Zariel tersenyum senget. 'Rindu pula nak peluk isteri aku tu,'


















Di pantri...

Tercengang.

Tergamam.

Terdiam.

Terkelu.

Terlopong.

Dan tak sangka.

Virus T is attacking SLR studio workers in a pantri.

It is cause by?



...

"Honey tak tunggu I?," bisik Zariel dengan nada romantik di telinga Luna. Di sebalik luar tudung shawl yang dipakai Luna.

Luna terkaku dalam rangkulan Zariel. Zariel memeluknya dari belakang. Ya. Di dalam pantri tersebut.

Di hadapan semua orang.

Tangan Zariel selamba menjalar di pinggang Luna dan bercantum di abdomen Luna. Ya... ianya dipanggil pelukan. Kepala Zariel berlabuh di bahu Luna. Pipi mereka hampir bersentuhan.

Luna juga diserang penyakit T. Terkaku. Namun Zariel hanya tersenyum nipis.

Faozan yang juga salah satu penonton PDA itu turut tercengang. Kalau perempuan lain mungkin reaksi dia tak seteruk ni. Tetapi ni Arluna Aisyah dengan Luth Zariel.

Akhirnya 'penyakit T' Luna sembuh. Rangkulan di pinganggnya dirungkai. Zariel hanya biarkan sambil tersenyum senget.

"Eh? Ingat tak nak I lepaskan tadi,"

Mereka yang lain cuba hadam perilaku Zariel. Masing-masing kaku. Zariel tarik bahu Luna untuk beriringan dengannya di kerusi yang ada dalam pantri tersebut. Luna yang bagai dipukau hanya mengikut. Mereka duduk bersebelahan. Rapat.

"Don't mind us," kata Zariel bersahaja pada semua yang melihatnya.

Yang lain masih sama. Terdiam.

"Enjoy your lunch. We don't need this attention. Takkan nak bermanja pun kau orang nak perhatikan?," soal Zariel selamba.

Terus yang lain akur. Pura-pura sambung makan dan minum walaupun kekok. Dalam diam, kelakuan Zariel diperhatikan mereka semua. Masih terkejut dengan kenyataan bisu Zariel bahawa mereka betul-betul bercinta!

Semua gosip di mall tu adalah benar belaka. Zariel dan Luna memang bercinta tanpa mereka tahu sebelum ni. Sungguh mereka tak sangka dan susah nak hadam perkara itu.

"Apa yang awak cuba buat ni, Zariel?," soal Luna berbisik.

Nada suara nak menjerit cuba ditahan. Mulut terukir senyuman. Senyuman palsu yang pasti. Luna tak nak burukkan keadaan kalau dia marah Zariel. Nanti apa pula semua fikir. Mesti pekerja pelik kalau Luna nafi apa yang bos dia cakap. Mesti dia orang pening kepala kenapa Zariel yang serius tu bagi kenyataan palsu tentang hubungan mereka berdua.

Zariel buat tak dengar soalan Luna. Tangan Luna dicapai.

"Tolong faham situasi kita, Riel. Dia orang tak tahu kita dah kahwin. Jadi jangan sentuh saya. Nanti apa dia orang cakap pasal saya," pinta Luna terdesak. Merayu dalam bisikan halus.

Zariel mengalah. Dia faham. Alah reputasi dia pun boleh tercemar. Sama je cuma Zariel bukan artis walaupun taraf terkenal tu nak dekat sama. Tapi itulah, dia tak kisah apa orang nak fikir pasal dia.

Tangan Luna dilepaskan dengan berat hati. Zariel mengeluh halus.

"Balik pukul berapa?," tanya Zariel dengan nada perlahan.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now