Part 6. Arman dan Dato' Anas

52.9K 2.2K 58
                                    

Zariel menghenyakkan tubuhnya ke sofa. Dia bersandar dengan riak bosan.

Tali leher dilonggarkan. Alat kawalan jauh televisyen yang berada di atas meja dicapai dan televisyen lebar yang terpamer di dinding dihidupkan. Kebetulan pula siaran berita sedang disiarkan.

Zariel baru pulang dari pejabat. Dia nak hilangkan rasa penat sebab tu dia melepak di ruang tamu dulu. Cufflink kemeja dan butang baju dibuka. Rimas.

Dia peduli apa kalau nampak seksi dalam rumah sendiri? Bukannya ada orang lain selain pembantu-pembantu rumah.

Loceng pintu depan villa berbunyi. Pembantu rumah Zariel menghampiri Zariel yang sedang berehat itu.

"Tuan, Encik Joey datang," maklum Mak Cik Nab dengan sopan. Wanita tua itu dah lama berkhidmat di sini. Dari Zariel kecil sampailah sekarang. Walaupun Zariel hormat Mak Cik Nab sama seperti ibu dia sendiri tapi mereka tak mesra.

Zariel mengangguk kecil.

"Suruh dia masuk,"

Tak sampai beberapa minit... Pembantu pribadi merangkap tangan kanan Zariel, Joey melangkah masuk ke dalam ruang tamu itu. Dia terus menghampiri Zariel yang sedang bersandar santai di sofa sambil menonton televisyen. Zariel beri isyarat untuk pembantu kanannya itu duduk.

"Boss...," panggil Joey.

"Hm?," balas Zariel.

"Boss tahu kan yang syarikat AA Holdings tengah ada masalah sekarang ni?," tanya Joey.

Zariel mengangguk malas. "Kau tak nampak ke aku tengah tengok berita pasal syarikat tu lah ni?," balas Zariel sinis.

Berita itu memang tengah siarkan tentang syarikat AA.

Joey tersengih.

"Apa plan boss? Nak tolong dia orang atau ambil peluang ambil alih syarikat ni? Peluang untuk kita masuk campur besar sekarang ni," cadang Joey bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba Zariel terdiam. Zariel jadi sedikit kaku bila ternampak sesuatu yang mampu menarik perhatiannya di skrin televisyen tersebut.

Joey hairan bila boss nya itu tidak menjawab. Perhatian Zariel sepenuhnya pada apa yang disiarkan dalam berita. Tak, bukan apa tetapi...

... Seseorang di dalam berita itu.

Berita Popular Harian TV303...

Di lobi AA Holdings...

Luna kembali ke syarikat ini untuk mengambil barang ayahnya namun Luna tak sangka pula kebetulan wartawan sedang membuat sidang temu bual bersama Arman dan Dato' Anas dan menyoal mereka dengan soalan panas. Arluna menghampiri Arman dan Dato' Anas yang sedang ditemu ramah ramai wartawan. Suasana lobi AA Holdings memang tengah kecoh.

"Dato' Anas sekarang ialah pengerusi AA Holdings yang baru. Apa perasaan Dato' tentang kejatuhan empayar kawan baik dato' sendiri?," soal salah seorang wartawan.

Jelas pada mata Luna, wajah sedih Dato' Anas palsu. Luna rasa tak sangka dan terluka. Dato' Anas seseorang yang dia dah anggap macam ayah sendiri. Tapi dia dan ayahnya dikhianati manusia berhati busuk ini!

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now