Kringgg,

Loceng rehat berbunyi nyaring, Areena dan BG menuju ke bilik khas yang disediakan untuk mereka. Mereka ingin berjumpa dengan Pengetua Empire High School. Sampai sahaja di depan pintu bilik khas. Areena dan BG terserempak dengan Rayyan dan 4K.

"Korang buat apa dekat sini?" soal Farhan kepada mereka.

Takkanlah BG pun turut terlibat? kalau 4K ni lainlah sebab diaorang ialah pengawas sekolah.

"Bonda nak jumpa." jawab Hanis. Lalu mereka berlapan memasuk bilik khas itu bersama.

Areena dan BG duduk di bahagian kanan manakala Rayyan dan 4K duduk di bahagian kiri memandang BG. Pengetua Empire High School duduk ditengah diantara mereka berempat.

Pengetua menongkat dagu, matanya tajam melihat mereka berlapan.

"Korang tahu tak kenapa bonda panggil korang?" soal Pengetua manakala semua menggeleng.

"Kenapa bonda?" soal Areena.

"Seperti yang korang tahu, nama Empire High School sudah jatuh menjunam di tangga kedua dalam carta sekolah terbaik di dunia. Jadi bonda panggil korang berlapan untuk menolong bonda menaik semula nama Empire High School."

"Bonda nak suruh kami buat apa?"

Pengetua tersenyum sinis, fail yang dipegang olehnya diedarkan kepada 4K dan BG.

"Ini ialah senarai nama pelajar yang teruk contohnya mengedarkan dadah di kawasan sekolah, mencuri dan lain-lain." Areena mengambil fail itu lalu membelek.

"Bonda nak suruh kami buat apa?" akhirnya terpancul jua soalan di bibir Areena.

"Senang. Bonda nak kamu cari pasangan lalu ambil salah sorang pelajar bermasalah ni. Selama dua minggu korang boleh buat apa-apa dekat mereka. Denda dan lain-lain."

"Baik bonda, bermula sekarang ke?"

"Ya, bonda pergi dulu. Korang berbincanglah." ujar Pengetua lalu keluar dari bilik khas.

Areena memandang mereka semua.

"Macam mana nak pilih pasangan ni?"

"Tak payah susahkan diri nak pilih pasangan. Reen kau dengan Rayyan. Batrisya dengan Hairul dan aku dengan Irfan." ujar Ainna lalu berdehem.

"Aku dengan siapa?" soal Farhan.

"Kau dengan Hanis la. Ada otak fikir sikit." ujar Ainna pedas.

"Ha apa lagi, bergerak ke pasangan masing-masing. Yang tercegat tu dah kenapa?"

Berlari anak 4K dan BG menuju ke pasangan masing-masing.

Areena dan Rayyan.

Ainna dan Irfan.

Batrisya dan Hairul.

Hanis dan Farhan.

"Nah korang ambil salah satu pelajar." ujar Areena mengedarkan kertas tersebut.

Mereka semua mengambil kertas tersebut.

"Kau dapat siapa Reen?" soal Ainna.

"Aku dapat Putera Aryan, kau?"

"Megat Raykarl."

"Korang dapat siapa?"

"Muhammad Arwan." serentak Batrisya dan Hairul berkata.

"Aku dapat Raja Izzat."

Areena dan BG mengeluh, bukan dia tak kenal siapa gerangan yang dia dapat ni.

"Kenapa weh?" soal Irfan.

"Ni kumpulan Black tau, diaorang asyik sertai kongsi gelap. Bilik disiplin tu macam rumah kedua la."ujar Batrisya.

"Tengok nama macam orang kaya je. Siap ada pangkat Megat." ujar Irfan.

"Diaorang memang kaya tapi disebabkan kekayaan la diaorang jadi macam tu. Ibubapa diaorang tak bagi kasih sayang, asyik kerja di luar negara je."

Hanis menyampuk.

"Kecuali si Arwan, dia tu orang susah. Mak dia kerja dengan keluarga Megat sebab tu terikut juga."

4K menganggukkan kepalanya. Nampaknya BG semua kenal dengan pelajar bermasalah ni.

"Asal tak buang je?"

"Bukan tak nak buang tapi ibubapa diaorang asyik merayu je. Pihak Empire High School tak buang lah mereka lagi-lagi ini ialah tahun terakhir mereka disini."

"Oh, macam mana kita nak cari ni?"

"Senang je. Diaorang lepak dekat stor sukan lama."

"Bila nak mula?"

"Hm, esok pagi aku nak korang berkumpul dekat sini. Aku akan bagi tempat untuk korang." ujar Areena lalu berdiri dan keluar dari bilik khas diikuti dengan BG.

****

Areena melepaskan rambutnya, lalu termenung memikirkan kejadian tadi. Dimana Jessica dan Rayyan bersama di lorong gelap. Entah apa yang mereka buat.

Rayyan tu asyik ulang je, nampak sangat kata-kata manis dia hanya mengaburkan aku.

Ceh, itulah lelaki.

Flashback

"Rayyan, macam mana dengan hubungan kita ni?" soal Jessica gedik.

"Hubungan apa?" soal Rayyan kasar. Malas melayan.

"Bukan ke I dan you bercinta ke? You kata you sayang I." ujar Jessica lalu memeluk lengan Rayyan. Rayyan menepis.

"Kau..."

Dan hanya itu sahaja yang Areena dengar, malas fikir. Mungkin betul Rayyan dan Jessica bercinta.

Apalah nasib kau Areena,

Malang betul nasib kau Areena, suami ada perempuan lain. Tak sampai 2 hari berbaik. Terus buat perangai buaya balik.

Kau sepatutnya tak patut percaya kata-kata manis Rayyan.

Kau bodoh Areena.

Bodoh.

Setitis air mata Areena jatuh, dia mengesat air matanya. Areena tersenyum pahit. Otaknya berkata yang dia perlu tanya Rayyan tetapi hatinya tidak.

Mungkin benda ini betul-betul berlaku.

Perang dingin bermula. Kali ni Tengku Areena Arisya pula abaikan Rayyan.

Padan muka kau.

tbc

60 vote and 60 comment.

She's mine (C)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin