Part 13. My Sweet Hero

Start from the beginning
                                    

"Okay," balas Luna perlahan.

Dia hanya mampu akur walaupun sayang akan kerja itu.

Kereta dipandu ke sebuah bangunan besar. Mungkin dalam dua puluh tingkat. Joey keluar dari tempat duduk pemandu dan terus ke sebelah lain kereta untuk membuka pintu. Zariel keluar dari kereta dengan gaya bersahaja yang mengancam dia tu. Joey menunduk sedikit sebagai tanda hormat.

"Ikut dia nak pergi mana. Layan troublemaker ni," arah Zariel kepada Joey.

Joey mengangguk patuh.

Zariel melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Dapat Luna lihat, security-security guard di situ menunduk hormat sebagai tanda menyapa Zariel.

Luna tersenyum nipis. Joey masuk semula ke dalam kereta. Luna di tempat duduk belakang dipandang.

"Puan nak pergi mana?," tanya Joey.

"Cafe Millenium," jawab Luna.

"Panggil je saya Luna," tegur Luna serius. Luna tak selesa dengan gelaran puan.

"Baiklah, puan. Kita ke Cafe Millenium," balas Joey tanpa hiraukan permintaan Luna.

Luna hanya biarkan sahaja.

'Takut sangat ke dengan Zariel?,' fikir Luna bosan.

Akhirnya sampai di destinasi...

"Balik lah," arah Luna.

Luna keluar dari perut kereta.

"Baiklah, puan," balas Joey.

Joey memandu kereta itu pergi.

Luna nak balik sendiri. Dan sebenarnya dia tak selesa nak melepak bila ada Joey. Apa barang bila Joey mengekor? Rasa macam diperhatikan oleh cctv. Haah, cctv Zariel. Huh.

Cafe Millenium... sebuah cafe yang sesuai dengan jiwa remaja. Sesuai sebagai tempat lepak. Dulu Luna selalu ke sini.








Empat bulan kemudian...

Luna ajak Arif lepak.

Arif hanya menurut. Lagipun dah lama mereka tak melepak berdua.

Cafe Millenium ni hampir menyerupai pub. Ada tempat karaoke dan agak gelap.

Luna dan Arif hanya berbual-bual kosong pada malam itu sambil minum jus. Mereka tidak menghiraukan sesetengah orang  yang sudah mabuk. Arak ada dijual tetapi secara senyap-senyap.

Zariel izinkan Luna pergi kemana-mana sahaja. Luna dah tak kerja. Kad kredit unlimited pun Zariel beri kepada Luna.

"Lewat dah ni. Tak nak balik ke? Kalau husband kau marah macam mana?," soal Arif risau.

Arif tahu apa yang dah berlaku. Tapi taklah semuanya. Tapi dia tahu Luna dah berkahwin dengan Zariel. Luna hanya diam. Malas nak fikir. Yang dia tahu, dia dah lama tak jumpa Arif.

Rindu! Jadi Luna nak borak sampai puas.

Have fun.

"Biarlah dulu. Kejap lagi aku baliklah," balas Luna malas.

'Biarlah. Dah dia sendiri cakap macam tu. Karang suruh balik, merajuk kata tak suka jumpa dia lah... apalah,' fikir Arif mengalah.

Arif hanya mampu mengalah dengan kawan baik tersayang dia yang degil ni. Tiba-tiba seorang lelaki yang mabuk menghampiri mereka berdua.

Jelas wajah lelaki itu terkejut.

"Arluna? Is that you?," tegur Arman.

"Wow! Pakai tudung tapi still datang tempat macam ni. Lama tak jumpa you, dah jadi insaf rupanya. Tapi buat apa kat sini dengan lelaki ni?," komen Arman sinis.

Arif jadi panas hati. 'Suka hati je kutuk Luna,' marah Arif dalam hati.

"Biar akulah. Tak ada kaitan dengan kau. Aku bukan datang sini minum najis syaitan macam kau pun," bidas Luna tenang.

Arman tepuk tangan kuat. Jujur dia cakap Luna nampak makin comel dan cantik dari sebelum ni.

"Hahaha. Tapikan... kau rasa kau baik sangat ke? Kau tidur juga dengan lelaki dalam bilik hotel," Balas Arman sinis.

"Tak guna betul! Kau tahu tak yang aku ni dah lama nak rasa kau. Tapi sesuka hati je kau serah diri kat jantan lain? Sia-sia usaha aku selama ni. Jantan lain pula yang dapat," kata Arman berang. Bengang bila dia ingat semula.

Dia ingat lagi. Lepas Luna tak ada dalam bilik tu; dia call Sara untuk tanya Sara, mana tahu Sara tahu Luna pergi mana. Sara kata tak ada pula Luna call dia. Pagi keesokannya pula, Sara call Arman kata Luna call dia bagitahu yang Luna tidur dengan seorang lelaki kat bilik hotel semalam. Bengang gila dia.

"Baik kau diam!," marah Luna.

Kalau boleh Luna tak nak Arif dengar semua ni. Luna malu.

Arman tersenyum sinis. Arman ketuk meja untuk tarik perhatian orang ramai.

"Guys, look who's here? Arluna Aisyah! Bidadari jelitawan kita. Aku nak buat tawaran kat semua. Siapa yang dapatkan dia, boleh enjoy dengan dia puas-puas!," berdekah-dekah Arman ketawa.

Keji.

Luna mula cuak apabila semua mata-mata lelaki lain yang ada disitu memandangnya dengan pandangan lain macam. Apatah lagi semua yang ada di sini perangai memang macam setan. Luna ditenung bagaikan hendak ditelan hidup-hidup. Berdegup kencang jantung Luna.

Takut! Naik bulu roma dia. Seram.

Apatah lagi dengan suasana kat sini. Pandangan macam nak terkam dia tu pun ada. Argh! Luna tak nak jadi mangsa lelaki-lelaki mabuk ni semua.

"Jangan ada sesiapa yang berani nak dekat!," Arif memberi arahan keras apabila beberapa orang lelaki mula berani menghampiri mereka.

Luna semakin kecut perut. Arif bersedia untuk pertahankan Luna. Tekad dia tak ada sesiapa yang akan dapat sakiti atau sentuh Luna.

"Kesian hero tak berapa nak hero kita ni. Belasah!," arah Arman lantang.

Ramai yang menurut kerana Luna. Arluna Aisyah, gadis idaman dan igauan ramai lelaki. Bertubi-tubi serangan dilakukan ke atas Arif dengan serentak. Ada yang Arif balas, ada yang dia elak. Mujur Arif boleh tahan hebat juga dalam seni mempertahankan diri.

Namun serangan dari ramai lelaki memenatkan Arif untuk melawan semula. Akhirnya Arif kepenatan. Arman tersenyum puas dan sinis.

Penuh makna tersirat.















The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now