Part 30. Dugaan Masih Ada

Start from the beginning
                                    

"Mana tahu kalau salah letak?," tanya Luna berhati-hati.

"Just shut up!," jerkah Mei Lin kasar.

Luna pujuk diri agar bersabar. 'Dia tengah tertekan kan,' Luna sedapkan hati sendiri.

Luna terfikir.

'Takkan lah kan... fail yang Encik Anas ambil tu ialah fail sulit yang Mei Lin maksudkan? Takkan Encik Anas nak ambil fail sepenting itu...?'

'Fail lain kut. Tak semestinya fail penting projek ada satu je,' fikir Luna cuba sedapkan hatinya.

Kalau Luna nak tanya tentang fail tu, macam lah dia orang nak jawab. Jadi Luna pilih untuk berdiam diri. Jantung Luna berdegup kencang.

"Apa yang kita perlu buat sekarang?," tanya pembantu Mei Lin.

Semua orang senyap. Cuba memikirkan cara penyelesaian. Siapa tak kenal perangai CEO mereka? Kalau bos mereka tahu pasti dia mengamuk besar.

"Guys, I rasa kita kena bagitahu bos awal-awal. Kalau lambat bos tahu mesti keadaan jadi lagi teruk. Perkara ni terlalu penting kalau bos nak mengamuk pun kita terpaksa terima. Dia kena tahu juga," cadang Encik Rostam.

Semua yang ada di situ hanya mengangguk setuju.

"Apa kata kita periksa CCTV?," usul Mei Lin pula.

Harapan mereka sedikit cerah.

"Lebih baik biar bos yang uruskan. Kes besar macam ni kita tak layak nak uruskan,"

Semua mengangguk setuju dengan cadangan Zaira. Mei Lin, Zaira, dan Encik Ros bertangunggjawab pergi lapor kepada Zariel.

Di tingkat 35...

Mereka bertiga berdiri di depan meja Zack, PA Zariel. Masing-masing berdebar. Mereka takut nak hadap kemarahan Zariel. Zariel dah lah panas baran, serius pula tu.

"Masuklah. Dah lama bos tunggu,"kata Zack.

Lagi berdebar jantung mereka. Dengan perasaan gementar, mereka bertiga melangkah masuk ke dalam pejabat CEO SLR Holdings itu.

Aura serius mula menyerang mereka dari segenap pelusuk.

Mereka lihat Zariel sedang berdiri menghadap tingkap besar yang memperlihatkan suasana luar di sudut bilik itu. Zariel membelakangi mejanya.

Jalan raya dapat dilihat dengan jelas dari atas bangunan ni. Suasana sibuk di luar tak dapat menghilangkan fokus mereka bertiga yang sedang gementar teruk. Tangan Zariel dimasukkan ke dalam poket seluar slack hitamnya yang dipadankan dengan kemeja lengan panjang berwarna biru gelap.

Nak bersuara pun meraka tergagap-gagap.

"Tu-tuan... Zariel,"

"Ka-kami mi-minta maaf... ka-kami tak,"

Prakk!! Bunyi kaca terhempas kuat.

Jatuh berkecai perhiasan kaca yang baru sahaja dihempas Zariel ke lantai. Perhiasan yang sepatutnya terhias di atas mejanya. Wajah Zariel tegang. Badan dia membahang.

"Tak guna!," marah Zariel.

"Beritahu aku! Macam mana kalau semua hasil kerja jatuh pada tangan syarikat musuh?! Siapa yang khianat SLR hah, tak guna?!!," tengking Zariel kuat. Amarah dia mengunung.

Terketar-ketar semua. Mereka takut tengok sisi Zariel yang belum dia orang nampak selama ni.

Menakutkan.

"Siapa yang tak guna tu?," soal Zariel perlahan. Nada dia bertukar lembut tiba-tiba.

Masing-masing semakin takut bukan semakin okay. Nada Zariel yang lembut sekarang ni lagi seram dari tengkingannya tadi.

"SIAPA HAH?! Aku tanya ni!!," Zariel makin hilang sabar bila tak ada seorang pun yang jawab soalan dia.

Barang-barang di atas mejanya semua dihempas kuat. Zariel makin naik angin. Ketiga-tiga mereka kecut perut, pankreas, tak lupa juga trakea.

'Tak guna!,' fikir Zariel.

"KELUAR!!!," arah Zariel geram.

Berpusu-pusu mereka keluar. Bagaikan dapat nyawa balik mereka hilangkan diri daripada pandangan Zariel.

Zariel mengambil duduk di kerusinya. Cuba bertenang. Tali leher yang dipakai dilonggarkan dengan kasar. Zariel tengah rimas dan tertekan. Berpuluh-puluh ratus ribu ringgit duit SLR dalam percaturan. Silap langkah... Hangus semua.

Zariel tak peduli sangat pasal duit tu. Yang Zariel lebih kisahkan ialah dia tak rasa kalah dengan orang lain. Zariel rasa macam loser. Zariel tak suka perasaan ni. Zariel makin marah semula. Dia nekad akan hancurkan orang yang bertangunggjawab. Zariel tekan interkom yang menghubungkannya dengan Zack.

"Masuk sekarang," arah Zariel.

Terhinjut bahu Zack dengan suara tegang Zariel. Zack terus bergegas masuk ke dalam bilik pejabat Zariel. Zack ternganga kecil. Terkejut melihat keadaan dalam pejabat itu. Berselerak macam kena tsunami.

"Dapatkan rakaman CCTV makmal projek 05. Aku nak sekarang. Aku nak tahu siapa yang nak mampus sangat ni," arah Zariel serius. Full death serious.

Segera Zack keluar dari situ untuk melaksanakan arahan Zariel. Nak duduk dalam bilik itu lama-lama pun seram.

Tak sampai lima minit kemudian... Zack kembali semula dengan membawa rakaman yang diminta. Tanpa berlengah Zariel pasang pada komputernya.

Tak sampai beberapa minit... skrin komputer itu pecah ditumbuk Zariel. Jelas urat timbul pada rahang Zariel. Retak komputer itu menerima habuan daripada Zariel yang terlalu dikawal oleh rasa marah.

'Komputer ni tak berkualiti ke tangan bos aku ni besi?,' Sempat lagi Zack bagi komen dalam hati.

Zariel beristigfar panjang cuba menahan diri dari mengeluarkan sumpah seranah. Syaitan mula menghasut supaya dia melepaskan kemarahan dia dengan cara yang lebih buruk.

"Panggil Arluna, pembantu makmal tingkat 23 sekarang!," arah Zariel.

Wajah Zariel dari tadi asyik tegang je. Kesian wajah kacak Zariel tidak digunakan dengan baik.

Zack menurut perintah. Zack terus keluar dan beri ruang kepada Zariel untuk tenangkan dirinya.

Zack menuju ke tingkat 23...

"Assalamualaikum. Arluna ada?," soal Zack lantang untuk tatapan telinga semua orang.

Pengumuman yang Zack buat terus menarik fokus orang ramai. Mana taknya. Zack kan setiausaha Zariel. Dia jarang muncul di sini. Lainlah kalau Joey. Maksudnya ada lah benda penting yang bos tak nak tangguh sebab tu bos suruh Zack.

Luma terus tampil ke depan.

"Ya, saya?," maklum Luna.

Zack bersimpati dengan perempuan cantik di hadapannya ini. Dengan wajah kepenatan yang jelas tertera di wajah Luna, Zack tahu Luna letih.
Lagilah kalau kena hadap Zariel tengah mengamuk.

"Tuan Zariel panggil," maklum Zack dalam terpaksa. Tak sampai hati nak sampaikan pada Luna tapi nak buat macam mana? Dia hanya lah seorang pekerja.

Semua di situ mula buat kesimpulan yang Luna ada kaitan dengan semua. Mereka agak tak sangka. Luna menarik nafas panjang.

Luna dah tahu.

Dia tahu yang dia dah buat kesalahan besar.














The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now