"So now... macam mana nak uruskan hal ni?," tanya Faozan sambil berfikir.

Sebagai pengurus, uruskan hal-hal macam ni tanggungjawab dia.

"Jangan risau, hal ni I akan uruskan sendiri," kata Luna dengan yakin.

Hal Zariel tu je mungkin kena tunggu dulu. Gosip dengan Que dah hampir selesai. 'Harap Zariel akan uruskan hal gosip dia,' Luna hanya mampu berharap pada Zariel.

"You better be," ugut Faozan serius dalam pada bergurau.

Luna dan Faozan duduk di kerusi yang ada di tapak penggambaran drama itu. Jadual dan perancangan mereka seterusnya dibincang.

"Lepas habis kontrak you dengan drama ni, you kena jadi model untuk iklan barang kemas. Lepas tu pula, you ada satu lagi drama big," maklum Faozan.

"Great," komen Luna ringkas.

"You tak boleh main-main tau. You dah sentiasa sibuk," gurau Faozan.

Luna tersenyum kecil sambil mengangguk faham. Daniel menghampiri mereka untuk berbincang dengan Luna untuk bab seterusnya.

Setelah habis sesi lakonan hari ni...

Krew mula sibuk mengemas. Tiba-tiba mereka diserbu oleh beberapa orang wartawan dari syarikat yang berbeza. Sekumpulan wartawan hiburan itu mula mendapatkan Luna. Faozan mula kalut. Kecoh dan berpusu-pusu mereka menanyakan soalan-soalan panas kepada Luna.

"Apa hubungan you dengan Luth Zariel?,"

"Betuk ke you ada affair dengan Luth Zariel?,"

"Siapa budak dengan you di mall hari tu?,"

Pelbagai lagi soalan mereka tanya. Luna sambut salah satu mikrofon wartawan itu.

"Mesti lah tak. Semua orang salah faham. Kami bertegur sapa sebab pernah terserempak dulu sekali dua jadi kenal lah juga sikit-sikit. Tak nak lah kena judge sombong," terang Luna.

Faozan hampiri Luna yang dikerumun wartawan. Dia perlu ada dalam keadaan macam ni sebab dia pengurus Luna.

"Luna dan Luth Zariel hanya kenal sebab Luna bakal model iklan syarikat SLR. Itu saja," tambah Faozan menyokong keyataan Luna.

Luna dah tercengang namun riaknya dikawal sehabis baik. Sumpah Luna tak sangka. Luna tak nak ada kaitan dengan Zariel mahupun SLR. Soalan wartawan sedikit reda. Tapi mereka masih tak berpuas hati selagi tak ada benda panas yang mereka dapat.

"Betul ke? Atau kau orang nak tutup mulut kami sahaja?," soal salah seorang wartawan.

Luna rasa nak hadiahkan pelempang. Tapi disebabkan Luna fikirkan reputasi dia, Luna tahan sabar. Kalau tak dah jalan dah orang tadi. Luna tak tahu yang wartawan tersebut daripada syarikat yang ada kaitan dengan Zariel. Zariel saja je nak usik Luna.

"Tolong semua. Luna penat hari ni. Dia perlukan rehat. Boleh bersurai tak sebab Luna pun dah nak balik," kata Faozan memujuk.

Wartawan kisah apa?

"Ada penafian tak pasal kes Que Ameer?," soal wartawan-wartawan itu lagi.

"Kami hanya kawan," nafi Luna.

"Nak dapatkan maklumat lebih lagi sila hubungi atau tanya Que Ameer sendiri," cadang Faozan cuba back up Luna.

Luna beredar dari situ tinggalkan Faozan yang perlu melayan wartawan. Lega dia terlepas. Sesak Luna bila disoal bertubi-tubi macam tu. Tapi Luna pelik. Kenapa Zariel tak hapuskan lagi gosip ni?

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now