Part 26. Dugaan 3.0

Start from the beginning
                                    

Tapi... Takutkan apa?

Zariel masuk ke dalam bilik lama dia. Kosong. "Luna?," panggil Zariel.

Tidak berjawab. Kosong. Zariel tutup semula pintu dengan rasa hairan. Zariel turun ke tingkat bawah. Degupan jantung Zariel kembali normal melihat hujung gaun tidur merah jambu Luna berayun lembut di depan sliding door yang terbuka.

Luna tengah cool off kan diri sendiri dengan angin malam.

Luna sedang menelefon seseorang. Zariel tersenyum kecil. Dia berniat untuk memeluk Luna dari belakang tapi langkah dia mati apabila mendengar sesuatu.

"You're the best. Thanks, sayang! Love you, too. See you soon!,"

Zariel mengepal penumbuk. Dia terpaksa menahan rasa mendengar nada manja Luna. Itu nada yang sepatutnya Luna guna hanya pada dia. Zariel mengetap rahang. Dia cuba menahan sabar. Dia tak boleh mengamuk. Dia kena jadi lelaki yang rasional. Untuk kebaikan mereka berdua, dia kena tenang.

Luna tersenyum lebar. Rambutnya yang panjang hingga ke paras pinggang beralun lembut mengikut hembusan angin malam itu dialihkan ke belakang. Mood dia yang macam gunung berapi tadi bertukar menjadi musim luruh. Damai.

"Siapa tu?," Zariel hampiri Luna sebaik sahaja Luna mematikan talian.

Luna sedikit terkejut dengan kemunculan Zariel. Tu lah padah kalau rancak sangat OTP dengan Airis.

"Kawan," Luna menjawab ringkas.

Mood Luna ke laut semula. Masih bersisa rasa geram bila berhadapan dengan Zariel. Luna tak tahu yang Zariel sedang menahan rasa cemburu sekarang ni. Zariel tersenyum sinis. Dia tidak cuba untuk meneruskan perbualan. Dia terus keluar dari rumah lepas capai kunci kereta di kotak kunci di tepi dinding.

Zariel panas hati sekarang ni dan dia perlu redakan sebelum dia buat atau cakap perkara yang akan buat dia menyesal.

Udara segar dan ruang diperlukan untuk tenangkan fikiran. 'Luna ada kekasih? Dia bercinta dengan siapa? Argh!,' stereng kereta dihentak kuat.

Luna yang ditinggalkan mengangkat kening. Pelik.

"Kenapa dengan Zariel tu? Baru ingat nak minta izin keluar dengan Airis. Mesej je lah," fikir Luna.

Telefon dikeluarkan dari poket dan aplikasi WhatsApp dibuka.

Nk keluar.

Mesej dihantar.

Nak buat apa?

Cepat saja Zariel membalas. Luna menaip tanpa risaukan apa-apa.

Jumpa kawan.

Lepas itu terus tiada jawapan daripada Zariel. Lelaki itu terus offline. Luna mengerutkan dahi.

'At least aku cakap dah kan yang aku nak keluar. Dia dah baca dan tak halang maksudnya dia bagi lah, kan?,' Luna tersengih dengan anggapan sendiri. Luna tak kisah asalkan dapat jumpa bestie dia tu.

Luna berlari anak ke tingkat atas untuk menukar pakaian sebelum keluar rumah. Teruja dia nak jumpa Airis sebab dah lama dia orang tak berjumpa. Rindunya!

Nada dering telefon Zariel tetap sama dan tak berubah. Panggilan tersebut diangkat.

"Apa?," soal Zariel terus. Tak cukup kesabaran.

"Bila I boleh pindah masuk rumah you?," soal Nayla teruja.

"Suit yourself. Petang ni pun boleh kalau kau nak," Zariel memberi keizinan dengan nada malas.

Zariel dah tak kisah pasal respon Luna. Nayla bersorak kuat dalam hati. 'Yes! Yes! Yes!'

"Thanks so much! Petang ni I dat--!," kata Nayla penuh excited.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now