Part 50. Get Back Together

Start from the beginning
                                    

Zariel teruja. Nak tahu apa yang Que nak daripada dia.

Mereka menaiki kereta masing-masing dan menuju ke restoren yang sudah dijanji.

Di restoren mewah berdekatan...

Que menunggu Zariel tiba. Sebaik sahaja Zariel tiba, pelanggan lain yang melihat mereka semeja mula berbisik sesama sendiri. Banyak kesimpulan yang dia orang buat. Memang bukan calang-calang perjumpaan antara mereka berdua.

"Jadi... terus pada topik utama. Apa yang kau nak sebenarnya?," soal Zariel serius. Dah malas nak main-main.

Que tersenyum sinis. Dia saja pilih meja yang agak jauh dari orang untuk privasi.

"Kau ingat Isya? Budak kecil comel yang aku bawa jalan-jalan hari tu?," soal Que.

"Straight to the point," arah Zariel serius.

Suasana tegang mula terasa.

Bukan, pembetulan...

Suasana semakin tegang.

"Biar aku teka, kau jumpa aku sebab... Uhm... Luna?," teka Zariel dengan nada yang tak serius.

Nada main-main.

"Kenapa? Pasal gosip tu ke?," soal Zariel lagi.

Que mengeleng. Zariel mengangguk faham. 'Kalau bukan sebab tu, sebab apa?,' fikir Zariel.

"Kau ingat tak apa yang kau pernah buat pada Luna tiga tahun lepas? Dekat SLR," soal Que dengan nada tertahan.

Suara Que agak bergetar menahan bengang yang memuncak bila teringat semula keadaan lemah Luna dulu. Zariel hanya diam dalam keadaan tenang. Zariel tak berdebar sebab dia dah tahu arah perbualan ini. Zariel rasa macam dia akan biarkan sahaja Que sakitkan dia. Sebab dia layak dihukum atas kebodohan dia dulu.

"Kau tahu tak... kau--KAU hampir bunuh Isya masa tu? Isya! Anak kau tahu tak?!! Luna hampir keguguran. Kau tahu pasal ni?,"

Zariel hanya diam.

"Aku tanya kau. Kau tahu tak?!," ulang Que dengan nada tinggi.

Que makin sakit hati apabila menerima respon sunyi daripada Zariel.

"Luna pengsan dekat tepi jalan SLR, syarikat kesayangan kau. Syarikat gah kau. Tapi isteri kau lembik di tepi jalan... sebelah bangunan SLR? Apa ni? Semua ni sebab kau. Sebab tak peduli kau. Ego kau. Sebab baran kau. Aku, aku yang jumpa dia dan bawa dia ke hospital. Aku!!,"

Zariel tergamam. Tergamam bila ada orang bentangkan kebodohan dia depan mata dia sendiri. Rasa bodoh sangat. Ya, dan bersalah gila-gila.

'Luth Zariel yang dipandang tinggi hanyalah seorang yang bodoh,' fikir Zariel dengan rasa lucu. Lucu dengan diri sendiri yang tak guna.

Zariel rasa takut. Takut kehilangan Luna. 'Layak ke aku untuk dia?,' soalnya sendiri.

"Aku yang tolong dia. Aku yang sambut Isya lahir," sambung Que sayu.

"A-aku yang takkan dapat Luna," kata Que lagi bila Zariel hanya diam.

Peluang yang Zariel berikan takkan disia-sia. Que tahu Zariel bagi dia peluang untuk luahkan semuanya.

"And you, the man who have her... did nothing good for her!," kata Que dengan geram.

Que berdiri dan menarik kolar Zariel. Zariel terbangun. Mereka berdua dah tak santai duduk macam tadi. Kerusi ditolak tepi. Situasi semakin tegang.

Perasaan marah Que makin menjadi-jadi bila Zariel tayang wajah tenang walaupun rasa bersalah Zariel, Que dapat rasa. Bagi Que kenapa Zariel perlu tunjuk tenang jika rasa bersalah? Zariel tinggikan ego lelaki dia sangat.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now