Mana tahu ada hikmah bantuan Zariel ni?









Tiada lagi 'dia' dalam kehidupan Luna.

Sebulan berlalu dengan tenang.

Luna berlari anak ke pintu utama. Pintu dibuka dengan wajah ceria. Ariana atau singkatannya Riana, datang. Hubungan Luna dan Riana makin rapat.

Hari ini mereka berdua berjanji untuk buat kek sama-sama bagi mengisi masa lapang. Lagipun Riana baru sahaja berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa.

"Riana, masuk lah!," pelawa Luna dengan sengihan lebar.

"Jom! Saya dah beli semua bahan dalam resepi tu," Riana turut tersengih.

"Cantik! Tak sabarnya!," teruja betul Luna hari ni.

Riana masuk ke dalam dan Luna kunci semula pintu. Pesanan Que sentiasa dituruti dan diikuti. Que selalu ingatkan Luna untuk sentiasa kunci rumah.

Que selalu suruh Luna jaga diri sebab katanya dia tak boleh selalu ada dekat dengan Luna. Que sentiasa utamakan keselesaan dan keselamatan Luna. Bila ingat pasal Que, automatik Luna tersenyum. Que seorang lelaki yang baik dan hubungan mereka dah jadi seperti kawan baik.

Riana dan Luna beriringan ke dapur sambil menjinjit beg-beg plastik yang berisi bahan-bahan untuk buat kek.

Di dapur...

Luna meletakkan beg-beg plastik itu di atas kaunter bar.

"Que datang tak hari ni?," tanya Riana.

"Macam biasalah. Petang nanti adalah dia tercongok dekat depan pintu tu. Lagipun dah kata dah yang kita nak buat kek," jawab Luna.

"Mesti Que tak sabar nak rasa kek yang Luna buat," kata Riana dengan sedikit unsur mengusik.

Luna hanya mengeleng sambil tersengih. Luna dan Que bukan seperti apa yang Riana fikir. Luna malas menerangkan jadi dia hanya tukar topik.

"Kan kita nak buat sama-sama? Luna tak pro sangat hal dapur ni," kata Luna jujur.

"Riana pun sama," balas Riana.

Mereka berdua tergelak.

"Kalau kek ni tak sedap?," soal Riana lucu.

Luna tersenyum.

"Tak buat lagi mana boleh cakap. Jadi... let get started!," ucap Luna dengan bersemangat.

Riana mengangguk penuh semangat. Penuh gelak ketawa mereka dalam dapur itu. Bergurau tanpa henti. Luna rasa gembira.

Setelah puas mereka kerjakan dapur itu... akhirnya siap juga adunan kek strawberi coklat. Riana tuang adunan ke dalam talam. Kemudian talam dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan.

Setelah selesai mengemas dapur yang berselerak, Luna dan Riana ber-high five dengan tersenyum puas. 

Sambil menunggu kek masak, Riana tolong Luna mengemas ruang tamu.

"Kau orang dah lama ke kahwin?," tanya Luna sambil memperkemaskan susunan bantal kecil di sofa.

"Ohh. Baru je
. Tak sampai lima bulan pun," jawab Riana.

"Lah... Luna ingat dah lama. Nampak macam dah lama," komen Luna.

"Kita orang bercinta dari kolej. Lepas dah graduate, Rian kerja di syarikat ayah dia. Saya pula dipujuk untuk jadi secretary dia. Saya setuju je lah. Lepas kahwin dia suruh berhenti sebab dia kata dia tak boleh fokus," cerita Riana ringkas.

Bila teringat akan Rian, Riana mesti tersenyum bahagia.

Luna tergelak. 'Sweet-nya... best-nya jadi Riana,' fikir Luna. Luna usap perutnya. Kandungan ini sudah yang hampir mencecah empat bulan. Luna rasa sayu pula. Rasa sunyi tiba-tiba.

"Uhm... Luna okay?," tanya Riana serba salah.

Riana tak tahu apa-apa pasal Luna jadi dia takut kalau apa yang dia cakap menyinggung perasaan Luna. Ingatkan Luna pada kenangan dia dulu ke apa.

"Okay je. Tak ada apa-apa pun," balas Luna sambil tersenyum nipis.

