"Kenalkan... ini Airis, kawan baik saya. Airis, ni Que,"

"Err... ni Que? As in Que Ameer yang tu kan? Betul-betul Que Ameer?," Airis meminta kepastian.

Que tersenyum lebar. Luna pandang Airis dengan pandangan pelik.

"Ex kau waktu sekolah menengah ke apa?," tanya Luna dengan polos.

"Kau je yang tak kenal dia rasanya," kata Airis dengan nada berbisik. Geram dengan kawannya yang selamba sangat ni.

Naik hairan jadinya Luna. Airis macam nampak hantu. Tapi hantu kacak lah. Que hanya nampak macam tak kisah dengan reaksi Airis yang merenung dia macam pameran.

"Maksud kau?," Luna tak faham.

Airis berbisik perlahan.

"Cuba google nama dia," arah Airis.

Luna mengeleng. Malas Luna. Melihat Que yang hanya diam memerhati gelagat mereka, Airis berdeham. Sebagai peringatan kepada diri sendiri supaya jaga tingkah laku. Gugup juga apabila berdepan dengan orang macam Que.

"Buat apa kat sini?," tanya Luna kepada Que.

"Saja. Lepak," jawab Que.

"Ouh. Nak join kita orang?," pelawa Luna.

"The pleasure is mine," balas Que dengan senyuman.

Mereka berbual-bual. Ada masuk topik ekonomi hinggalah hobi. Macam dah lama kenal gaya mereka. Luna mudah selesa dengan Que.

Que memang seorang yang tenang, tak mudah gelabah. Luna tertanya-tanya... Macam mana Que boleh stay cool? Luna suka gaya Que. Cool and manly. Personaliti Que menarik. Bukan gaya orang sebarangan.

"Awak kerja apa, Luna?," tanya Que.

"Pembantu pejabat," balas Luna.

Que mengangguk.

"Kata minat berlakon. Kenapa tak cuba temuduga kat mana-mana syarikat penyiaran?," tanya Que.

"Ada dah dalam rancangan tapi belum terlaksana," balas Luna.

Que tersenyum tanda faham.

"The future best actress. Pleasure to meet you early. Saya akan jadi peminat pertama awak," kata Que.

Luna tersenyum segan.

"Terima kasih, Que," ucap Luna terharu.

'Que seorang lelaki yang baik. Perangai dia unik... sama macam Zariel walaupun lain. Wait. Kenapa aku bandingkan dia orang? Ah. Kacau mood betul,' Luna marah dengan diri sendiri yang asyik teringatkan Zariel.

Tak lama kemudian... Que mula nak meminta diri.

"Maaflah kalau kacau masa kau orang berdua nak lepak sama-sama. Saya pergi dulu. Ada hal pula," kata Que selepas membaca pesanan mesej dari pekerjanya.

Airis dan Luna mengangguk.

"Tak kacau sangat pun," balas Luna.

"Tak sangat maksudnya adalah juga kan?," gurau Que.

Luna dan Airis hanya tersengih. Setelah meminta diri, Que bangun dari kerusi dan beredar. Sempat lah juga bil dibayarnya.

"Now search Que Ameer," suruh Airis.

Geramlah juga dengan kawan baiknya yang tak tahu siapa Que ni. Luna hanya mengeleng.

"Tak apa lah," jawab Luna tenang.

Luna tak kisah siapa Que. Walaupun Que tu hebat macam mana sekali pun dia tak peduli. Dia dah biasa dengan orang berkuasa. Lagipun suami dia sendiri punya identiti yang mengejutkan.

Setelah puas melepak dengan Airis, Luna pun pulang.

Kalau ikutkan hati dia malas lagi nak balik tapi dah lewat sangat. Jauh lewat daripada biasa. Hampir pukul 12 malam.

Apa yang buat Luna geram ialah Zariel tak hubungi dia. Luna rasa tersentak bila Zariel macam tak kisahkan dia dah.

'Yang dia kisahkan cuma Nayla,' rungut Luna.
Kereta diparking di garaj.

Rumah dimasuki dan apa yang dia dapat ialah pemandangan Nayla yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Luna melangkah masuk dengan perasaan berbaur geram. Sampai hati Zariel buat macam ni pada dia. Luna rasa diketepikan dan tiada nilai. Luna rasa maruah dia dipijak-pijak.

Luna naik ke tingkat atas dan terus ke bilik Zariel. Tak nak duduk dalam bilik mereka sebab mesti Zariel tidur di situ. Sampai hati Zariel langsung tak kisahkan dia. Tak tanya pun dia di mana. Kenapa tak balik lagi semua tu. Luna nak memprotes dan tunjuk rajuk. Baju diambil sedikit di bilik persalinan. Pintu biliknya dikunci. Malas diganggu.

Luna rasa sangat letih.

Dia nak tidur.




Zariel baru balik dari pejabat dan terus naik ke tingkat atas tanpa hiraukan Nayla di ruang tamu.

Zariel terus menuju ke bilik tidur.

Kelibat Luna tiada. Zariel mengeleng kecil. Geram pula dia dengan Luna yang keras kepala. Zariel tahu Luna dah balik sebab kereta yang Luna pakai ada di garaj. Maksudnya Luna tidur di bilik lamanya. Zariel tak tahu Luna balik lewat sebab dia ada di pejabat jadi dia tak hubungi Luna. Bukannya sebab dia tak kisah.

Zariel bersihkan diri dan memakai pakaian tidur. Selimut diselak dan dia berbaring. Syiling putih di atas kepala dipandang. Tangannya diletakkan di atas dahi. Letih Zariel dengan keadaan ini. Hubungan dia dengan Luna jadi renggang. Sakit yang dia rasa bila fikir pasal Luna dengan lelaki lain masih kuat. Zariel cuba untuk tidur walaupun susah lelap tanpa Luna dalam pelukan.




"Ini baru langkah pertama aku untuk dapatkan Zariel. Awal-awal dah ada kesan pada hubungan dia orang. Hahaha! Peluang aku makin cerah. Cis! Mudah sangat. Senang!," monolog Nayla. Senang hati dia dengan situasi sekarang.

Nayla perhatikan bilik tetamu yang didudukinya ini. Bilik ni dah cukup selesa tapi dia masih tak puas hati. Nayla membayangkan bilik tidur utama. Tak sabar dia nak miliki Zariel dan dapat duduk dalam bilik itu. Nayla gelak jahat dalam hati. Kalau gelak kuat betul-betul ada pula orang ingat dia ni langsuir meroyan.

Pasal haters tu memang betul tapi Nayla saja tokok tambah dan buat cerita untuk ambil kesempatan dan dapatkan simpati Puan Sri Arisah. Simpati Zariel? Zariel kisah apa pasal dia. Huh!

Tapi tak apa. Dengan cara tumpang di rumah ni... peluang untuk hancurkan hubungan Zariel dan Luna lebih besar.

"And next... plan kedua," umum Nayla sendiri dengan senyuman sinis.













The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now