Part 44. Come Back

Start from the beginning
                                    

"Ceritalah. Biar ibu tahu kebodohan anak lelaki ibu yang ego tu," gurau Puan Sri Arisah.

Luna tersenyum nipis. Tak tahu macam mana nak mulakan dulu.

"Ibu tahu tak projek besar SLR?," tanya Luna.

"Tahu. Projek tu gagal kan? Sebab maklumat bocor pada syarikat lain," jawab Puan Sri Arisah.

Luna mengangguk.

"Seorang lelaki menyamar dan tipu Luna. Waktu tu hanya Luna ada dalam pejabat sebab Luna pening and tak larat. Luna kerja sebagai pembantu makmal waktu tu. Bosan duduk rumah. Lelaki tu minta fail penting projek dan kata yang pihak atasan nak. Luna yang tak tahu apa-apa hanya menurut. Hanya itu kesalahan yang Luna tak patut buat. Zariel mengamuk dan kata yang Luna tak puas hati pada dia sebab kes dia kena tangkap basah dengan Nayla. Ibu tahu tak hal tu?," cerita Luna ringkas.

Kisah dia hampir keguguran sebab Zariel dia tak nak cerita. Kalau boleh tak payah orang tahu pun.

Puan Sri Arisah mengangguk perlahan sebagai jawapan pada soalan Luna.

"Hal ni lah yang buat ibu tahu perangai sebenar Nayla. Nayla mengadu pada ibu pasal kes tangkap basah tu dan dia suruh ibu paksa Luth bertanggungjawab. Ibu mengamuk pada Luth. Luth bukan jenis boleh ditindas. Dia bagi tahu semuanya pada ibu. Dan ibu pun tahu yang dia tak buat apa-apa pun pada Nayla. Sejak dari tu ibu tak ada apa-apa hubungan dengan Nayla lagi. Dia cuba rosakkan reputasi dan nama anak ibu kut," kata Puan Sri Arisah geram.

Luna tersenyum kelat. Jadi rasa hati dia yang Zariel tak bersalah rupanya betul. Luna rasa sedikit bersalah.

"Masa tu juga Zariel pecat Luna dan suruh Luna keluar dari hidup dia," sambung Luna.

Suara dia hampir tak kedengaran untuk ucap ayat tu. Puan Sri Arisah mengeleng perlahan dengan perangai anaknya yang panas baran. Kesal.

"Tapi, ibu kenal anak ibu. Luth tak sebaik tu kalau dia marah teruk. Jujur pada ibu, selain itu apa yang Luth buat?," soal Puan Sri Arisah tegas.

Luna hanya diam sambil menunduk.

"Ibu, lawaklah. Luna mengadu pada ibu pasal anak ibu sendiri," kata Luna. Cuba tukar topik.

"Luna pun anak ibu," balas Puan Sri Arisah laju.

Luna tersenyum bahagia apabila dengar ayat itu. Perasaan memiliki ibu tu dia dapat rasa.

Akhirnya.

Terima kasih, Ya Allah.

"Jadi, Luth tak tahu yang dia ada anak?," soal Puan Sri Arisah.

Luna tersenyap. Puan Sri Arisah tersenyum.

"Ibu tahu Luthfia Amisya ni anak Zariel. Cucu ibu. Jangan tipu ibu. Ibu dah lama hidup dari kamu,"

Luna hilang kata.

"Waktu kecil, Luth comel macam perempuan. Cuma makin besar rupa jambu dia berubah jadi lebih manly. Isya dan dia waktu kecil tak ada beza mana," tambah Puan Sri Arisah sebelum tersenyum lucu.

"Luna pun tahu yang Isya ikut rupa Zariel kan?,"

Luna mengangguk lemah. Tak boleh nafi perkara tu. Salah satu bukti kukuh yang Isya anak Zariel.

"Isya, ni nenek Isya tau," kata Luna lembut pada Isya yang sedang asyik dengan minumannya.

Isya menoleh pada Luna hairan. Muka keliru Isya buat Luna cubit geram pipi tembam Isya. Luna mengangguk. Isya mula mengukir senyuman lebar.

"Ibu mama?," soal Isya pandai.

Luna tersenyum dengan fikiran Isya.

"Ibu papa," jawab Luna.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now