1 saat

2 saat

3 saat

Entah kenapa tubuhnya tidak jatuh ke tanah. Dengan perlahan-lahan dia membuka mata miliknya. Kelompak mata dia dikelip-kelip seakan tidak percaya.

Lama mereka berpandangan diantara satu sama lain. Degupan jantung mereka bagaikan alunan lagu yang tiada sesiapa yang mampu menghalang detik indah itu. Pelajar yang lalu-lalang itu hanya melihat sahaja Ainna dan Irfan yang masih dalam dunia sendiri.

"Ainna, kau okey tak?" Irfan menyoal Ainna apabila dia sudah tersedar dia dan Ainna terlanjur merenung mata. Tak usah ditanya degupan jantung Irfan masih lagi berdegup dengan laju apabila melihat sepasang mata milik Ainna yang indah itu.

Ainna yang terdengar terus tersedar dan dia berdiri elok walaupun dengan pertolongan Irfan yang menolongnya. Ainna berdehem sedikit untuk menghilangkan rasa gugup di hati apabila dia berada di dalam pelukan Irfan. Bau maskulin milik Irfan masih diingati oleh Ainna.

"Thanks.." Ujar Ainna yang sambil menundukkan wajahnya yang sudah merah seperti tomato. Irfan yang melihat hanya tersenyum.

Comel.

"Tak apa, aku tolong je takkan nak kau jatuh kan?" Ujar Irfan manakala Ainna menganggukkan kepalanya iaitu bersetuju dengan kata-kata Irfan. Mahu malu setahun kalau dia jatuh dekat depan semua orang. Nasib ada Irfan walaupun seluruh tumpuan kini memandang dia dan Irfan. Ada yang tersipu malu apabila melihat drama oleh Irfan dan Ainna. Ada juga yang menjeling Ainna dan yang paling teruk menangis disebabkan Irfan menyambut Ainna dan mereka seperti berpelukan.

Ainna gigit bibir, kalau boleh dia mahu bagitahu semua orang ini ialah kenangan yang paling indah apabila dia disambut oleh crush dia. Walaupun macam terlebih sikit tapi dia tetap suka akan kejadian itu.

"Er, jom masuk kelas."

"Jom," Ujar Irfan lalu dia dengan selamba menarik lengan baju Ainna. Pelajar yang melihat itu sempat menangkap gambar Ainna dan Irfan.

"Mampuslah aku mesti viral nanti." Omel Ainna apabila melihat pelajar yang menangkap gambar mereka walaupun kakinya tetap akur mengikut Irfan.


****

Irfan dan Ainna mengetuk pintu kelas bersama lalu mereka memberi salam. Rayyan dan Areena sudah mengerutkan dahinya apabila Ainna dan Irfan berjalan bersama.

Bercinta ke?

"Hai Reen," Tegur Ainna setelah punggungnya sudah dihenyak di atas kerusi sebelah Areena. Areena terus memusingkan badannya ke arah Ainna. Kedua-dua bahu Ainna dipegang olehnya.

Berkerut dahi Irfan dan Rayyan apabila memerhati gelagat Areena yang pelik itu. Ainna menjungkitkan keningnya ke Areena.

"Kenapa Reen?" Soal Ainna manakala Areena meletakkan tapak tangannya ke atas dahi Ainna.

"Kau tak demam," Ujar Areena.

"Memanglah aku tak demam,"

"Ke kau merajuk sebab aku tak teman kau pergi library? Aku minta maaflah." Tembak Areena lalu dia memeluk Ainna.

"Apa benda kau ni Reen? Pregnant eh?" Gurau Ainna. Rayyan yang sedang meneguk air itu tersedak sehingga berair mata. Kau gila ke apa Areena pregnant. Sentuh pun tak.

"Rayyan yang kau pula tersedak tu kenapa?" Soal Irfan sambil tangannya menepuk belakang badan Rayyan. Wajah Areena sudah cemberut akan soalan Ainna itu.

"Apa ni Ainna, aku tak pregnantlah. Aku pelik je tadi." Bisik Areena kepada Ainna.Sempat matanya memandang Rayyan yang sedang ditepuk oleh Irfan.

Haiya, suamii.

Kening Ainna sudah bercantum.

"Kau pelik kenapa?"

"Kau bercinta ke dengan Irfan? yang masuk bersama tu," Soal Areena. Ainna sudah mengigit bibir.

"Mana ada, dia teman aku pergi library je."

"Apa!? cerita la cepat macam mana dia boleh teman kau?"

"Ish, kau ni nantilah aku cerita." Ujar Ainna. Areena menganggukkan kepalanya, senyuman yang terlakar di bibir masih tidak lengkang pudar. Dia gembira sangat bila Ainna dah gembira disebabkan Irfan. Macamlah dia tak tahu Ainna dah berapa tahun minat si Irfan ni.

Tak apa Ainna. Aku kawan kau yang cantik ni janji akan korek rahsia Irfan dekat suami aku si Rayyan tu. Aku sanggup tebalkan muka aku untuk kebahagiaan kau.

Bunyi kerusi yang ditarik oleh seseorang mematikan lamunan Areena. Areena memalingkan wajahnya kehadapan iaitu tempat Rayyan.

Aik tak ada?

"Irfan, Rayyan pergi mana?" Soal Areena walaupun Irfan dan Ainna sudah berkerut dahi akibat soalan aku. Tak pelik ke tiba-tiba soal pasal Rayyan.

"Tandas,"

Areena menganggukkan kepalanya sambil membuat mulut berbentuk "O".

tbc

Uhuk, 100 vote dan 90 comment chapter 27 akan diupdate.

Promote ;

» [SU] Banana Uyu + knj by moonshet

» The Destined Love by thebalqyuu

She's mine (C)Where stories live. Discover now