"Pergi mana? Seronok ke?," soal Luna. Sedikit bitter di situ. Cemburu dengan Que bila Isya nampak gembira sangat.

"Mestilah seronok," jawab Que meleret. Saja menambah cemburu Luna.

Isya di dukungan Que beralih pada Luna.

"Saya balik dulu. Assalamualaikum,"

Que terus pulang sebab tak elok dia berlama-lama kat rumah Luna sebab dah petang. Walaupun duduk berbual di luar tetap boleh timbul fitnah.

Sebaik sahaja Que beredar dari rumahnya, Luna bawa Isya masuk. Luna perasan akan cap di kepala Isya.

'Cap siapa pula ni? Que ke?,' fikir Luna hairan.

Sah-sah Luna tahu yang cap tu milik orang dewasa. Lebih tepat lagi... lelaki dewasa. Cap itu longgar di kepala Isya. Tapi tetap buatkan Isya nampak comel.

Isya di pangkuan Luna sudah tidur akibat kepenatan. Luna hanya tersenyum melihat wajah polos anaknya ketika tidur. Cap di kepala Isya ditanggalkan.

Luna bawa Isya naik ke tingkat atas. Bilik Isya dimasuki. Isya dibaringkan berhati-hati ke atas katil.

Kemudian, Luna masuk ke biliknya bersama cap di tangan.

Telefon di atas meja kecil di sebelah katil dicapai. Nombor Que didail. Nak tanya tentang cap hitam yang Isya bawa pulang. Risau juga dia, entah cap siapa ada pada Isya. Kalau cap Que, Luna tak kisah sangat sebab senang je nak pulangkan.

Luna belek sekali lagi cap tersebut. 'Cap macam ni bukan gaya Que... tapi macam gaya--,'

Niat dia untuk telefon Que terhenti.

Cap itu didekatkan dengan hidung. Haruman pada cap ini dikenalinya.

Bau syampu yang sangat dia kenal.

Luna mula tergamam dan terkaku.

Bau syampu dari rambut Zariel yang wangi mampu mengugat iman Luna.

Zariel dengan sengaja memainkan jari di sekitar leher Luna. Luna julingkan matanya ke atas. Geram dengan Zariel yang hanya bertuala paras pinggang. Dia nak main telefon pun terganggu.

Baru je keluar bilik air dah buat perangai nakal dia. Kacau sungguh! Boleh pula Zariel renjis air yang menitis di rambutnya ke muka Luna.

Tau lah nak tayang body dengan rambut basah acah seksi dia. Tapi perlu ke? Perlu ke mengugat iman Luna?

"Zariel, move away,"

"Why?," soal Zariel bersahaja.

Dari berbaring Luna mula duduk. Zariel turut ikut Luna duduk. Nak bersantai sambil layan Ig pun susah. Bau wangian dari Zariel mengacau Luna. Memang sangat menganggu dia.

Zariel tersenyum senget.

"Kau tergoda ke apa?," soal Zariel selamba.

Kalau Zariel yang serius jadi nakal macam ni Luna mulalah nak tunjuk manja. Saja Luna dekatkan wajah dia dengan Zariel. Zariel mula pandang Luna dengan serius. Tapi tak lama sebelum...

"Apa kau nak buat?," soal Zariel dengan suara yang hampir tak kedengaran.

Luna tersenyum lebar sebelum menjarakkan wajah mereka semula.

"Tergoda ke?," Luna tiru ayat Zariel tadi.

Zariel tergelak kecil dengan gelagat mengusik Luna. Zariel tarik leher Luna agar wajah mereka dekat.

"Terpukau ke?," kata Zariel selamba bila Luna hanya terkaku memandangnya.

Luna tolak dada terdedah Zariel agar menjauh. Ok dia mengaku kalah.

"Come on. Don't give up, honey," kata Zariel lalu nafas Luna terputus.

Hampir putus nafas Luna. Baru tautan mereka terlerai. Luna mula merah muka. Leher jinjang Luna menjadi mangsa bibir Zariel pula. Luna ingin menolak namun dia tak mampu menahan. Akhirnya dibiarkan Zariel dengan perilakunya.

Rambut Zariel dimain dengan jari. Lembut dan halus. Haruman syampu limited edition khas yang ditempah Zariel di syarikat terkemuka memang mendamaikan. Tak ada orang pakai wangian seperti ini selain dari Zariel. Membuatkan syampu ini jadi istimewa. Dan ya... bau ini juga.

Dan Luna mula tengelam dalam bau mengkhayalkan itu.

Luna meraup wajah.

'Kenapa memori lama muncul semula?,' soal Luna kesal. Luna cuba lupakan segalanya. Namun semua tentang Zariel masih segar dalam minda.

"Argh!," jerit Luna geram.

Bagaikan teringat-ingat lagi haruman milik Zariel. Parah.

Cap itu memiliki bau yang sama seperti Zariel. Kesan bau itu juga sama. Masih mampu buat jantung dia berdebar Luna. Luna benci apa yang dia rasa sekarang.

Rindu.

"Tak guna," monolog Luna seorang diri dalam biliknya.

Bau vanilla.

Hmm... Wangi.

"Menyampahnya aku dengan kau, Luna," bebel Luna.

Luna nak tahu macam mana cap ni boleh ada pada Isya. Nombor Que didail. Panggilan bersambung.

"Cap siapa ni?," soal Luna serius.

Terus Luna terjah Que dengan soalan. Salam dan mukadimah terus ke laut. Nada Luna macam nak marah pun ada. Cap ni dah buat dia ingat balik pada memori lama. Mana dia tak bengang.

"Tenang. Ada orang bagi kat Luna tadi masa dekat taman," jawab Que tenang. Tak terjejas dengan nada Luna.

"Zariel ke?," soal Luna spontan.



























The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now