Wajah Luna ditatap.

Zariel tertanya-tanya akan layanan ibunya terhadap Luna. Hm. Zariel akan pastikan ibunya terima dan layan Luna dengan baik. Yang penting tiada sesiapa yang boleh lukakan atau sakitkan hati Luna dibawa pengawasan dia.

Pipi Luna dielus lembut dan dahi Luna dikucup perlahan. Wajah Luna yang cantik itu memang akan buat sesiapa sahaja terpesona dan lembut hati. Sedikit sebanyak, selama mereka tinggal sebumbung ini... Zariel semakin selesa dengan Luna.

Perwatakan Luna yang kadang kala keras kepala, kadang-kadang manja dan ada juga waktu dia ceria dan kebudak-budakkan buat hari Zariel ceria dan gembira. Dia rasa seronok.

Terdapat pergerakan kecil daripada Luna. Lamunan Zariel terhenti. Mata Luna sedikit tercelik.

"Riel, awak dah balik?," soal Luna dengan mamai.

"Tidurlah," pujuk Zariel.

Mata Luna kembali terpejam. Zariel baring di sebelah Luna. Luna memusingkan badannya untuk menghadap Zariel. Pinggang Zariel dipeluk. Dalam keadaan separuh sedar...

"Goodnight, Riel. Love you,"

Zariel sedikit terkaku dalam pelukan Luna. 'Dia maksudkan ke apa yang dia cakapkan ni?,' soal Zariel.

Kalaulah Luna betul-betul...









Luna menggosok-gosok matanya yang kabur. Mamai. Luna cuba bangun.

Eh? Oh. Ada manusia di sebelahnya. Wajah Zariel ditatap dengan senyuman. Luna lagi suka tengok Zariel waktu dia tengah tidur. Nampak tenang, lembut dan... comel. Wajah Zariel tidak bengis dan garang pun sebenarnya. Kalau depan mata Luna sekarang ni nampak sangat charming. Nampak cutee! Tapi wajah charming ni tak menonjol kalau Zariel dalam keadaan sedar sebab Zariel jarang senyum dan serius memanjang.

Memanglah masih kacak tapi tak cute sangat.

Macam dark-prince. Zariel yang tinggi, tegap, berharta, dan tampan mampu buat perempuan berebut nak kelilingi dia. Namun dengan sikapnya yang dingin... perempuan hanya mampu gigit jari. Nak mendekati takut pula.

Paras tinggi Luna hanya di bahu Zariel. Walaupun Luna kategori gadis yang tinggi namun Zariel lagi tinggi. Sesuai dengan susuk tubuhnya yang tegap.

Perfect figure 200%!!

"Aku tahu aku handsome," kata Zariel dalam keadaan matanya tertutup.

Luna mencebik. Perasan!

Eh. Padahal dia baru puji melambung tadi?

"Awal bangun? Baru 4.30," soal Zariel apabila buka mata untuk melihat jam tidur.

Tertera wajah Luna di hadapannya. Luna meleraikan rangkulan Zariel di pinggangnya. Luna terus duduk.

"Riel, ibu awak tu... erm... garang ke?," soal Luna tiba-tiba.

"Kenapa?," tanya Zariel.

Wajah Luna sedikit mendung. 'Pasal pula ni?,' fikir Zariel hairan.

"Saya takutlah. Ibu awak macam tak suka saya," jujur Luna dengan rasa gelisah.

Zariel hanya mengeleng kepala.

"Don't worry. Everything will be fine. Ibu okay je sebenarnya. Nanti aku cakap dengan ibu," pujuk Zariel.

Luna hanya diam. Dia percayakan Zariel. Harap semuanya akan jadi baik-baik sahaja.








Seminggu kemudian...

Luna berjalan dengan terincut-incut. Zariel pandang Luna hairan. Luna mengambil duduk di sebelah Zariel di atas sofa.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now