Part 10. Life Is Getting Better

Start from the beginning
                                    

Zariel ada sebab kenapa dia beri kebenaran. Dia takkan mudah-mudah bagi Luna kerja kalau dia tak yakin dengan keselamatan Luna.

Bila dah dapat izin, Luna happy tak terkata. Luna terus duduk di sofa dan peluk Zariel dari tepi dengan erat. Tanda seronok sangat dan terima kasih.

"Thanks. Thanks so much!," luah Luna ceria. Fikiran dia rasa lega sedikit bila dapat kerja.

Pipi Zariel dikucup pantas. Zariel sedikit tergamam. Dia berdehem perlahan.

"Just ingat. Jangan buat apa-apa masalah. Kalau tak... siap kau. Anything urgent call Joey," pesan Zariel serius.

Telefon baharu Luna hanya ada lima kenalan. Zariel, Joey, Arif, Airis, dan nombor pejabat Zariel.

"Okay," balas Luna senang.








Hari pertama Luna kerja...

Luna dan Airis memakai uniform seragam butik. Pagi ini, bermacam gelagat pelanggan yang perlu mereka hadap. Yang banyak kerenah memang memenatkan untuk dilayan tetapi kalau yang okay tu, okay lah.

Tapi... Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar buat Luna.

Sampailah manager butik ini muncul untuk pantau keadaan butik.

Ini betul-betul masalah. Ada syaitan menggangu.

Mata Luna membulat. Bau-bau masalah dah boleh dihidu dengan jelas oleh Luna.

'Julia? Sepupu Sara? Aduh... bala!,' rungut Luna cuak.

Apabila Julia melihat Luna... Julia tersenyum sinis. Apa lagi... terus lah Julia menghampiri Luna dengan lagak bongkak.

"Look who is here? Luna! The gorgeous Arluna Aisyah. Wow! Jadi pekerja butik ni? OMG... so unbelievable. Boleh ke you kerja kat sini? Princess boleh ke kerja di tempat macam ni? Tak ada pejabat mewah?," sapa Julia.

Luna tahan marah. Luna cuba sabar demi kerja ni. Lagipun Luna tak nak kerja Airis terjejas. Macam tak tahu style Julia, semua orang nak dilibatkan.

"Haih. Kesiannya. Itulah. Dulu dia fikir hidup dia ni ada semuanya. Haha... padan muka. Dah lah bankrup. Papa kau pula dah cabut lari sebab malas nak jaga kau. Semua orang tak nak kat kau. Macam Arman juga lah kan?," sambung Julia lagi.

Peluang untuk sakitkan Luna tidak akan disia-siakan. Julia antara manusia yang sangat cemburu dengan hidup sempurna Luna. Apatah lagi dengan kecantikkan Luna.

Sekarang ni dia seronok tengok Luna macam ni. Luna dalam keadaan macam ni buat dia senang hati walaupun dia tetap geram.

Luna dalam pakaian seragam butik pun mampu menarik perhatian lelaki-lelaki lain sebab Luna tetap cantik walaupun pakai apa sekali pun.

Luna terbakar dengan bicara Julia. Hal papanya pantang diungkit!

"Jangan cari pasal boleh? Please be profesional," tegur Luna dengan nada keras.

Julia puas hati Luna membalas. Namun dia jadi geram kerana bicara Luna masih dengan nada yang dia tak suka. Nada berkeyakinan. Nada tak takut.

'Aku perlu buat sesuatu untuk ajar Luna ni,' fikir Julia dalam hati.

"Profesional ye? Okay. Let's be professional!," balas Julia sinis.

Julia hanya tinggalkan Luna begitu saja. Luna dan Airis menarik nafas lega. Tetapi dalam hati; Luna tahu semuanya belum tamat.

Agak jauh dari situ, Julia menghubungi sepupu kesayangan dia, Sara. Baru puas hati Julia untuk kenakan Luna kalau ada Sara.

