"Rian, Ariana... Perkenalkan, Arluna. Dia akan tinggal di sini. Tolong tengok-tengokkan dia untuk aku. Dia--,"

Que meminta izin Luna untuk sambung. Luna faham. Luna mengangguk sambil tersenyum kecil.

"--mengandung hampir dua bulan so tolong jaga dia baik-baik. Bahaya untuk dia tinggal seorang diri di rumah," sambung Que.

Luna buat rolling-eye. Geram pula dengan Que yang anggap dia macam budak-budak tak reti jaga diri sendiri.

"Oh," Rian dan Ariana tetap tenang sambil tersenyum lembut.

Luna senang dan selesa dengan mereka. Mereka tak tanya apa-apa mahupun beriak terkejut. Mereka tetap tenang. Memang spesies orang dalam hidup Que memang cool-cool eh?

"Aku balik dulu, Rian,"

Que meminta diri. Dia selalu sibuk. Jadual dia padat. Kehidupan dia macam kehidupan Zariel pun ada.

"Tak apa nanti saya tolong tunjukkan bahagian rumah pada Luna," kata Ariana.

"Terima kasih," kata Que pada Ariana dan Rian.

Kemudian dia beredar dengan memandu keluar dari pagar rumah itu.

"Jom, Luna. Saya bawa awak tengok-tengok rumah," ajak Ariana dengan senyuman ramah.

Rian minta diri untuk pulang ke rumah sebelah. Ariana dan Luna masuk ke dalam.

'Wow... boleh tahan,' komen Luna.

Rumah dua tingkat ini rupanya lebih luas daripada apa yang dijangka sewaktu di luar tadi. Ruang tamu rumah ini sangat bersih dengan catnya yang berwarna peach. Dekorasinya ringkas dan menenangkan.

"Jom saya tunjukkan bahagian-bahagian dalam rumah ni," kata Ariana sopan.

Ariana tersenyum malu bila Luna tersenyum padanya. Ariana ni jenis pemalu juga rupanya. Itu apa yang Luna dapat rumus. Luna terus rasa selesa. Satu persatu bilik dan bahagian banglo itu ditunjukkan Ariana. Rumah ini amat selesa bagi Luna. Cukup lengkap semuanya.

Takdir Allah itu indah.

Luna yakin tanpa Que, sama ada Airis atau Arif akan dihubunginya. Airis duduk rumah sewa untuk bujang. Duit Airie tak cukup nak tampung Luna. Dengan keadaan Luna yang mengandung susah dia nak kerja berat. Arif pula dah nak kahwin dengan Ainur dalam masa terdekat ni. Dia tak nak ganggu honeymoon phrase mereka.

Luna cukup segan dengan Que, Rian, dan Ariana... tetapi keadaan dia mendesak. Mana lagi dia nak pergi? Selama ni dia bergantung pada Zariel tapi sekarang? Memang tak lah. Zariel kahwin dengan dia atas dasar tanggungjawab semata. Itu pasal dia dalam situasi ini.

Kalau difikirkan balik... apa agaknya tanggapan Que pada dia dan kandungan dia ini? Luna tak tahu tapi Luna hanya mampu bersyukur sebab ada orang sanggup tolong dia. Sekarang ni fokus utama Luna dua perkara sahaja. Jaga kandungan dia baik-baik dan lupakan tentang Zariel yang dia benci tu.

'Naya je kalau muka anak aku sebijik macam Zariel. Kan orang selalu kata, kalau kita benci sangat seseorang tu waktu mengandung... anak akan ikut muka dia? Aku tak nak! Biar Zariel tak tahu langsung yang dia ada anak. Alah... macamlah dia kisah pun. Sama je kalau Zariel tahu atau tak. Dia tetap takkan terima,' fikir Luna.

"Okay. Dah selesai. Ehm... saya balik dulu ya, Luna?," soal Ariana sedikit gugup. Segan.

Luna tersenyum lalu mengangguk. Hidup baru dia ni pasti lagi bahagia. Luna dah berazam. Dia akan jadikan Ariana yang pemalu ni kawan baik dia! Hahaha. Lagipun dia orang jiran.

Sebaik sahaja Ariana keluar, Luna duduk di atas sofa.

'Best-nya... tapi bosan juga kalau rumah besar ni sunyi. Tapi tak apa! Baby ada teman mama,' kata Luna dalam hati sambil mengusap perlahan rahimnya yang masih kempis. Luna tersenyum kecil. Dia hilang Zariel tapi Allah kurniakan dia anak ni sebagai pengganti. Walaupun... anak ni juga akan buatkan dia teringat pada Zariel.

'Sabar Luna,' pujuk dirinya. Wajah sayunya cuba mengukir senyuman. Luna nekad. Hidup dia lepas ni tak akan ada orang yang bernama Luth Zariel. Zariel akan cuba dilupakan. Luna tak kenal siapa yang bernama Zariel langsung lepas ni. Zariel tak wujud! Luna nekad! Anak dia hanya akan ada ibu.

"Sorry baby...," luah Luna sebak.

Tapi untuk ingat balik pada Zariel hanya akan buat perasaan benci mekar. Jadi dia tak nak apa-apa kaitan perasaan dengan Zariel lagi. Zariel lebih baik dilupakan!


















.....

Gosip hangat!

Nayla Heyna, artis wanita bercinta dengan Luth Zariel, CEO SLR Holdings?!

Itu apa yang menjadi front page.

Nayla seakan-akan mengiakan gosip itu. Luth Zariel tidak memberi respon.

Tak lama kemudian...

Luth Zariel bin Tan Sri Zain tampil buat pertama kalinya di media untuk membuat satu pengumuman umum kepada semua media. Ramai yang terkejut dan tak sangka Zariel akan muncul di media kerana Zariel terkenal sebagai seorang yang sangat privasi.

Perkara ini menjadi perbualan ramai. Ramai yang menumpukan perhatian pada perkara ini.














The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now