Riana siapkan kerja dia susun bantal kecil sebelum tarik Luna duduk dengan perlahan di atas sofa.

"Luna, nak buat kerja boleh tapi jangan over sangat sampai terlalu penat. Luna kena ingat yang Luna ada baby dalam perut ni tau," pesan Riana prihatin.

"Okay, Riana," balas Luna sambil tersenyum manis.

Mereka berbual-bual sambil menonton drama di televisyen. Sedar tak sedar dah hampir petang.

"Umur Luna berapa?," tanya Riana. Baru sedar perkara macam ni pun dia belum tahu.

"Dua puluh tiga," jawab Luna.

"Ohh...,"

"Umur Riana?," tanya Luna pula.

"Dua puluh empat. Tua setahun dari Luna," jawab Riana dengan senyuman.

"Umur Que?," tanya Luna pada Riana.

Riana kelihatan hairan dengan soalan itu.

"Aik. Luna tak tahu ke? Maklumat pasal Que Ameer banyak di Internet. Lagipun Luna rapat dengan Que," komen Riana tak percaya.

Luna tersengih kecil.

"Kita orang tak lah rapat sangat. Pernah bertembung beberapa kali je. Lagipun Luna memang tak tahu siapa Que. Tapi Luna agak mesti Que ni bukan calang-calang orang kan?," balas Luna.

"Luna tak pernah search google nama Que? Que ni ahli perniagaan muda yang terkenal dan berjaya. Dia juga ada syarikat perhotelan sendiri," terang Riana ringkas.

'Ohh... Macam tu rupanya. Aku ni memang kurang ambil tahu pasal dunia perniagaan sejak Syarikat AA dirampas. Dulu pun aku tak ambil kisah sangat,' fikir Luna.

"Berapa umur Que?," tanya Luna lagi. Tertanya-tanya.

"Dua puluh enam," jawab Riana.

"Riana dengan Rian memang rapat dari sekolah menengah. Keluarga kita orang pun kenal masing-masing," cerita Riana tiba-tiba.

"Luna?," soal Riana pula.

Luna faham. Riana nak tanya tentang kehidupan dia pula.

"Okay,"

Riana sedikit terkejut. Tak sangka secepat ini Luna nak buka kisah pasal dia. Dari awal lagi Riana tertanya-tanya kisah hidup Luna tapi dia tak mendesak. Dia menunggu Luna bersedia.

"Luna pernah terserempak dengan Que sebelum ni. Adalah juga dalam dua tiga kali. Kita orang jadi mesra dan cepat ngam. Jadi boleh lah kira yang Luna kenal Que. Satu hari, Que selamatkan Luna yang pengsan dekat tepi jalan. Luna alami pendarahan. Waktu tu tak ada teksi yang nak berhenti. Kebetulan Que lalu di jalan tu dan dia nampak Luna. Jadi dia bawa Luna ke klinik. Tamat. Ringkas je," cerita Luna.

Riana mengangguk faham. 'Aduh... nak tanya ke tak?,' Riana serba salah. Luna tersenyum.

"Mesti Riana nak tanya macam mana Luna boleh ada kat tepi jalan dengan keadaan macam tu kan? Apa yang terjadi pada Luna? Anak siapa yang Luna kandungkan? Dan lebih lagi, kan?," kata Luna sambil tersenyum nipis.

"Err...," Riana jadi serba salah.

"Maaf, Riana. Luna belum dapat nak cerita. Luna belum bersedia untuk cerita perkara yang menyedihkan. Bila dah bersedia... Luna akan ceritakan semuanya. Jangan risau," kata Luna sambil tersenyum sayu.

Riana jatuh simpati.

"Jangan risau. Riana tak kisah. Asalkan Luna tak sedih-sedih... tak payah bagitahu Riana pun tak apa," kata Riana ikhlas.

Riana peluk Luna.

"Terima masih, Riana," ucap Luna dengan rasa sebak. Terharu betul dia. Bagi Luna ramai orang baik dalam hidup dia. Luna rasa bertuah.

Tiba-tiba bunyi oven berdenting kedengaran. Riana dan Luna terus tersenyum teruja. Bergegas mereka ke dapur.














The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now