Dia tetap kelihatan berkeyakinan seperti biasa.

Zariel buat tak nampak siaran kanak-kanak yang terpasang di kaca televisen. Riana baru sedar yang dia tak sempat nak tukar siaran. Isya yang tengok tadi.

"Luna, aku buat air kejap kat dapur," kata Riana perlahan kepada Luna.

"Ikutlah. Mana Isya?," tanya Luna.

"Tukar tempat tengok TV. Ada kat atas. Waktu macam ni kan dia suka tengok kartun kat atas," jawab Riana.

Luna hanya mengangguk. Faham yang Riana kekok dengan Zariel. Sama macam orang lain juga. Luna seorang je yang tak kekok dan berani layan Zariel dengan selamba.

Riana melangkah ke dapur.

Luna beralih perhatian pada Zariel yang duduk di sofa. Zariel hanya diam dari tadi.

Sejak bila pendiam macam ni?

Comel pula perilaku Zariel. Macam Isya kalau segan. Tahu pun segan depan Riana. Tumpang rumah lagikan? Semangat Luna nak membuli berkobar. Bila lagi ada peluang macam ni kan? Luna rasa macam berkuasa sebab dia tuan rumah. Luna gelak jahat dalam hati.

"Riel, tunggu jap ya. Saya nak naik atas," maklum Luna.

"Nak ikut," balas Zariel spontan.

Luna tak mampu tahan gelak.

"Sekejap je. Tunggu lah," janji Luna.

Zariel tak balas apa-apa dah. Hanya diam. Isya menurun perangai Zariel ke apa? Memang pun. Behave je. Bukan selalu dapat lihat sisi Zariel yang satu ni. Luna rasa seronok.

Luna naik ke tingkat atas. Luna tukar baju dan tanggalkan tudung. Rimas pakai tudung dalam rumah sendiri. Lepas tu Luna masuk bilik rehat.
Isya sedang menonton kartun. Bila nampak Luna, Isya terus berlari terkedek-kedek ke arah mamanya itu. Terjerit suka bila Luna balik awal

"Awalnya mama alik!," komen Isya seronok.
(Awalnya mama balik!)

Kaki Luna dipeluk erat. Gelagat Isya nampak manja. Rindu pada Luna.

"Haah. Mama balik awal hari ni," kata Luna.

Suka Isya bila mama dia balik awal. Luna dukung Isya. Isya dipeluk erat untuk hilangkan rindu. Pipi gebu Isya dicium.

"Anak mama buat apa hari ni?," tanya Luna.

Soalan lazim setiap hari. Isya tersenyum kecil. Kepala dilentokkan pada bahu Luna. Mengada. Luna usap lembut belakang Isya.

"A..B..C!," jawab Isya bangga.

Pipi Isya dicubit geram.

Aduh. Lupa pula pada papa Isya di bawah.

Luna tersenyum nipis.





























The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now