Dia mendail semula nombor Elena lalu ditekapkan ke telinga. Dia menanti panggilan bersambung.

"Akhirnya awak jawab jugak!"

×××

Elena menghela nafas. Telefon di tangan ditenung bagai mahu tembus.

"Kenapa? Tak jawab?" soal Erfan.

Elena menggeleng.

"Kejap, aku try lagi."

Elena gigih menghubungi Alex untuk kesekian kalinya, namun hasilnya gagal.

Izmeer tergeleng perlahan melihat Elena.

"Masuk ni, dah 29 kali dia call Alex tu. Lelaki tu tidur mati ke?" omel Izmeer.

"Biasalah tu, lelaki macam dia kan jarang overnight macam kita. Kita dengan dia lain. Waktu tidur kita pun bukannya teratur sangat," kata Erfan.

"Tak dapat lagi ke Lena?" soal Isyraf. Soalan Isyraf dibalas dengan gelengan daripada Elena.

"Aish, macam mana nak bagitau yang dia kena datang sini esok? Takkan mesej je?" soal Izzat pula.

"Dia takkan faham kalau mesej je weh." Izmeer mencelah.

"Lena, keep trying."

Cadangan Erfan dibalas dengan senyuman hambar Elena. Barangkali dia penat untuk menelefon Alex yang tidak dapat dihubungi sejak tadi.

Izmeer memerhati tingkah Elena.

"Kalau call kali ke-32 ni dia tak angkat, aku serang cousin dia."

"Wah nekad eh kau, bang." Isyraf tersengih.

"Mestilah. Lena sibuk call dia dari tadi, dia tak angkat kut."

"So how?" soal Erfan. Elena menggeleng.

Izmeer terus mengeluarkan telefonnya.

"Kau sabar kejap Lena. Biar aku yang try."

Elena memandang kembarnya.

"Dia nak call siapa?"

"Dia kata, kalau Alex tak jawab call kali ke-32 ni, dia attack Hayden."

Mata Elena membuntang.

Laju tangan Izmeer mendail nombor Hayden lalu telefon ditekapkan ke telinga.

Tut tut...

"Hello?" Suara serak Hayden kedengaran di hujung talian.

"Weh boleh tak kau tolong kejut sepupu kau yang tengah tidur mati tu! Kau tolong suruh sepupu kau tu angkat call boleh tak, bangang?! Elena call dari tadi tak angkat-angkat, dah mati ke dia tu?! Dia nak bagitau hal pentinglah gila! Shit! Kau ingat dia sengaja ke nak kacau waktu tidur Alex tu hah? Weh, dia pun tak inginlah kacau! Dia pun nak tidur jugaklah sial. Baik kau suruh dia angkat call sebelum esok pagi kau nampak office kau penuh dengan anak buah aku sial. Kau pergi sekarang! Pergi! Bodoh lah korang ni!"

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now