Lagipun dia tak cukup keberanian kalau nak berdepan dengan Luna seorang diri walaupun status dia sekarang lebih tinggi daripada Luna.

Sara menjerit suka di talian apabila mengetahui Luna bekerja di butik itu. Terus dia bersiap untuk keluar ke Permata Blue Mall.

Niat untuk mendera perasaan Luna berkobar.

Takkan nak sia-siakan peluang macam ni?











Pelanggan butik itu senang menerima cadangan Luna.

Cita rasa Luna memudahkan dia memberikan cadangan kepada para pelanggan VIP. Luna pernah hidup macam tu. Hidup gah dan kaya raya. Jadi dia faham fesyan apa yang mereka mahukan.

Ramai yang memuji dan berpuas hati dengan layanan Luna. Luna bersyukur urusan dia dipermudahkan.

"Baguslah you ni. Kalau macam ni, setiap kali I nak shopping I akan datang sini," puji seorang datin yang merupakan pelanggan terhormat.

Luna tersenyum sopan. Julia yang memerhati dari jauh mula bengang.

'Kenapa eh semua yang dia buat mesti jadi mudah?,' soal Julia.

Sebaik sahaja datin itu beransur pergi... Julia menghampiri Luna.

"Arluna! Sini jap!," panggil Julia kasar.

Luna sedikit tersentak. Luna hanya mendengar dengan tekun.

"Kau pergi kat luar mall. Ambil kertas ni untuk perkenalkan butik dan edarkan kat luar. Pastikan 500 keping ni habis hari ni!," arah Julia tegas.

Luna menelan air liur. Di luar mall ni panas. Matahari pula terik. Tengah hari buta kan? Dengan baju uniform ni... Haih... memang dua kali ganda panas. Dalam mall tak apa lah sebab ada air condition. Kalau di luar tu... Boleh pengsan!

Namun Luna terpaksa akur. Kertas yang Julia hulurkan diambil tanpa rela. Julia sudah mula tersenyum puas.

"Hah! Cepatlah. Tu pergi dengan kawan kau, Airis," kata Julia lagi.

Luna mengeluh. Kesian Airis terlibat. Kerana dia, Airis juga mendapat susah.

Ni yang Luna benci dan cuba elakkan!








Luna bengang.

Manusia sekarang ni makin tak berperikemanusiaan! Tak ada kesedaran sivik ke?

Tak kesian ke pada mereka berdua yang berpanas macam ni? Ramai yang tidak menghiraukan mereka. Ada juga yang hanya membuang kertas yang diberikan merata-rata. Di hadapan mereka pulak tu!

Berterabur kertas di situ. Mesti nanti mereka atau makcik sapu sampah yang kena bersihkan.

"Encik, ini butik kami. Datanglah," sapa Airis pada orang yang lalu di hadapan mereka.

Namun menonong lelaki berkot itu beredar dari situ tanpa menghiraukan Airis.

Kertas yang dihulurkan juga ditepis selamba.

Luna makin hilang sabar.

Panas matahari kian terik.

Wajah Luna sudah mula kemerah-merahan.

Berpeluh sudah dua orang sahabat itu di tepi jalan besar.













Seorang jejaka memerhatikan dua gadis beruniform comel yang berada di tepi jalan.

Tersenyum sopan sambil menghulurkan kertas kepada orang lalu lalang walaupun ada yang tidak menghiraukan mereka.

"Tuan?," tegur pemandu kereta mewah itu teragak-agak.

Jejaka itu tersenyum nipis lalu menghadap ke arah pemandunya.

Dia hanya tenang di kerusi penumpang di belakang.

"Apa?," soal jejaka itu lembut.

"Tuan okay tak? Err... tak ada apalah," balas pemandunya dengan nada hormat.

Traffic light bertukar hijau dan kereta mewah itu meneruskan perjalanan.

Pemandu kereta itu hairan apa yang bosnya tenung di tepi jalan tadi.

"Cantik. Semoga kita akan berjumpa," gumam Que perlahan.






















The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now